Reading Time: 10 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 13 May 2019,pengarang Sabda Harian telah menulis satu artikel yang bertajuk “Bukankah Yesus Allah? Kalau Dia Allah, Kepada Siapakah Dia Berdoa?”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
– http://sabdaharian.com/bukankah-yesus-allah-kalau-dia-allah-kepada-siapakah-dia-berdoa/

Setelah diteliti baca artikel beliau,saya mendapati ada beberapa perkara yang harus kita luruskan untuk membantu berikan pencerahan kepada dia dan Kristian lain. Disini kita akan berikan maklum balas terhadap artikel beliau.

SH berkata,
Saya seringkali amat hairan mendengar orang yang berkata bahawa Allah itu Mahakuasa, ada kalanya kita tidak boleh memahami mengapa Dia bertindak sedemikian. Orang yang sama juga akan menyatakan bahawa Allah tidak boleh dibatas dengan pemikiran manusia fana yang terhad. Namun demikian, pendirian mereka terus roboh apabila mereka ingin membatasi kuasa Allah dengan menafikan ketuhanan dan keilahian Yesus Kristus.

MAB response :
01 – Sebenarnya perkara itu tidak perlu dihairankan. Bagi kami (muslim),perkara itu adalah biasa kerana Jesus Christ pbuh adalah manusia biasa yang di utuskan oleh Allah sebagai Nabi. Jadi tidak hairan mengapa baginda (Jesus Christ pbuh) berdoa kepada Allah.

02 – Biasanya kami bertanya soalan tersebut atas tujuan untuk membantu Kristian berfikir bagaimana seseorang yang diangkat menjadi tuhan boleh berdoa kepada tuhan,apakah dia berdoa kepada dirinya sendiri?

03 – Sudah tahu Allah Maha Kuasa yang mana Kudrat wa Iradah-Nya tidak mampu kita memahami,jadi mengapa masih memperkecilkan kuasa tuhan? Bukankah apabila kamu percaya seseorang yang diangkat tuhan apabila berdoa kepada tuhan yang lain maksudnya orang yang kamu angkat sebagai tuhan itu telah kelihatan kelemahannya??

04 – Kamu berkata,
“Namun demikian, pendirian mereka terus roboh apabila mereka ingin membatasi kuasa Allah dengan menafikan ketuhanan dan keilahian Yesus Kristus.”

rangkap ayat “ketuhanan dan keilahian” pun kamu telah salah disini…maksud “keilahian” ialah ketuhanan…Jadi rasanya tidak perlu mengatakan “ketuhanan dan keilahian” lagi..

Saya tidak tahu pendirian mana yang roboh yang kamu maksudkan. Akan tetapi selama kami berhujah mengenai hal itu,pendirian kami semakin mantap bahawa Jesus memang bukan tuhan. Bahkan Jesus Christ pbuh sendiri tidak pernah mengatakan dirinya adalah tuhan.

SH berkata,
Bak kata pepatah, “Talk is cheap.” Bercakap itu senang. Air liur bukannya menggunakan modal yang banyak. Tetapi bila kamu berfikir tenang aliran pemikiran yang berat sebelah begitu, kamu tidak tahu hendak ketawa atau menangis. Mungkin perasaan kasihan semakin mendadak terhadap mereka yang masih belum berjumpa dengan Juruselamat Dunia, iaitu Tuhan Yesus.

MAB response :
BENAR! “Talk is cheap..”..tetapi kata-kata itu boleh jadi tidak ternilai jika lisan disampaikan dengan kebenaran. Setiap kali apabila kami mendengar hujah dari pihak anda, kami merasakan ingin mahu menangis atau mahu ketawa. Kerana kami melihat betapa terlalu banyak kesalahan yang dilontarkan dari pihak anda. Kami merasakan bahawa alangkah indahnya jika Kristian memahami hakikat mesej Jesus Christ yang sebenarnya.

Namun seperti biasa,apabila kebenaran itu telah sampai,pasti akan ada keingkaran disebabkan hati yang telah hanyut dalam kekufuran. Seribu kali disampaikan,tetap akan penolakan dengan kedegilan dan kebodohan. Sebab itu Imam Al-Ghazali pernah berkata,
“Aku boleh berhujah dengan sepuluh (10) orang bijaksana tapi aku tidak mampu berhujah dengan seorang jahil.”

Yang menerima risalah kebenaran,ucapan syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka kerana mampu menelan kebenaran yang pahit.

SH berkata,
Sudah pasti kamu pernah mendengar tuduhan sebegini dilempar oleh kenalan kamu, “Kan kamu kata bahawa Yesus itu Allah? Mengapa Dia berdoa kepada diri sendiri? Bukankah itu sama seperti orang gila, yang bercakap dengan diri sendiri?”

“Kenapa Yesus menyeru kepada Allah,’”Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Kau tinggalkan Aku?’ Kan Dia Tuhan dan Allah?” (Markus 15:34)

MAB response :
PASTI!..bahkan kami di antara orang yang bertanyakan soalan tersebut cuma kami tidak selitkan dengan perkataan “Bukankah itu sama seperti orang gila”. Kami bertanya dengan cara perbahasan yang baik.

berkenaan dengan Mark 15:34 dan Matthew 27:46,disitu jelas bahawa jika Jesus datang ingin menebus dosa manusia,pasti Bapa tidak akan tinggalkannya dan BUKAN bahagian manusiawinya yang harus menebus bayar harga dosa manusia tersebut. Dan ini bercanggah dengan Psalm 37:28 yang mana Tuhan tidak akan tinggalkan orang yang dikasihinya. Namun perkara ini adalah isu lain,tidak perlu saya bahas panjang. Tajuk sekarang ialah “mengapa Jesus berdoa jika dia adalah tuhan?” BUKAN berkenaan dengan penyaliban…Hal penyaliban saya akan jelaskan dalam artikel yang lain.

SH berkata,
Alkitab mengajar Doktrin Tritunggal, di mana terdapat 3 Peribadi yang tidak boleh dipisahkan, dan mereka wujud sebagai Allah serentak: Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Allah/Roh Kudus. Ketiga-tiga Peribadi Allah adalah unik, sentiasa berhubung dengan sesama sendiri serta berdialog. Secara ringkas, Yesus sebagai Peribadi Allah Anak bukannya berdoa kepada diri sendiri sewaktu disalib, tetapi Dia berdoa kepada Peribadi Allah Bapa.

MAB response :
01 – Sila berikan SATU DALIL SAHIH dalam semua versi Bible ada mengajar Trinity. Berkenaan Tritunggal dalam Bible,telah saya jawab dalam artikel disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-kristian-menjawab-tritunggal/

02 – Jika tiga (03) peribadi dalam satu entiti hakikat boleh berdialog,maknanya disitu jelas tidak ada keesaan keilahian dalam konsep Kristian yang mengaku agamanya adalah Monotheisme. Kenapa?..Sebab kalimat Echad (Hebrew) atau Ahad (Arabic) merujuk SATU yang mana sifat keberadaan Echad tersebut seiring dengan Yachid (Hebrew) atau Wahid (Arabic). Sebab itu mengapa salah satu sifadh Ilahiyyah Allah adalah Al-Wahid. Dalam Deuteronomy 17:6,Deuteronomy 19:15,Ecclesiastes 4:8,Genesis 42:11,Exodus 9:6 dan Numbers 13:2,kata “Echad’ dalam ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan SATU ENTITI HAKIKAT bukan gabungan dalam kesatuan entiti hakikat.

Jadi,jika tiga (03) peribadi dalam satu entiti hakikat boleh berdialog sesama sendiri,maknanya itu menyamai dengan Tritheisme. Jadi jangan kata itu adalah tiga (03) peribadi tetapi sebenarnya itu adalah tiga (03) tuhan dalam satu kesatuan kumpulan.

03 – Jika kamu kata Jesus berdialog dengan Bapa sewaktu disalib,jelas disitu Bapa ialah tuhan BUKAN Jesus. Sebab tidak mungkin Jesus yang kamu percaya mempunyai keilahian 100% boleh berdoa memohon kepada Bapa. Bagaimana seseorang yang di angkat sebagai tuhan boleh memohon doa kepada tuhan yang lain??? Itu persoalannya…

SH berkata,
Selain itu, Alkitab juga mengajar bahawa Yesus bukan sahaja Allah, tetapi Dia juga adalah manusia. Jadi, tidak hairan kalau kelakuan Yesus sama seperti semua orang yang bertakwa kepada Allah: iaitu berdoa dan menyembah Allah. Yesus Kristus sebagai manusia adalah contoh sempurna sebagai seorang yang dipimpin oleh kepenuhan Roh Allah, kerana hanya Yesus yang tidak berdosa.

MAB response :
01 – Sila tunjukkan kepada saya ayat mana dalam Bible ada mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah Allah. Silakan…..

02 – Bible jelas memberitahu bahawa Jesus Christ pbuh adalah manusia yang diutuskan sebagai Nabi seperti contoh ayat Act 2:22,John 5:30,John 12:44-49,John 3:18,John 7:16,John 8:26,John 17:3,Matthew 10:40 dan Luke 10:16. Bahkan Paul sendiri nyatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah manusia (Hebrew 2:14-17,Hebrew 4:15 dan 1 Timothy 2:5). Jadi adalah normal apabila Jesus Christ pbuh menyembah dan berdoa kepada Allah selaku Tuhan. Adalah tidak logik apabila seseorang yang di anggap tuhan menyembah dan berdoa kepada Tuhan yang lain walhal dirinya adalah tuhan. Jika alasannya ialah perbuatan menyembah dan berdoa itu disebabkan dirinya itu ada sepenuh manusiawi,maka dimanakah bahagian sepenuh ilahiyyahnya ketika itu?

03 – Jesus tidak berdosa kerana dia adalah Nabi. Para Nabi semuanya adalah maksum..nampaknya pengarang SH perlu belajar kelebihan setiap Nubuwwah Utusan Tuhan.

SH berkata,
Mengapakah Tuhan Yesus perlu menyeru nama Allah Bapa bahawa Dia ditinggalkan oleh-Nya? Ini kerana Yesus Kristus menjadi korban pendamaian untuk dosa umat manusia. Mengikut Alkitab, Tuhan Yesus disalib mengambil tempat kita untuk dosa-dosa kita. Allah bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam Yohanes 1:29, “Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!”

MAB response :
01 – Tidak perlu putar belit sahabatku. Jika Jesus Christ pbuh benar-benar datang untuk menebus dosa manusia,maka dia tidak perlu memohon kepada Bapa sebab dia sendiri adalah tuhan yang telah datang ke dunia untuk menebus dosa. Betul atau tidak?. Jadi,mengapa dia harus memohon kepada Bapa? Bahkan dia telah ditinggalkan oleh Bapa walhal Matthew 27:46 bercanggah dengan Psalm 37:28 yang mana Tuhan tidak akan sesekali meninggalkan orang yang dikasihinya. Sebab itu mengapa Martin Lutheran ambil masa lapan (08) jam untuk memikirkan kekeliruan ayat dalam Matthew 27:46 dan Mark 15:34. Jadi bagaimana Tuhan boleh disalib dan boleh menebus dosa manusia sedangkan Tuhan telah meninggalkan diri Jesus yang mana hanya tinggal jasad kosong sahaja di tiang penyaliban???

02 – kamu berkata,
“Allah bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam Yohanes 1:29, “Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!”

bagaimana Tuhan bertindak terhadap dosa sedangkan Dia telah tinggalkan jasad Jesus yang telah kosong di tiang salib (Matthew 27:46 / Mark 15:34)???… Dalam John 1:29,maksud ayat dinyatakan disitu ialah bahawa Utusan Allah telah datang untuk membawa manusia keluar dari kesesatan dan lembah dosa. Apabila seorang Nabi datang,secara tidak langsung Nabi itu datang dengan membawa risalah dari tuhan untuk menyelamatkan manusia dari kekufuran. Bukankah itu sama maksudnya dengan ayat “menghapuskan dosa dunia”???. Saudara kena belajar bagaimana memahami penyampaian gaya bahasa Siryaniyyah.

Sebenarnya disini sahaja pun,telah kelihatan artikel tuan ini hampir terkeluar dari konteks tajuk artikel tuan sendiri.

SH berkata,
“Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka. Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Yesus.” Roma 3:25-26

“Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkan-Nya kepada kami. Kami ialah para duta Kristus. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu, demi Kristus, kami meminta kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah! Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah.” 2 Korintus 5:19-21

“Setiap orang yang bergantung kepada usahanya sendiri mengerjakan hukum Taurat adalah terlaknat, kerana sudah tersurat: “Terlaknatlah orang yang tidak terus-menerus melakukan segala yang tersurat dalam Hukum Kitab Taurat.” Jelaslah bahawa tiada siapa pun diperbenar di mata Allah dengan mengerjakan hukum Taurat, kerana, “Orang yang benar akan hidup dengan iman.” Hukum Taurat tidak berdasarkan iman; tetapi, “Orang yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya.” Kristus telah menebus kita daripada laknat hukum Taurat itu dengan menanggung laknat itu untuk kita, kerana telah tersurat: “Terlaknatlah setiap orang yang tergantung pada kayu salib.” Dia menebus kita supaya berkat Abraham datang kepada bangsa asing melalui Kristus Yesus, dan kita menerima Roh yang dijanjikan itu melalui iman.” Galatia 3:10-14

“Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran.i Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu.” 1 Petrus 2:24

“Kristus juga telah mati sekali untuk selama-lamanya kerana dosa kita. Dia yang benar telah menderita untuk orang yang tidak benar supaya Dia dapat membawa kita kepada Allah. Dia telah dibunuh secara jasmani tetapi dihidupkan semula sebagai Roh.” 1 Petrus 3:18

Dosa telah memutuskan hubungan intim di antara manusia dengan Allah, serta menyebabkan kematian jasmani di mana jiwa akan berpisah daripada badan pada detik kematian, dan badan ini akan mereput. Kemurkaan Allah dicurahkan ke atas orang yang berdosa, kerana mereka gagal melakukan apa yang dikehendaki Allah (Kejadian 2:17, 3:19, Yesaya 59:1-2, Mazmur 66:18, Habakuk 1:13, Roma 1:18-32).

Sewaktu Yesus menjerit dan kegelapan yang menyelubungi bumi pada waktu tengah hari, peristiwa itu menunjukkan bahawa Allah sedang menghukum Kristus yang menggantikan tempat kamu dan saya, di mana hubungan intim Yesus dengan Allah Bapa-Nya sudah dipisahkan. Bandingkan apa yang berlaku dengan rujukan dari Perjanjian Lama.

“Tuhan berfirman kepada Musa, “Hulurkanlah tanganmu ke langit, supaya kegelapan datang ke atas Tanah Mesir, sehingga orang benar-benar merasakan kegelapan itu.” Musa pun menghulurkan tangannya ke langit, lalu datanglah kegelapan yang pekat ke atas seluruh Tanah Mesir selama tiga hari. Orang tidak dapat melihat satu sama lain, dan tiada seorang pun dapat bergerak dari tempatnya selama tiga hari. Akan tetapi, seluruh orang Israel menikmati cahaya di tempat tinggal mereka.” Keluaran 10:21-23

“‘Pada hari itu,’ demikianlah firman Tuhan Allah, ‘Aku akan membuat matahari terbenam pada tengah hari dan bumi menggelap sewaktu rembang tengah hari. Akan Kuubah perayaan-perayaanmu kepada perkabungan, dan segala nyanyianmu kepada ratapan. Kain perkabungan akan Kukenakan pada setiap pinggang dan setiap kepala akan Kugondolkan. Aku akan menjadikan hal itu seperti perkabungan atas kematian SI ANAK TUNGGAL dan kesudahannya seperti hari yang getir.’” Amos 8:9-10

Jadi, Kristus yang menjadi penebus dosa umat manusia, mengalami hukuman sepenuh yang sepatutnya dijatuhkan ke atas umat manusia yang berdosa.

Alkitab juga menyatakan bahawa Yesus adalah Imam Besar kita, di mana Dia mempersembahkan korban diri sendiri atas pihak kita di hadapan Allah Bapa, senantiasa berdoa untuk kita.

“Dengan demikian, saudara-saudara yang salih, yang juga mendapat bahagian dalam panggilan dari syurga, fikirkanlah Rasul dan Imam Besar yang kita akui, Yesus Kristus.” Ibrani 3:1

“Jelas bahawa Tuhan kita keturunan Yehuda, tetapi tentang suku ini Musa tidak pernah mengatakan sesuatu berkaitan imam-imam. Jauh lebih jelas lagi jika, seperti Melkisedek, bangkit seorang imam lagi, yang datang bukan menurut perintah berkenaan hal jasmani, tetapi menurut kuasa hidup yang tidak berkesudahan. Tentang Dia, telah disaksikan: “Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.”” Ibrani 7:14-17

“Tetapi Yesus, kerana Dia berterusan selama-lamanya, mempunyai keimaman yang tidak mungkin berubah. Oleh itu, Dia dapat menyelamatkan sepenuhnya mereka yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka. Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga; Imam besar yang dahulu perlu mempersembahkan korban setiap hari, mula-mula untuk menghapuskan dosa mereka sendiri dan kemudian dosa orang lain. Tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dia telah melakukannya sekali untuk selama-lamanya ketika Dia mempersembahkan diri-Nya. Hukum Taurat melantik manusia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi imam besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yang datang selepas hukum Taurat, melantik Anak yang telah disempurnakan untuk selama-lamanya.” Ibrani 7:24-28

MAB response :
01 – Kasih sayang sejati dari Tuhan Yang Maha Pengasih tidak akan korbankan Anak-Nya sedang Dia adalah Maha Pengampun. konsep kekristianian yang penuh kekeliruan dalam pemahaman konsep ketuhanan serta beriya-iya menyatakan agama kasih tetapi pada masa yang sama menumpahkan darah kerana alasan penebusan dosa. Rencana tuhan yang membingungkan kerana melibatkan Anak-Nya sehingga mati di tiang salib. Sepatutnya Bapa harus menyelamatkan Anak-Nya dan mengampuni dosa manusia begitu saja selaras dengan sifadh ilahiyyah-Nya Yang Maha Pengampun dan Maha Berkuasa. Anda harus berterima kasih kepada Iblis dan Judas Iskariot kerana tanpa mereka,rencana penebusan dosa tidak akan terjadi.

02 – Maafkan saya…saya benar-benar ketawa dengan penjelasan saudara SH. Tajuk artikel saudara ialah “Bukankah Yesus Allah? Kalau Dia Allah, Kepada Siapakah Dia Berdoa?”. Nampaknya penjelasan panjang lebar saudara SH telah keluar dari tajuk asal artikel ini. Saya boleh saja jawab dengan mudah berkenaan penebusan dosa dan penyaliban tetapi untuk elak dari berlarutan pergi jauh sehingga Out of Topic,maka saya hentikan disini. Isu penyaliban penebusan dosa saya akan jawab dalam artikel yang lain. Kini,kita harus tumpu pada tajuk asal. Saudara SH gagal menjelaskan mengapa Jesus Christ pbuh harus berdoa kepada Bapa sedangkan dirinya dianggap tuhan oleh kalian. Saya berikan contoh dalam Matthew 6:9-12 yang mana baginda (Jesus Christ pbuh) berdoa kepada Bapa untuk pengampunan dan dalam Matthew 26:39 yang mana Jesus Christ pbuh sekali lagi berdoa kepada Bapa untuk penyelamatan dari penyaliban di Taman Getsemani. Bagaimana seseorang yang di anggap tuhan boleh berdoa kepada Tuhan?Apakah dia berdoa terhadap dirinya sendiri?

SH berkata,
Kesimpulan
Tahniah kerana kamu berjaya membaca sampai ke sini untuk menimba ilmu serta memahami bahawa ia memang masuk akal untuk Yesus berdoa kepada Allah Bapa sebagai contoh untuk kita ikuti selepas menerima Dia sebagai Juruselamat kita.

Di dalam kitab Amsal, Raja Salomo menyatakan, “Hai orang yang betul bendul, sampai bilakah kamu cinta akan keadaanmu sebagai orang yang betul bendul? Sampai bilakah para pencemuh gemar mencemuh, dan orang bodoh benci akan pengetahuan?” (Amsal 1:22)

Peribadi hikmah di dalam kitab Amsal berkata, “Sesiapa yang betul bendul, menyimpanglah ke mari!” Kepada orang yang kurang akal, demikianlah katanya, “Mari, makanlah rotiku, dan minumlah air anggur yang telah kucampur. Tinggalkanlah kebebalan, maka kamu akan hidup, dan majulah di jalan pengertian.”” (Amsal 9:4-6)

Semoga kalian berada di pihak hikmah dan meninggalkan jalan orang yang betul bendul.

MAB response :
Terima kasih di atas ucapan tahniah saudara SH. Saya berharap apabila saya membaca artikel saudara,saya dapat pencerahan jawapan dari persoalan “mengapa Jesus berdoa kepada Bapa jika dia adalah Tuhan.Apakah dia berdoa kepada dirinya sendiri?”,namun saya berasa kecewa di atas artikel saudara kerana saya tidak mendapati sebarang jawapan dari artikel saudara bahkan saya dapati saudara seperti “syok sendiri” bercerita sehingga Out of Topic.

Benar apa kata Nabi Solomon tersebut dalam Proverb bab1 ayat 22 dan Proverb bab 9 ayat 4-6. Kata-kata Solomon itu mengajak bani Israel untuk ikuti ajarannya. Tinggalkan kedegilan dan kebodohan serta ikuti apa yang disampaikan ajaran,nescaya pasti akan bahagia. Namun penjelasan saudara SH telah menampakkan “betul bendul” disini.

RUMUSAN
01 – Pengarang SH masih gagal menjawab persoalan “Jika Jesus adalah Tuhan,mengapa dia berdoa kepada Bapa?Apakah dia berdoa kepada dirinya sendiri?.

02 – Pengarang SH telah bercerita sehingga hanyut ke laut dengan membuat artikel yang keluar dari tajuk (Out of topic). Tajuk asal ialah “Bukankah Yesus Allah? Kalau Dia Allah, Kepada Siapakah Dia Berdoa? tetapi pengarang SH bercerita mengenai penyaliban dan penebusan dosa.

03 – Pengarang SH melibatkan cerita Musa,Melchisidek dan lain-lain sedangkan hal tersebut tidak berkaitan dengan tajuk artikel.

KESIMPULAN
Kristian GAGAL menjawab bagaimana Jesus Christ pbuh yang di imani sebagai tuhan boleh berdoa kepada Tuhan. Apakah dia berdoa kepada dirinya sendiri?. Seperti saya katakan di atas,alangkah indahnya jika Kristian memahami hakikat mesej Jesus Christ yang sebenarnya.

Persoalan tersebut masih menghantui penganut Kristian dan ini antara asbab mengapa ramai orang Kristian memeluk Islam. Mereka yang sedar akan hakikat Jesus Christ pbuh yang sebenar,pasti akan menemui kebenaran seperti mana pean Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW,
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]

By