Reading Time: 17 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kelmarin,saya menerima satu kiriman dalam email dari seorang sahabat saya. Dalam kiriman itu saya mendapati ianya adalah merupakan nukilan hasil dari seorang Anti-Islam beragama Kristian. Setelah saya membacanya,saya mendapati isi kandungan dalam kiriman itu merupakan bentuk fitnah dan hujatan terhadap Islam.

Namun tidak mengapa,disini saya akan memberikan maklumbalas terhadap fitnah hujatan tersebut dalam artikel ini memandangkan si penulis Anti Islam yang membuat kiriman itu seorang yang jahil tidak mengetahui tentang Islam dan agamanya sendiri (Kristian). Lets check it out~

Anti-Islam menulis,
Kita sudah belajar banyak hal yg berkaitan dgn islam terutama mengenai kenabian mohammad, identiti peribadi alloh dalam Quran serta kebenaran islam itu sendiri. Mari kita belajar hukum moral dlm Quran sama ada berdasarkan kepada kekudusan Allah yg sesungguhnya atau bertentangan.

MAB response :
01 – Sila kemukakan kepada saya apa yang telah kamu ketahui tentang Islam,Nubuwwah Muhammad SAW dan sifadh Ilahiyyah Allah Azza Wa Jalla.

02 – Saya berikan pertaruhan cabaran,sila carikan SATU KESALAHAN dalam Islam secara mutlak. Jika mampu berikan SATU sahaja kesalahan Islam untuk membuktikan Islam ajaran salah secara mutlak tanpa hujah fakta ilmiah dari maklumbalas kami,maka saya bersiap untuk murtad ATAU saya bersiap bertaruh leher saya dipenggal.

Dalam poket kami,terlalu banyak kesalahan ajaran Kristian secara mutlak tidak terbantah lagi dari pihak anda. Bible anda yang di anggap kitab suci pun mengalami 50 086 kesalahan (termasuk 1038 percanggahan ayat) tanpa bantahan hujah ilmiah fakta secara mutlak dari pihak anda. Belum lagi termasuk kesalahan dalam bahagian perbezaan denominasi kegerejaan Kristian anda.

Anti-Islam menulis,
Nah! , Bagaimana bila kita diperhadapkan sebuah ajaran:

“Jagalah penismu, kecuali terhadap istri dan pelayan-pelayan mu .” (QS 23:5-6)

MAB response :
Okay baik…mari kita baca konteks ayat :
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya.Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.”
[Al-Mukminunn 23:1-7]

Ayat itu menjelaskan bahawa Allah istiharkan orang-orang yang beriman itu berjaya yang mana orang-orang beriman itu adalah :
– yang menjaga solatnya
– menjauhi maksiat dan sifat mazmumah
– menggunakan harta dengan sebaiknya,bersedekah dan berzakat.
– orang yang menjaga kemaluannya dari zina kecuali terhadap isteri mereka atau tangan kanan yang dimiliki mereka. Kalimat “Aimaanu” bermaksud “budak yang telah dimiliki” / “tangan kanan yang dimiliki” ATAU “wanita yang ditawan dan dibebaskan dengan hubungan”. Jadi disitu ayat bermaksud wanita yang ditawan dijadikan hamba sahaya pada awalnya kemudian di memerdekakan jika ingin mewujudkan hubungan dengannya. Sebab itu Allah menggunakan “Aimaanu” kerana mereka (wanita yang ditawan) asalnya adalah hamba sahaya lalu dibebaskan dan dijadikan sebagai isteri.

Rasullullah Muhammad SAW bersabda,
“…Andai kamu tidak merdekakan hamba,sudah pasti kamu akan dilahap oleh api neraka.”
[Sahih Muslim No.1659]

Hal ini terjadi kerana pada masa sebelum itu,hamba sahaya hanya dijadikan sebagai objek seks yang mana mereka ditindas sebagai benar-benar hamba dan hanya setubuhi mereka bila mereka mahu TANPA dijadikan sebagai isteri mereka. Datangnya Islam,mereka (hamba sahaya) boleh disetubuhi hanya setelah mereka dibebaskan dan penjagaan hubungan seperti suami-isteri. Dan aturan ini dipakai sekiranya kegiatan perbudakan dilakukan pada masa akan datang. Jadi jelas perbezaan sistem perbudakan dalam Islam tidak seperti sistem perbudakan dalam kafiruun.

sistem perbudakan orang kafir :
“pakai buang – hamba tetap hamba”

Sistem perbudakan dalam Islam :
“mahu setubuhi hamba – memerdekakan sebagai isteri”

dan ini dilakukan oleh Abraham terhadap Hajr dan Muhammad SAW terhadap Mariyah Qibtiyah.

untuk lebih detail,sila rujuk disini :
– https://discover-the-truth.com/…/…/22/tafsir-on-surah-231-6/

giliran saya plak bongkarkan kesalahan Kristian….dua (02) ayat saya berikan :

01 – “Apabila ada seorang menjual anaknya yang perempuan sebagai budak. maka perempuan itu tidak boleh keluar seperti cara budak-budak lelaki keluar.Jika perempuan itu tidak disukai tuannya, yang telah menyediakannya bagi dirinya sendiri, maka haruslah tuannya itu mengizinkan ia ditebus; tuannya itu tidak berhak untuk menjualnya kepada bangsa asing, karena ia memungkiri janjinya kepada perempuan itu.Jika tuannya itu menyediakannya bagi anaknya laki-laki, maka haruslah tuannya itu memperlakukannya seperti anak-anak perempuan berhak diperlakukan.Jika tuannya itu mengambil perempuan lain, ia tidak boleh mengurangi makanan perempuan itu, pakaiannya dan persetubuhan dengan dia.”
[Exodus 21:7-10]

Dalam ayat ini bahkan dikatakan bahwa seseorang dapat menjual anak perempuannya sebagai budak/hamba, sedangkan dalam Al-Qur’an sama sekali tidak ada persetujuan untuk menjual anak perempuan sendiri sebagai budak……Ini merupakan perbuatan keji. Ayat diatas juga mengatakan hal persetubuhan terhadap hamba wanita adalah tidak boleh dikurangi dan itu jelas.

02 – “Tetapi budakmu laki-laki atau perempuan yang boleh kaumiliki adalah dari antara bangsa-bangsa yang di sekelilingmu; hanya dari antara merekalah kamu boleh membeli budak laki-laki dan perempuan.Juga dari antara anak-anak pendatang yang tinggal di antaramu boleh kamu membelinya dan dari antara kaum mereka yang tinggal di antaramu, yang dilahirkan di negerimu. Orang-orang itu boleh menjadi milikmu.Kamu harus membagikan mereka sebagai milik pusaka kepada anak-anakmu yang kemudian, supaya diwarisi sebagai milik; kamu harus memperbudakkan mereka untuk selama-lamanya, tetapi atas saudara-saudaramu, orang-orang Israel, janganlah memerintah dengan kejam yang satu sama yang lain.”
[Leviticus 25:44-46]

Dalam ayat Imamat/Levitcus diatas dikatakan bahawa Tuhan memaklumi perbudakan dan penjualan terhadap budak. Bahkan dalam ayat selanjutnya disebutkan Tuhan menyetujui perbudakan seumur hidup,budak harus dijadikan warisan kepada anak-anak dan diperbudak selamanya..tidak menindas hamba wanita???

Dalam Bible Jesus sendiri membenarkan pemukulan terhadap budak:
“Adapun hamba yang tahu akan kehendak tuannya, tetapi yang tidak mengadakan persiapan atau tidak melakukan apa yang dikehendaki tuannya, ia akan menerima banyak pukulan.”
[Luke 12:47]

Quran tidak ajar pukul hamba….Jadi dimana kesalahan Islam???

CHECKMATE!..CLAIM NO.1 RUNTUH!

Anti-Islam menulis,
“Kawinlah sebanyak 2, 3 atau 4, atau bila takut tidak mampu menafkahi, setubuhi pelayan saja.” (QS 4:3)

MAB response :
Quran tidak berkata begitu oh! kawan…mari saya bacakan untuk anda :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil,maka berkahwinlah dengan seorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
[An-Nisaa’ 4:3]

Sila bandingkan ayat Quran yang saya berikan tanpa tanda kurung dengan ayat yang kamu berikan sekerat-kerat dengan putar belit???….Inilah wajah Kristian menghalalkan cara dengan penipuan. Lisan tin kosong cerita kasih tapi dalam hati penuh busuk hati. saya salah berkata??

Mari kita jelaskan ayat itu :
01 – Quran melonggarkan dengan mengizinkan poligami dengan bersyarat BUKAN mewajibkannya. Jika tidak menepati syarat,maka “nikahilah hanya SATU”. Tiada ayat kitab lain seperti Quran menyatakan ayat – “nikahilah hanya satu”.

02 – Hanya wanita yang ikuti emosi kehendak untuk kepentingan dirinya tanpa didasari aqal akan membantah asbab mengapa diharuskan poligami.

03 – Namun saya memahami,biasanya anda akan pertikai tentang poligami tersebut dan menganggap ianya satu kesalahan. Saya berikan satu analogy :
– Saya buatkan kek untuk anda tapi saya tidak katakan kek itu tidak boleh diagihkan kepada orang lain. Lalu saya potong kek itu dan agihkan kepada yang lain. Apakah perasaan anda bila kek itu hasil dari saya untuk anda lalu saya agihkan kepada orang lain rasai sama???

04 – Memandangkan Kristian yang dibimbing Ruh Kudus menganggap mereka lebih pintar dari muslim,maka saya ingin bertanya. Wanita tiga kali (3x) ganda lebih ramai dari lelaki Dunia kini dengan nisbah 3:9. Seandainya Allah tidak berikan kelonggaran untuk polygamy,apa jadi dengan wanita yang selebihnya??

05 – Sila berikan satu sahaja ayat dalam Bible dimana ada larangan Poligami…silakan…Saya bersiap murtad atau saya bersiap bertaruh leher saya dipenggal jika ada larangan poligami dalam Bible.

06 – Sekarang giliran saya berhujah dalam Bible anda bukti bahawa Bible anda juga menghalalkan poligami :

Kitab Deuteronomy 21:15-16 dan Exodus 21:10 menjelaskan beberapa aturan hukum beristeri lebih dari satu.Ini adalah bukti bahwa Biblos anda sendiri pun tidak melarang poligami. Bible memberikan aturan tentang poligami,sesuai zaman yang berlaku pada masa itu.

Dalam Bible,si pelaku poligami pertama kali adalah Lamekh (Genesis 4:19). Dalam Deuteronomy 25:5 disebutkan bahawa jika suami meninggal,maka si isteri itu harus dinikahi oleh saudara lelaki si suami. Perkawinan antara janda dengan ipar ini disebut “Kewajiban Perkahwinan Ipar”….bukan saya kata tapi Bible anda yang kata.

Jika saudara ipar sudah beristeri,dia harus memoligami janda iparnya. Jika saudara ipar itu menolak menikahinya dengan alasan tidak suka,dia akan dihukum oleh pendeta Nasara dengan cara diludahi wajahnya (Deuteronomy 25:9).

Dalam Bible anda pun terdapat puisi tentang poligami :
“Permaisuri ada enam puluh,selir delapan puluh dan dara-dara tak terbilang banyaknya.Tetapi dialah satu-satunya merpatiku, idam-idamanku,satu-satunya anak ibunya,anak kesayangan bagi yang melahirkannya,puteri-puteri melihatnya dan menyebutnya bahagia,permaisuri-permaisuri dan selir-selir memujinya ”
[Song of Solomon 6:8-9]

Pengaruh poligami didukung fakta di dalam Bible anda bahawa para Nabi Bani Israel termasuk Ayah kepada Nabi Ishak pbuh (Isaac pbuh) juga berpoligami (Nabi Ibrahim pbuh). Nabi Ibrahim Alaihisalam punya dua (02) isteri iaitu Siti Sara (Genesis 11:29-31) dan Siti Hajar / Hagar (Genesis 11:29-31). Selain itu, Ibrahim disebut juga punya gundik bernama Katurah (Genesis 25:1).

Nabi Yaakub pbuh (Jacob pbuh) “The Israel” punya empat isteri iaitu :
* Lea
* Rahel
* Bilha
* Zilpa
(Genesis 29:31-32 dan Genesis 30:34-39).

Jejak Jacob pbuh ditiru oleh anaknya,si Esau dengan menikahi dua perempuan Kanaanm iaitu :
* Ada’
* Oholibama
[Genesis 36:2-10]

Nabi Musa pbuh berpoligami dengan mengawini dua isteri yang mana salah satunya bernama Zipora (Exodus 18:2 dan Number 12:1). Solomon pbuh a.k.a Sulaiman pbuh punya 700 isteri dan 300 gundik (I Kings 11:1-3). Anak kandung Solomon iaitu Rehabeam juga berpoligami sebanyak 18 isteri dan 60 gundik yang memberinya 28 anak lelaki dan 60 perempuan (2 Chronicles 11:21).

Nabi Daud pbuh memiliki banyak isteri dan gundik diantaranya ialah :
* Ahinoam
* Abigail
* Maacha
* Hadjit
* Edjla
* Michal
* Batsyeba
(I Samuel 25:43-44,27:3,30:5 / II Samuel 3:1-5, 5:13 / I Chronicles 3:1-9 / 1 Chronicles 14:3 dan II Samuel 16:22)

Bahkan Simson pbuh kahwin beberapa kali (Judge 14:10 dan Judge 16:1-4) dan masih banyak lagi daftar pelaku poligamy dalam Alkitab.

Jauh sebelum Rasullullah Muhammad SAW lahir,diketahui bahawa para Nabi Israel seperti Daud pbuh,Jacob pbuh dan Solomon pbuh serta bapa kepada dua keturunan (Ishmael pbuh dan Isaac pbuh) iaitu Abraham pbuh telah mempraktikan poligami. Tapi tidak ada satupun ayat Bible anda yang menilainya sebagai tindakan yang salah dan berdosa.

Nabi Daud pbuh – Tuhan memberikan penghargaan dengan julukan “Nabi yang taat kepada Tuhan dan berkenan di hati-Nya” (Acts 13:22).

Nabi Yaakub pbuh – menikahi banyak wanita yang memiliki hubungan darah namun Yaakub tidak dibenci Tuhan. Tuhan menjanjikan akan memberikan sebuah negeri pada keturunan Yaakub (Exodus 33:1).

Syntesis Principle :
“Yaakub adalah nabi yang diberkati Tuhan, berada dalam kerajaan Firdaus bersama dengan Abraham, Ishak dan semua nabi Allah,”
[Matthew 8:11 dan Luke 13:28]

Nabi Lot pbuh – dalam Bible juga disebut memoligami dua kakak beradik hingga beranak-pinak. Tapi,Tuhan tidak menegurnya sebagai orang yang berdosa disebabkan berpoligami. Bahkan Tuhan memberikan pujian kepada Lot sebagai orang yang benar dan taat kpada Tuhan (II Peter 2:7).

Nabi Sulaiman pbuh – diceritakan sebagai nabi superpoligami dengan umpama koleksi “stem” isteri terbanyak di dunia. Namun Tuhan juga tidak mencelanya sebagai tindakan maksiat. Tuhan telah mengangkat Solomon sebagai orang yang sudah dipilih Tuhan sejak bayi menjadi Hamba-Nya yang akan mendirikan Bait Allah (I Chronicles 22:9-10).

Pada masa era nubuwwah Jesus Christ,jika praktikal poligami ini tercela dan harus dihapus,pasti Jesus menyatakannya dengan tegas. Namun,Jesus tidak pernah menghapus aturan tentang poligami yang diterapkan para Nabi terdahulu….apa Jesus katakan???? ini jawapannya :
“Janganlah kamu menyangka,bahaw aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi.Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan dilenyapkan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.” (maksud “semuanya terjadi” merujuk berlakunya Kiamat)”
[Matthew 5:17-19]

Jadi dimana kesalahan Islam???

CHECKMATE!..CLAIM NO.2 RUNTUH!

Anti-Islam menulis,
“Pukullah istrimu” (QS 4:34),

MAB response :
Mari kita baca,
“Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya,maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan ‘pukullah’ mereka.”
[An-Nisa 4:34]

Dalam ayat ini,dijelaskan bahawa wanita yang nusyuz terhadap suaminya,si suami boleh melakukan beberapa perkara yang dicadangkan iaitu :
(A) memberi nasihat
(B) pisahkan mereka dari tempat tidur
(C) pukul mereka.

Jadi ayat disitu ialah pilihan polisi bagaimana untuk mengajar isteri yang nusyuz. Berkenaan dengan “pukul,ayat disitu disebut “dharb” BUKAN “Jild”. Kalimat “dharb” ialah maksud melakukan sesuatu yang tegas terhadap orang lain tanpa kemudharatan atau kesan”. Jadi maksudnya,pukul isteri tanpa kelukaan / kezaliman / kemudharatan atau kesakitan yang lebih. Kalimat “dharb” digunakan bila ibu merotan anak yang nakal. Jadi jika suami memukul isteri atas sebab mengajar agar tidak nusyuz ko kata Islam ajar kezaliman terhadap wanita….apakah ibubapa merotan anak atas sebab mendidik itu zalim???

dalam Quran (An-Nuur 24:2-4) dan Hadith Muhammad SAW mengenai hukuman,kalimat yang dipakai adalah “Jild”. Kalimat “Jild” bermaksud memukul dengan kasar sebagai hukuman. Dalam bab memukul isteri,tidak dipakai sebagai “Jild” tetapi “dharb”. Jadi ada beza dengan memukul tanpa kemudaratan atas asbab mendidik/mengajar (Dharb) dengan memukul atas asbab menghukum (Jild).

Jangan lupa,Paul ajar Kristian untuk menindas wanita dalam 1 Timothy 2:12….Satu soalan untuk anda :
– Salah satu Nabi Israel iaitu Job (Ayyub pbuh) mencari seratus (100) helai lalang di ikat dalam satu lalu menggunakan untuk pukul isterinya sekaligus (Shad 38:44)…apakah Job ikuti ajaran Muhammad SAW??

Jadi dimana kesalahan Islam???

CHECKMATE!..CLAIM NO.3 RUNTUH!

Anti-Islam menulis,
“Kurunglah sampai mati” (QS 4:15),

MAB response :
Quran surah An-Nisa 4:15-16 merujuk hukuman (jild) BUKAN mendidik (dharb). Jika telah disandarkan pada hukuman,maka itu bukan penindasan tetapi kifarah yang harus diterima dari pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan zina / lesbian / homoseksuality. Jika ini dipanggil penindasan terhadap wanita,maka anda harus setuju juga bahawa wanita yang berzina harus direjam sampai mati dalam Bible anda – Leviticus 20:10 / Deuteronomy 22:20-24…apakah itu satu bentuk penindasan terhadap wanita???. Anda harus tahu bahawa JIKA MENURUT IMAN KRISTIAN ANDA,semasa dalam Perjanjian Lama Jesus masih Firman belum menjadi manusia…maknanya apa yang difirmankan dalam Perjanjian Lama adalah dari perintah Jesus sendiri (JIKA MENURUT KONSEP IMAN TRINITY ANDA).

Tapi saya faham,pasti anda mengatakan bahawa surah An-Nisa 4:15-16 bercanggah dengan An-Nuur 24:2-4. Don’t worry my friend,hal tersebut telah dijawab disini :
– http://www.answering-christianity.com/quran/ma_adultery.htm

Jadi dimana kesalahan Islam???

CHECKMATE!..CLAIM NO.4 RUNTUH!

Anti-Islam menulis,
“Merompakk itu halal” (QS 8:69, QS 48:20),

MAB response :
Istilah “rompak” (qatta’ul-tariq’) adalah kata kerja yang bermaksud “perosak jalan” atau “pemutus jalan” atau “penghalang jalan”. Suatu gerakan yang “menyerang pihak lain dalam situasi normal/awam dengan menggunakan senjata sebagai pengancam untuk merampas apa yang ada di pihak yang diserangnya tanpa kerelaan” – Ini baru layak disebut Perompak.

Manakala dalam perang,dua (02) atau lebih pihak bertemu di medang perang dengan berjuang atas kerelaan hati mempertaruhkan segalanya yang mana mereka mengetahui bahawa jika mereka tewas dalam peperangan,maka akan hilang semuanya…perang adalah situasi darurat,jadi jika dibandingkan konsep keduanya dengan kajian aqli,bagaimana anda ingin kategorikan “merampas harta rampasan dalam perang” adalah satu bentuk rompakan???

Merampas harta rampasan perang walau di izinkan oleh Allah,tetapi ianya BUKANLAH satu kewajipan. Sesiapa yang mengambil harta rampasan perang,maka pahalanya di kurangi di Akhirat kelak. Rasulullah Muhammad SAW bersabda :
“Tidaklah seseorang berperang di jalan Allah kemudian ia mengambil bahagiannya dari harta ghanimah melainkan sepertiga pahalanya telah terkurangi di akhirat kelak namun jika dia tidak mengambil harta ghanimah tersebut,maka pahalanya menjadi sempurna.”
[Hadith sahih Muslim No.3528]

di dalam Islam,rampasan ada tiga pengertian:

01 – Ghanimah adalah harta yang diambil alih oleh kaum muslimin dari musuhnya dalam peperangan.

02 – Faie adalah harta yang diambil alih oleh tentera muslim dari musuh dalam peperangan tanpa melalui peperangan disebabkan pemilik harta itu hilang.

03 – Salabh adalah harta yang diambil dari musuh tanpa paksaan (musuh sendiri memberikan harta itu).

kalau orang kafir tidak ikut perang dan menyerah atau minta perlindungan dari muslim,hartanya tidak diambil bahkan mereka akan dijaga secara aman cuma mereka harus membayar jizyah yang mana ianya sama seperti orang muslim membayar zakat. Non-muslim bayar jizyah dan muslim bayar zakat – ini corak pengurusan dalam Islam terhadap sesebuah institusi.

Cara pembahagian ghanimah:
1/5 (20 %) untuk :
1. 4% untuk Imam/Khalifah
2. 4% untuk Fuqara dan masakin (kaum fakir miskin)
3. 4% untuk Mashalihul’l Muslimin (kemashlahatan muslimin)
4. 4% untuk Ibnu’ssabil (tentera)
5. 4% untuk Yatama (anak yatim)

Kristian mahu ikut perang melawan Islam kononnya dengan hati ikhlas atas nama Jesus dengan nafsu meluap-luap tetapi dalam kepala otak masih risau kehilangan harta. Nyawa hilang “dirampas”,its okay..Jesus menunggu di pintu syurga untukmu (angan-angan). Tetapi hujung hati masih risau harta dirampas bila tewas dalam perang…yang sedihnya tidak risau anak dan isteri apabila Kristian mati katak dalam perang…..dasar gila harta!

Giliran saya “putar meja” untuk anda….Ghanimah (rampasan harta perang) dalam Bible :

“Mereka telah menguduskannya dari rampasan perang untuk menyemarakkan rumah TUHAN.”
[1 Chronicles 26:27]

TUHAN berfirman kepada Musa :
“Hitunglah jumlah rampasan yang telah diangkut, yang berupa manusia dan hewan–engkau ini dan imam Eleazar serta kepala-kepala puak umat itu. Lalu bagi dualah rampasan itu, kepada pasukan bersenjata yang telah keluar berperang, dan kepada segenap umat yang lain. Dan engkau harus mengkhususkan upeti bagi TUHAN dari para prajurit yang keluar bertempur itu, yakni satu dari setiap lima ratus, baik dari manusia, baik dari lembu, dari keledai dan dari kambing domba dari yang setengah yang telah didapat mereka haruslah engkau mengambilnya, lalu menyerahkannya kepada imam Eleazar, sebagai persembahan khusus bagi TUHAN. Tetapi dari yang setengah lagi yang untuk orang Israel lain haruslah engkau mengambil satu ambilan dari setiap lima puluh, baik dari manusia, baik dari lembu, dari keledai dan dari kambing domba, jadi dari segala hewan, lalu menyerahkan semuanya kepada orang Lewi yang memelihara Kemah Suci TUHAN”. Kemudian Musa dan imam Eleazar melakukan seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Adapun rampasan, yakni yang masih tinggal dari apa yang telah dijarah laskar itu berjumlah: enam ratus tujuh puluh lima ribu ekor kambing domba dan tujuh puluh dua ribu ekor lembu dan enam puluh satu ribu ekor keledai,selanjutnya orang-orang, yaitu perempuan-perempuan yang belum pernah bersetubuh dengan laki-laki, seluruhnya tiga puluh dua ribu orang. Yang setengah yang menjadi bagian orang-orang yang telah keluar berperang itu jumlahnya tiga ratus tiga puluh tujuh ribu lima ratus ekor kambing domba, jadi upeti bagi TUHAN dari kambing domba itu ada enam ratus tujuh puluh lima ekor; lembu-lembu tiga puluh enam ribu ekor, jadi upetinya bagi TUHAN ada tujuh puluh dua ekor; keledai-keledai tiga puluh ribu lima ratus ekor, jadi upetinya bagi TUHAN ada enam puluh satu ekor; dan orang-orang enam belas ribu orang, jadi upetinya bagi TUHAN tiga puluh dua orang. Lalu Musa menyerahkan upeti yang dikhususkan bagi TUHAN itu kepada imam Eleazar, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Yang setengah lagi yang menjadi bagian orang Israel lain, yang dipisahkan Musa dari bagian orang-orang yang telah berperang itu,yaitu yang setengah yang menjadi bagian umat yang lain itu: domba-domba tiga ratus tiga puluh tujuh ribu lima ratus ekor,lembu-lembu tiga puluh enam ribu ekor,keledai-keledai tiga puluh ribu lima ratus ekor dan orang-orang enam belas ribu orang. Lalu Musa mengambil dari yang setengah yang menjadi bagian orang Israel lain itu satu ambilan dari setiap lima puluh, baik dari manusia baik dari hewan, kemudian menyerahkan semuanya kepada orang Lewi yang memelihara Kemah Suci, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
[Numbers 31:25-47]

Bahkan bukan sahaja harta rampasan di ambil tetapi wanita perawan juga dirampas untuk disetubuhi,mari kita baca :
“Maka sekarang bunuhlah semua laki-laki di antara anak-anak mereka, dan juga semua perempuan yang pernah bersetubuh dengan laki-laki haruslah kamu bunuh. Tetapi semua orang muda di antara perempuan yang belum pernah bersetubuh dengan laki-laki haruslah kamu biarkan hidup bagimu.”
[Numbers 31:17-18]

Ada mampu bantah???….Jadi dimana kesalahan Islam???

CHECKMATE!..CLAIM NO.5 RUNTUH!

MAB response :
“Di surga, pria Muslim akan dihadiahi cewek-cewek cantik” (QS 52:17-20, QS 56:22-24),

MAB response :
Kalimat “Huur” adalah jamak dari “Ahwad” dan “Hawad” yang mana ianya merangkumi bidadari dari kedua jantina iaitu bidadari dari kalangan lelaki dan bidadari dari kalangan wanita. Dalam Quran menjelaskan bidadari dalam surah :
* Al-Ahzab 33:35
* Ar-Rahman 55:56-74
* Al-Waqiah 56:22-36
* Ad-Dhukhan 44:54
* At-Thur 52:20
* As-Saffat 37:48
* An-Naba 78:33
* As-Shad 38:52
* Al-Baqarah 2:25-26

Maknanya bukan sahaja lelaki yang dapat tetapi wanita juga akan mendapat bidadari lelaki yang tampan dan sempurna. Ini tidak ada masalah bagi muslim kerana Syurga adalah balasan ganjaran kepada orang-orang yang beriman yang mana salah satu amalan orang bertakwa ialah mereka yang menahan syahwat diri dari perzinaan dalam kancah maksiat sewaktu berada di dunia.

Maka di syurga kelak adalah tempat untuk menerima balasan ganjaran di atas kesabaran melalui perintah tuhan dan ujian tuhan semasa di dunia. Jika Neraka adalah tempat balasan azab hukuman kepada yang ingkar perintah ajaran tuhan,maka syurga ditafsirkan sebagai tempat bergembira atau kebahagiaan abadi.

Syurga bukan tempat menjadi malaikat yang mana kononnya hanya ruh berada di sana tanpa jasad. Syurga sememangnya adalah tempat suci namun mentaliti dan pemahaman kita harus tahu membezakan mana perkara yang suci dengan perkara yang dilarang atas asbab tertentu. Saya ingin bertanya satu soalan,
– Apakah Seks yang menjijikan atau manusia yang melakukan seks kerana atas dasar nafsu itu yang menjadikan ianya kelihatan menjijikan???

Kristian lupa bahawa di dunia ini terikat dengan dosa-pahala sedangkan di syurga kelak tidak ada lagi isu dosa-pahala. Missionaries menyamakan tindakan di syurga tersebut seolah-olah masih seperti di dunia yang terikat dengan dosa-pahala. Sebab itu mengapa missionaries menganggap Hadith tersebut adalah satu kesalahan atau kesesatan kononnya membuktikan Muhammad SAW bukan Nabi.

Bahkan dalam Bible sendiri menyatakan dalam syurga akan mendapat bidadari 100x lipat :

* Bible Perjanjian Baru : Matthew 22:24-32 / Matthew 22:2-14 / Matthew 19:12-29 / Matthew 25:1-13 / Matthew 19:12-29 dan Luke 20:28-33

* Bible Perjanjian Lama : Genesis 6:1-6 / Numbers 13:32-35

Dalam kitab Rabbinic Judah :
* Talmudh : Yalkut Shimoni Bereshit 20

Dalam kitab suci agama lain :
* Buddhism Scripture : Bidadari dipanggil sebagai Dakini.
sumber :
– http://www.dakini.demon.co.uk/index2.htm

* Hinduism Scripture : Bidadari dipanggil sebagai Apsara dalam Rig Vedha Book X, Hymn 95 / Mahabharata, Book III: Vana Parva, Section 4 dan Mahabharata, Book I: Adi Parva, Section 71-72.

salah satu Apsara @ Bidadari yang terkenal di syurga adalah bernama Urvashi.
sumber :
– http://www.sacred-texts.com/hin/rigveda/index.htm
– https://www.britannica.com/topic/apsara)

Tambahan :
Exegess dari Christian scholars mensahihkan adanya bidadari dan sex dalam syurga menurut Bible. Sila rujuk kenyataan mereka disini :
– http://www.peterkreeft.com/topics/sex-in-heaven.htm
– https://www.bismikaallahuma.org/bible/virgins-of-paradise-in-christianity/
– https://www.gaychristian101.com/Christs-Bride.html

Satu (01) soalan dari saya :
01 – Sila berikan SATU DALIL dalam semua versi Bible menyatakan bahawa manusia masuk Syurga dalam keadaan roh dan tidak mendapat ganjaran bidadari.

Jadi dimana kesalahan Islam???

CHECKMATE!..CLAIM NO.6 RUNTUH!

Anti-Islam menulis,
“Bunuh orang-orang kafir yang ada di sekitarmu” (QS 9:123, QS 9:5)

MAB response :
01 – Harus memahami bahawa situasi sirah Nubuwwah Muhammad SAW dalam keadaan keras yang mana Muhammad SAW dan muslim di ancam bunuh. Maka Allah perintahkan untuk memerangi mereka setelah mereka diperangi dengan mempertahankan diri dan menegakkan syiar Islam. Adalah normal apabila Tuhan memerintahkan Nabi dan muslim untuk memerangi orang kafir atas tujuan mempertahankan diri dan menegakkan syiar Islam. Ironiknya,ayat perang dalam Quran hanya sebanyak 85 kali sahaja dari 342 ayat kekerasan manakala ayat perang dalam Bible sebanyak 843 kali dari 2175 ayat kekerasan.

02 – Jesus sendiri berjihad dengan mengikut peperangan dalam Luke 22:35-38 dan Matthew 26:48-51 bahkan Jesus sendiri mengatakan bahawa dia datang bukan membawa damai tetapi dengan pedang (Matthew 10:34). Jadi apakah Jesus Christ pbuh adalah pembunuh???

03 – Jika Kristian berkata Jesus mengajar ajaran kasih tanpa membunuh,anda lupa bahawa Kristian beriman bahawa Jesus itu Firman yang menjelma menjadi manusia. Maka sebelum dia menjadi manusia,ia adalah Firman Tuhan Bapa. Jadi semasa zaman Musa,Jesus itu adalah tuhan jika menurut pemahaman kepercayaan Kristian,betul??

Maknanya ayat perang dan membunuh dalam Perjanjian Lama (saya kutip beberapa ayat dari 2175 ayat keganasan) iaitu :
* 2 Chronicles 15:12-13
* Deuteronomy 13:6-19
* Exodus 22:20
* Deuteronomy 17:12-13
* Deuteronomy 18:20
* Jude bab 5

enam (06) ayat di atas dari 2175 ayat keganasan adalah ATAS PERINTAH JESUS SENDIRI (Sebelum Jesus menjadi manusia dalam Perjanjian Baru jika menurut kepercayaan Doktrin Trinity Kristian).

Disini saya berikan dua (02) ayat lebih kejam dalam Bible :

Ayat Pertama
“Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai.”
[1 Samuel 15:3]

Dalam 1 Samuel 15:3 di atas adalah ayat perintah dari tuhan kepada Musa dan Bani Israel untuk memerangi orang-orang Amalech serta membunuh wanita,kanak-kanak dan binatang ternakan. Jadi,itu semua adalah perintah Jesus Christ pbuh sendiri jika MENURUT KEPERCAYAAN KRISTIAN bahawa Jesus adalah Logos (Firman) semasa di era Perjanjian Lama. Saya ingin bertanya,
– apa kesalahan wanita,kanak-kanak,bayi baru menyusu,lembu,unta,domba dan keldai sehingga mereka dibunuh??

Ayat Kedua
“Maka sekarang bunuhlah semua laki-laki di antara anak-anak mereka, dan juga semua perempuan yang pernah bersetubuh dengan laki-laki haruslah kamu bunuh. Tetapi semua orang muda di antara perempuan yang belum pernah bersetubuh dengan laki-laki haruslah kamu biarkan hidup bagimu.”
[Numbers 31:17-18]

Ayat perintah ganas dalam Bible….suruhan membunuh lelaki dan membunuh wanita yang telah berkahwin. Tidak cukup itu,merampas harta rampasan perang (Numbers 31:25-47). Tidak cukup itu lagi,merampas wanita yang masih perawan.

Mampu untuk buktikan Bible dan Kristian anda benar???…

Jadi dimana kesalahan Islam???

CHECKMATE!..CLAIM NO.7 RUNTUH!

Anti-Islam berkata,
Kita tidak perlu menunggu kiamat tiba untuk memastikan ajaran di atas itu BENAR atau SALAH, saat ini juga, detik ini juga, kita sudah dapat menentukannya, bahwa hukum moral yang sedemikian itu SUDAH PASTI SALAH…!!!

MAB response :
Setelah diteliti dan dijawab semua tuduhan anda,TIDAK ADA SATU PUN KESALAHAN Islam. Dan apa yang saya telah hujahkan bukan sahaja menjawab semua tuduhan anda tetapi juga saya memaparkan segala ajaran-ajaran Kristian yang lebih teruk dan mengalami banyak kesalahan tidak mampu dibantah dari dahulu sehingga kini dari pihak anda. Maka saat ini juga bahkan detik ini juga,kita suda dapat menentukan agama mana yang SALAH DAN SESAT DARI SEMUA HAL A-Z SERTA AGAMA MANA YANG SENTIASA KALAH DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN!!!

Anti-Islam berkata,
Kita tidak perlu membuktikan apakah Tuhan itu tauhid atau banyak. Cukup dengan melihat ajaran moral yang diajarkannya maka kita tahu kalau Islam itu SALAH, 100% SALAH! Persoalan Tuhan itu tauhid atau jamak barulah dapat kita ketahui kebenarannya nanti setelah kiamat, sedangkan masalah moral ini dapat kita jadikan pegangan bahwa agama yang kita anut ini adalah SUDAH PASTI SALAH. Dan agama yang sudah pasti salah, sudah pasti masuk neraka! Sebagaimana yg tertulis di qs 19:ayat 71 Karena ajaran moralnya melanggar kekudusan Allah yg sesungguhnya , dan ini membuktikan bahawa Tuhan yang disembah Islam adalah Tuhan yang palsu.

Bagaimanapun masih islam lagi kalian?

MAB response :
01 – Hanya alasan pihak anda untuk mengelak dengan menggunakan ayat “tidak perlu membuktikan” kerana dikhuatiri pihak anda tidak mampu tunjukkan kebenaran apabila dirujuk bahagian asas agama iaitu Aqeedah Tawhid.

02 – Semua yang anda tunjukkan di atas telah saya jawab secara mutlak dan saya sertakan dengan kesalahan-kesalahan moral dalam ajaran agama Kristian yang mana sehingga kini,TIDAK ADA SESIAPA dari pihak anda mampu bantah secara fakta ilmiah mutlak. Jadi jelas Kristian adalah agama SALAH,SESAT DAN KALAH. 1000% SALAH!

Jika Kristian benar,maka dari asas Tawhid sehingga ajaran moral pasti tidak akan ada satu kesalahan sepertimana dalam ajaran Islam yang tidak ada kesalahan walau seinci. Dan jika Kristian adalah agama benar,pasti akan ada jawapan ilmiah fakta mutlak dari pihak anda terhadap setiap tuduhan fitnah yang dikenakan.

Tidak perlu menjerit “Kristian agama kasih! Tuhan Jesus menyayangi anda!” kerana fakta dalam Bible dan sejarah dunia menunjukkan Kristian tersebar luas BUKAN kerana kualiti kebenaran tetapi kuantiti keganasan penyebaran ajaran kristian seperti mana kata-kata dari Ex-Christian – Michael Sherlock berikut :
“Christianity did not become a major religion by the quality of its truth, but by the quantity of its violence.”
– https://michaelsherlockauthor.wordpress.com/2014/07/07/violent-christianity-refuting-the-christian-apologists-at-come-reason-org/

Apa lagi bentuk taqiyyah anda mahu sembunyikan segala kesalahan ajaran agama anda???

03 – Memandangkan anda cerita pasal moral,maka mari kita buat perbandingan. Quran mengajar kasih sebanyak 279 ayat dari 1843 moral kebaikan dan memiliki satu surah lengkap dinamakan Al-Rahman (Maha Pengasih) manakala dalam Bible hanya mengajar kasih sebanyak 186 ayat dari 696 ayat tentang moral kebaikan.

Dan dalam Quran,Iblis disebut hanya 11 kali dan Syaitan disebut 62 kali sahaja manakala Bible sebanyak 116 kali tidak termasuk kata ganti nama khas syaitan..jadi saya bertanya,mana satu kitab yang ajar keganasan,peperangan sekaligus menjadi kitab Iblis??
(A) Quran
(B) Bible

04 – Kita tidak perlu tunggu Kiamat kerana dari kitab suci sahaja pun jelas menunjukkan semua ajaran para Nabi termasuk Jesus Christ membawa ajaran Tawhid. Jadi jika dari aqeedah sahaja pun jelas menunjukkan kesalahan besar dari ajaran agama anda,apatah lagi dari jika dari bab moral dalam ajaran agama anda. Bagaimana anda mahu murtadkan kami jika anda tidak mampu menjawab semua hujah fakta ilmiah dari kami dan anda tidak mampu yakinkan kepada kami bahawa ajaran agama adalah sempurna dan benar???

05 – Diterangkan dalam Quran surah Maryam 19:71 bahawa semua manusia akan mendatangi / melintasi (Waaridhuhaa) di As-Shirath yang terbentang di atas Neraka. Quran tidak sebut memasuki (Khaalidhuhaa) dalam ayat itu. Dan orang Islam akan diselamatkan dari Neraka dengan berjaya melintasi As-Shirath yang amat dekat dengan Neraka itu.

Bagaimana dengan Kristian?? Hanya angan-angan Kristian untuk memasuki syurga tetapi tidak mampu berikan bukti kebenaran (Al-Baqarah 2:111)…Bye-bye~ Neraka menjemputmu….

Apakah anda masih Kristian???

Jangan lupa pertaruhan cabaran saya kepada anda dan seluruh Kristian!…Saya ulangi seperti saya katakan sebelum ini :

Sila berikan pertaruhan cabaran,sila carikan SATU KESALAHAN dalam Islam secara mutlak. Jika mampu berikan SATU sahaja kesalahan Islam untuk membuktikan Islam ajaran salah secara mutlak tanpa hujah fakta ilmiah dari maklumbalas kami,maka saya bersiap untuk murtad ATAU saya bersiap bertaruh leher saya dipenggal.

Dalam poket kami,terlalu banyak kesalahan ajaran Kristian secara mutlak tidak terbantah lagi dari pihak anda. Bible anda yang di anggap kitab suci pun mengalami 50 086 kesalahan (termasuk 1038 percanggahan ayat) tanpa bantahan hujah ilmiah fakta secara mutlak dari pihak anda. Belum lagi termasuk kesalahan dalam bahagian perbezaan denominasi kegerejaan Kristian anda.

KESIMPULAN
Jadi setelah dijawab secara ilmiah semua ini,maka jelas bahawa agama yang salah,sesat dan kalah adalah Kristian dan pastinya agama yang salah,sesat dan kalah akan membawa ke Neraka…

Maka marilah kembali kepada Islam kerana Islam adalah agama yang benar!

ISLAM ADALAH AGAMA YANG BENAR…MARILAH BERSAMA KAMI KE DALAM ISLAM…SESUNGGUHNYA HANYA ISLAM YANG DITERIMA DISISI TUHAN…SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN ANDA HIDAYAH PETUNJUK UNTUK MENERIMA ISLAM (AAMEEN YA RABB)..

pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

“Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
[Al-Israa’ 17:81]

Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adalah Ruhul Quddus.

By