بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam.”
[Al-Maidah 5:72]
Ingin saya menyertakan satu article dakwah yang mana saya telah membuktikan bahawa Eesa Al-Masih Alaihissalam Ibni Maryam (Jesus Christ pbuh) BUKAN Tuhan dalam Bible :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/eesa-al-masih-alaihissalam-ibni-maryam-bukan-tuhan-dalam-bible/
Exegess Muslims juga telah berhujah dengan memberikan bukti 90 ayat dalam Bible Christian sendiri bahawa Jesus BUKAN Tuhan :
– https://www.islamreligion.com/articles/10454/90-verses-says/
– http://tellmeaboutislam.com/90-verses-jesus-is-not-god.html
TIDAK ADA SATU KENYATAAN dari firman Allah dan dari lisan Eesa Al-Masih Alaihissalam dalam SEMUA VERSI BIBLE ada mengatakan “akulah Tuhan” ATAU “Beginilah firman Tuhan : Eesa M’sheeka adalah Tuhan/Logos yang menjadi manusia”.
Bahkan TIDAK ADA SATU KENYATAAN dari firman Allah dan dari lisan Eesa Al-Masih Alaihissalam dalam QURAN ada mengatakan “akulah Tuhan” ATAU “Sesungguhnya Eesa adalah Tuhan” ATAU “Sesungguhnya Eesa adalah Anak Tuhan” ATAU “Sesungguhnya Eesa adalah Kalam Aku yang menjadi manusia”.
Dalam artikel ini kita akan runtuhkan segala tuduhan Missionaries Christianity yang telah mengemukakan 28 bukti kononnya Jesus Christ pbuh adalah Tuhan dalam Quran. Namun sebenarnya tuduhan dari dakyah missionaries ini telah lama runtuh yang mana semua tuduhan tersebut telah dijawab secara mutlak oleh Exegess Muslims,sila rujuk disini :
– https://islamicapologetics1.blogspot.com/2012/06/refuting-every-anti-islamic-websitebook.html
– http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/is_isa_god_in_islam.htm
– https://www.call-to-monotheism.com/rebuttal_to_sam_shamoun_s_article__jesus_as_the_mercy_of_allah__more_quranic_evidence_for_the_divinity_of_christ_
– https://www.youtube.com/playlist?list=PLD28811D03B12C6F8
Tapi tidak mengapa….Sungguhpun ianya telah lama diruntuhkan secara mutlak,disini kita tetap akan menjawab segala tiga puluh lima (35) fitnah Kristian kononnya Jesus Christ pbuh adalah tuhan dalam Quran. Lets check it out~
NO.1 – Jesus adalah teladan
(Az-Zhukruf 43:59)
JAWAPAN :
Ini tidak membuktikan Jesus adalah Tuhan. Jesus dimuliakan dalam Quran membuktikan Islam BUKAN Anti-Christ. Kedatangan Quran menceritakan hal yang sebenar pada masa Nubuwwah Jesus Christ pbuh yang mana selaku Nabi wa Rasul,baginda (Jesus) sememangnya menjadi tauladan kepada bani Israel.
Muhammad SAW juga adalah tauladan kepada seluruh manusia (Al-Ahzab 33:21)..Jika saya ikuti pemikiran Kristian bahawa Jesus adalah tauladan bukti dia adalah tuhan,maka apakah Muhammad SAW juga adalah tuhan kerana menjadi tauladan kepada seluruh manusia???
BUKTI NO.1 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.2 – Jesus disucikan terhadap orang kafir
(Ali Imran 3:55)
JAWAPAN :
ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu lalu Aku menghukum tentang apa yang kamu perselisihkan.”
[Ali’Imraan 3:55]
Maksud ayat “membersihkanmu dari orang-orang kafir” ialah menyelamatkan Jesus Christ pbuh dari orang-orang yang kafir yang ingin membunuhnya. Jadi secara ringkasnya,Allah akan mengambil,mengangkat dan menyelamatkan Jesus Christ pbuh dari orang-orang kafir yang ingin menangkap,menyalib dan membunuhnya.
BUKTI NO.2 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.3 – Pengikut Jesus Christ iaitu orang Nasrani masuk syurga
(Al-Maidah 5:65)
JAWAPAN :
Mari kita baca secara konteks :
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab!,apakah kamu memandang kami salah hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang yang fasik?’”.Katakanlah: “Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkai-Nya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”.Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi) datang kepada kamu, mereka berkata: “Kami telah beriman”. Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya dan sesungguhnya mereka keluar dari sisi kamu dengan kekufurannya juga dan hendaklah mereka ingat,Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan. Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Dia limpahkan sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat.Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan,Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[Al-Maaidah 5:59-65]
Jadi dari ayat ini menjelaskan :
* Orang Judah mencela dan mengejek terhadap muslim yang beriman kepada Allah,beriman apa yang diturunkan kepada mereka serta beriman apa yang diturunkan sebelumnya (kitab terdahulu) yang mana kebanyakan orang Judah ketika itu ramai yang menjadi fasik.
* Nabi Muhammad SAW menceritakan perihal bagaimana orang Judah Israel dahulu yang kafir melanggari Hukum Sabbath lalu disumpah menjadi kera dan babi (Al-Baqarah 2:65).
* Wujudnya golongan munafik dikalangan orang-orang Judah yang mengaku beriman di lidah tetapi mendustakan Muhammad SAW yang mana Allah mengetahui isi hati mereka.
* Ramai dari kalangan Judah yang melakukan dosa dan memakan makanan yang telah diharamkan.
* Orang Judah mengutuk Allah dengan berkata bahawa Tangan Allah adalah bakhil (kerana tidak melonggarkan apa yang diharamkan) tetapi Nabi mengatakan bahawa tangan merekalah yang terbelunggu disebabkan tidak mensyukuri apa yang telah Allah berikan kepada mereka selama ini.
* Apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW dari Allah menjadikan ramai orang-orang Judah bertambah kufur dan disebabkan kekufuran mereka,Allah tanamkan kebencian dan permusuhan di antara mereka sehingga Kiamat.
* Allah menceritakan bahawa orang-orang Judah akan selalu menimbulkan api peperangan dan terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi.
* Dan Allah beritahu sekiranya mereka (Judah) itu beriman dan bertaqwa kepada Allah dan Rasul,Allah akan hapuskan kejahatan-kejahatan mereka dan Allah memasukkan mereka ke dalam syurga kelak.
Jadi jelas,ayat di atas merujuk kekufuran orang Judah terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW dan sekiranya mereka beriman taat segala ajaran Allah dan Nabi,pasti mereka akan masuk syurga dan Allah akan hapuskan segala dosa kejahatan mereka. Ini ayat TIDAK ADA KAITAN dengan orang Nasara. Seandainya ada pun,bukan merujuk Neo-Christianity yang telah ikuti ajaran Paul.
BUKTI NO.3 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.4 – Pengikut Jesus Christ akan menerima pahala,kasih Allah dan mendapat darjat yang tinggi dari orang kafir sampai kiamat.
(Al-Baqarah 2:62 / Al-Baqarah 2:121 / Ali-Imran 3:15 / Ali-Imran 3:113-115 / Ali-Imran 3:199 / Al-Maidah 5:69 dan Al-Araf 7:170)
JAWAPAN :
Mari kita baca semua ayat Quran tersebut,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasara dan orang-orang Saabien,sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat serta beramal soleh,maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
[Al-Baqarah 2:62]
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiein dan orang-orang Nasrani – sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat serta beramal soleh,maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
[Al-Maaidah 5:69]
“Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan,mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
[Al-Baqarah 2:121]
“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang tetap berpegang kepada agama Allah yang benar dan mereka membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam, semasa mereka sujud.Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka yang demikian sifatnya,adalah dari orang-orang yang soleh.Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari. Dan Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.
[Ali’Imraan 3:113-115]
“Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab,ada orang yang beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga kepada apa yang diturunkan kepada mereka sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”
[Ali’Imraan 3:199]
Katakanlah: “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga,yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.Disediakan juga pasangan-pasangan yang suci bersih serta mendapat keredhaan dari Allah”. Dan ingatlah, Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.”
[Ali’Imraan 3:15]
“Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki keadaan hidupnya.”
[Al-A’raaf 7:170]
Semua ayat di atas menjelaskan bahawa sesiapa di antara mereka yang beriman kepada Allah (tidak mensyirikkan Allah),beriman apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW,beriman kepada Hari Akhirat serta beramal soleh,maka Allah berikan pahala balasan disisi Allah. Dan dalam ayat Ali-Imran 3:113-115 jelas Allah katakan bahawa setiap ahlul kitab itu tidak sama yang mana ada yang kufur dan ada yang beriman. Mereka yang beriman adalah mereka yang tidak mensyirikkan Allah,tidak bertuhankan Jesus Christ pbuh (Al-Maidah 5:72-73) dan mereka yang membaca kitab dengan sebenar-benar bacaan (bukan mengikut telunjuk tafsiran gereja). Sebab itu mengapa dalam Kekristianian,ada yang beraqeedah Unitarian dan ada yang beraqeedah syirik (Trinitrian). Bahkan semasa era Nubuwwah Jesus Christ pbuh,semua 72 pengikut Jesus Christ pbuh (termasuk 12 Hawariyyun Jesus) beriman kepada Jesus sebagai Nabi dan Hamba Allah (Luke 7:16,Luke 24:19,John 6:14,Matthew 21:11,Matthew 21:46,Matthew 13:57,John 7:40,Acts 3:13,Acts 3:26 dan Acts 4:27) dan mereka mentauhidkan Allah. Mereka adalah muslim di era syariat Jesus Christ pbuh. Disini saya berikan bukti sumber bahawa pengikut asli di era Nubuwwah Jesus adalah muslim,menolak Trinity,menolak doktrin penebusan dosa dan menolak Jesus adalah tuhan :
– http://www.answering-christianity.com/early_christians.htm
– http://www.answering-christianity.com/muslims_during_early_christians_times.htm
– http://www.earlychristianwritings.com/other.html
Ikutilah ajaran Jesus yang sebenar,maka ITULAH GOLONGAN AHLUL KITAB YANG BERIMAN. Anda akan tahu bahawa keselamatan itu adalah dari ajaran-ajaran para Nabi yang berdakwah dari Tuhan Yang Satu sekaligus menjadikan anda seorang muslim. Kerana Jesus sendiri adalah muslim (Luke 6:40). “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli….Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2
*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29
*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35
*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19
Nubuat Muhammad SAW Ibn Abdullah dalam Bible :
01-Genesis 49:3-10
02-Deuteronomy 18:18
03-Deuteronomy 33:2
04-Psalm 45:1-17
05-Psalms 72:8-17
06-Psalm 110:1-7
07-Song of Solomon 5:16
08-Isaiah 29:9-15
09-Isaiah 40:1-5
10-Isaiah 42:1-12
11-Isaiah 54:1-3
12-Daniel 7:1-25
13-Habakkuk, 3:3
14-John 16:1-15
15-John 14:16-17
Ciri-ciri ahlul Kitab yang kufur adalah seperti dinyatakan dalam ayat berikut :
“Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[Al-Maidah 5:72-73]
Pertanyaan saya :
– Apakah orang Kristian kini (Neo-Christianity) beriman Tuhan itu Maha Tunggal,Jesus BUKAN Tuhan dan beriman apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW???
BUKTI NO.4 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.5 – Jesus adalah suci
(Maryam 19:19)
JAWAPAN :
Mari kita baca :
“ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci.”
[Maryam 19:19]
01 – Semua para Nabi termasuk Muhammad SAW adalah seorang maksum (tercela dari dosa) dalam surah Al-Fath 48:1. Quran mengatakan bahawa “Eesa Al-Masih adalah seorang lelaki yang suci” (Maryam 19:19) kerana orang-orang Judah Israel menuduh Maryam melakukan zina dan Eesa Al-Masih adalah anak zina serta lahir dari keturunan zina (Sanhedrin 106a,Shabbat 104b,Yebamoth 49b,Yevamot 4:18,Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a). Maka Quran membersihkan tuduhan fitnah tersebut dengan menjelaskan hal sebenar bahawa Jesus Christ pbuh lahir dalam keadaan suci. Bible Luke bab 3 ayat 3-22,Jesus dibaptis oleh John yang mana Jesus dibaptis dan diampunkan segala dosa. Jadi dari sini,jelas menunjukkan bahawa Bible memberi maksud bahawa:
– Jesus sebelum ini pernah berdosa lalu dibaptis dan diampunkan dosa.
– ada sesuatu Entity Maha Kuasa menyucikan Jesus iaitu Tuhan BUKAN Jesus sendiri yang menyucikan dirinya sendiri. Dilihat dari sini,Quran lebih memuliakan Jesus berbanding Bible.
02 – Dalam Acts 4:30,disitu menyebut “hamba-Mu yang kudus” merujuk Jesus Christ pbuh. Jadi jelas Biblemu sendiri mengatakan Jesus Christ pbuh merupakan seorang hamba BUKAN Tuhan.
BUKTI NO.5 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.6 – Celupan / Baptisan selam adalah celupan / baptisan dari Allah
(Al-Baqarah 2:138)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?”
[Al-Baqarah 2:138]
mengenai firman-Nya “sibghatallaah” (Shibqhah Allah),Adh-Dhahhak meriwayatkan dari Ibnu Abbas,yang dimaksudkan “Shibghah Allah” adalah merujuk “Agama Allah”. Hal yang sama diriwayatkan dari Mujahid,Abu Al-Aliyah,Ikrimah,Ibrahim,Hasan Al-Bashri,Qatadah,Abdullah bin Kathir,Athiyah Al-Aufi,Rabi’ Ibn Anas dan As-Suddi.
Penggunaan Shibghatullah ini dimaksudkan sebagai dorongan seperti yang terdapat dalam firman-Nya “Fitratallah” yang mana membawa maksud,”hendaklah kalian berpegang teguh kepadanya”. Sebahagian ulama mengatakan bahawa hal itu dimaksudkan sebagai badal bagi firman-Nya “millata ibraahiima” (Jalan Hidup Ibrahim). Kata “sibghatallaah” itu merupakan mashdar yang ditekankan dan berfungsi memberikan keterangan bagi firman Allah sebelumnya yang menyebut “aamannaa billaahi” (Kami beriman kepada Allah) dalam Al-Baqarah 2:136 dan seperti firman-Nya “wa’dallaahi” (Allah telah membuat satu janji) dalam An-Nisaa 4:122.
Jadi ini tidak ada kaitan dengan Baptisan. Mahu faham Quran dengan 21 Ilm’ul Furqan. Mahu faham Quran jangan faham ikut telunjuk gereja.
BUKTI NO.6 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.7 – Orang yang kafir adalah orang kafir yang terhadap Jesus Christ pbuh dan akan menerima azab yang pedih.
(An-Nisa 4:155-156)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Maka Kami laknatkan mereka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup”. Sebenarnya hati mereka tidak tertutup, bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja di antara mereka.Demikian juga Kami laknatkan mereka dangan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam.Dan juga dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak meyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak tentang menentukan pembunuhannya. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
[An-Nisa 4:155-158]
“Orang kafir” yang dimaksudkan adalah orang-orang Judah Israel yang telah mencabuli Perjanjian Setia dengan Allah,ingkar melanggar ayat-ayat Allah,membunuh para Nabi Israel,menuduh Maryam sebagai penzina dan keturunan zina serta mendakwa dan merancang membunuh Jesus Christ pbuh melalui penyaliban. Jadi jelas ayat ini sekaligus membuktikan juga Jesus Christ pbuh BUKAN Tuhan dan BUKAN datang untuk menebus dosa manusia.
BUKTI NO.7 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.8 – Jesus di imani oleh semua ahli kitab
(An-Nisa 4:159)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Eesa sebelum kematiannya dan pada hari kiamat kelak Eesa akan menjadi saksi terhadap mereka.”
[An-Nisaa’ 4:159]
Asbabun Nuzul
Sa’id Ibn Al-Musayyab mendengar Abu Hurairah R.A berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya,akan segera turun kepada kalian Eesa Ibn Maryam sebagai hakim yang adil,dia akan menghancurkan salib,membunuh babi,membebaskan jizyah dan harta benda akan banyak tersebar sehingga tidak ada seorangpun yag mahu menerima shadaqah hingga pada masa itu satu kali sujud lebih baik daripada dunia dan isinya”. Kemudian Abu Hurairah R.A berkata lagi : “Bacalah firman Allah jika kamu kehendak “Dan tidak ada satu pun dari Ahli Kitab kecuali pasti akan beriman kepadanya (Eesa Ibn Maryam) sebelum kematiannya dan pada Hari Qiyamah nanti Eesa akan menjadi saksi bagi mereka”.
[Shahih Bukhari dengan nomor 3192]
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata bahwa Rasulullah Muhammad Sallalahu’Alaihi’Wassalam bersabda,
“Pada masa beliau,Allah akan membinasakan semua agama selain Islam,Isa akan membunuh Dajjal dan beliau akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu dia wafat dan kaum muslimin mensolati jenazahnya.”
[Sahih Abu Dawud No.4324 dan Ahmad No.2/437]
Jadi disini maksudnya apabila kedatangan Jesus Christ pbuh untuk kali kedua,baginda (Jesus) akan memberitahu bahawa dirinya bukan tuhan (“menghancurkan salib”),mendirikan kembali syariat Muhammad yang hampir pupus ketika itu (“membunuh babi”),membunuh Al-Masihu’Dajjal (Anti-Christ) dan setelah itu,semua Kristian akan kembali beriman dengan Jesus sebagai manusia dan sebagai muslim kerana Jesus telah membuktikan dan menerangkan bahawa dirinya BUKAN TUHAN dan ketika itu SEMUA AGAMA DIHAPUSKAN KECUALI HANYA ISLAM…ini kerana Jesus Christ pbuh dan Hawariyyun juga dari dahulu lagi asalnya adalah muslim (Luke 6:40).
“Ein talmeed na’leh ‘al rabbo; shekken kal adam she’MUSHLAM yihyeh k’rabbo.”
[Luke 6:40]
“A student is not above his teacher but everyone who is PERFECTED will be like his teacher.”
[Luke 6:40]
Secara konsep,istilah “Muslim” bermaksud “seseorang menjadi ilmuwan taat kepada pengelolanya” umpama seorang pelajar sekolah lepasan pengajian sekolah yang berjaya dalam hidup menjadi pengajar kepada generasi akan datang yang mana pada masa yang sama dirinya masih taat kepada pengajar asalnya. Jadi dalam Bahasa Arab,ianya disebut MUSLIM dengan pendek kata “PERCAYA” atau “TAAT” atau “PENYEMPURNA”.
Disini sumber Christian sendiri membuktikan “mushlam” dan “shalam” synonym dengan “muslim”,”silm” dan “salm” :
– https://biblehub.com/hebrew/7999.htm
Jadi jelas disini bahawa di akhir zaman nanti apabila datangnya Jesus Christ pbuh untuk kali kedua,baginda (Jesus) akan menyangkal dirinya sebagai Tuhan dan semua Kristian (yang hidup ketika itu) akan beriman kepada Jesus Christ pbuh sebagai manusia BUKAN Tuhan dan ketika itu hanya ada agama Islam sahaja yang mana semua agama terhapus.
BUKTI NO.8 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.9 – Setiap orang sewaktu lahir hingga kini disentuh syaitan kecuali Jesus
(Sahih Bukhari 1493 dan Sahih Muslim 4363)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Tidak seorang bayi pun yang dilahirkan kecuali telah disentuh oleh syaitan sehingga ia menangis menjerit kerana sentuhan syaitan tersebut kecuali Maryam dan anaknya.”
[Sahih Bukhari No.1493 dan Sahih Muslim No.4363]
01 – Ini adalah Irhas Jesus Christ pbuh. Jika ini merujuk bukti bahawa dia adalah tuhan,jadi maknanya Adam dan Hawa juga adalah tuhan sebab Adam dan Hawa tidak melalui peringkat bayi dan tidak pernah disentuh syaitan….setuju???
02 – Dalam atsar Ibn Abbas dari Abdur Rahman Ibn Auf dan Abdul Muthallib (Ahmad No.16700,Ath-Thabari No.1/566,Al-Hakim No.2/600,Al-Abani No.224 dan Az-Zahabi No.1545) mengatakan bahawa Muhammad SAW lahir dalam keadaan bercahaya dan tidak menangis. Jika saya menurut seperti claim Kristian di atas,apakah Muhammad SAW juga adalah tuhan???
03 – Maryam juga dilahirkan tidak menangis (jika dirujuk dalam Hadith di atas). Jika hadith itu dijadikan bukti bahawa Jesus adalah tuhan kerana tidak menangis disentuh syaitan,apakah anda setuju bahawa Maryam juga adalah tuhan???
BUKTI NO.9 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.10 – Jesus adalah Ruh Allah dan Firman-Nya
(Sahih Bukhari 1496 dan Hadith dari Anas Ibn Malik halaman 72)
JAWAPAN :
01 – Hadith dari Anas Ibn Malik Hal.72 yang Kristian claim khabarnya menyatakan Jesus adalah Ruh Allah dan Firman-Nya tidak memiliki rujukan sumber siapa Muhadithin. Anas Ibn Malik adalah Narrator BUKAN Muhadithin. Jadi ini adalah hadis rekaan Missionaries.
Disini saya berikan dari Anas Ibn Malik yang sebenar :
Allah’s Apostle entered Makkah in the year of its Conquest wearing an Arabian helmet on his head and when the Prophet took it off, a person came and said, “Ibn Khatal is holding the covering of the Kaaba (taking refuge in the Kaaba).” The Prophet said, “Kill him.”
[Sahih Bukhari Vol.29 No.72]
Sahih Bukhari 1496 TIDAK menceritakan tentang Jesus. Saya sertakan hadith tersebut disini :
Telah menceritakan kepada kami [Ahmad bin Muhammad] telah mengkhabarkan kepada kami [‘Abdullah] telah mengkhabarkan kepada kami [Musa bin ‘Uqbah] dari [Nafi’] dari [Ibnu ‘Umar] bahawasanya apabila ingin masuk kedalam Ka’bah,dia berjalan menuju arah depan sementara pintu Ka’bah di belakangnya. Maka dia berjalan hingga antara dia dan dinding dihadapannya kira-kira tiga hasta lalu dia solat ditempat yang pernah [Bilal] khabarkan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu’Alaihi’Wasallam solat di tempat itu. Dan tidak menjadi masalah jika seseorang solat di dalam Ka’bah menghadap kemana saja yang di inginkan.”
[Sahih Bukhari Vol.1 No.1496]
BUKTI NO.10 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.11 – Jesus adalah hakim yang adil pada akhir zaman
(Sahih Muslim No.127,Sahih Muslim No.220 dan Sahih Bukhari No.1090)
JAWAPAN :
01 – Allah Maha Hakim disebut sebagai “Bi’ah kamil Haakimiin” (بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ) di dalam Quran surah At-Tiin 95:7 manakala Jesus dan hakim-hakim dunia dipanggil sebagai “Hakaman Ad’lan” (حَكَمًا عَدْلاً) dalam Hadith Sahih Bukhari No.1090,Sahih Muslim No.127 dan Sahih Muslim No.220. Gelaran hakim kepada Allah dirujuk kepada keadilan penghakiman dalam Keilahiyyan-Nya sedangkan Jesus di rujuk hakim yang adil seperti mana hakim-hakim dunia. Jika Jesus adalah tuhan dan Maha Hakim,maka Jesus juga harus dipanggil sebagai “Bi’ah kamil Haakimiin” namun tidak demikian kerana Jesus BUKAN Tuhan.
02 – Dalam Exodus 7:1,Allah sendiri menyatakan Moses adalah theon (tuhan) kepada Firaun dan tenteranya. Saya ingin bertanya,
– Jika saya menurut dangkal pemahaman Kristian seperti claim di atas,apakah Moses juga adalah tuhan??
Ayat Exodus 7:1 itu adalah firman tuhan Israel sendiri dalam Bible katakan kepada Moses sedangkan Jesus adalah hakim yang adil dari kata-kata Muhammad SAW yang Kristian tuduh sebagai Nabi Palsu….jadi mana satu yang harus Kristian percaya??
BUKTI NO.11 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.12 – Jesus adalah Ruh Allah
(Al-Anbiyaa’ 21:91 dan An-Nisa 4:171)
JAWAPAN :
Adam juga ditiupkan ruh Allah,mari kita baca :
“Kemudian apabila aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan roh-Ku padanya,maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”
[Al-Hijr 15:29]
– Adam pbuh ditiupkan ruh Allah secara langsung dari Allah sendiri. Jika ditiupkan ruh itu merupakan bukti ketuhanan,apakah Adam pbuh yang ditiupkan ruh adalah tuhan???
BUKTI NO.12 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.13 – Jesus memiliki pengetahuan ghaib
(Ali-Imran 3:49)
JAWAPAN :
Mari kita baca :
Dan menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil,dengan berkata kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu dengan membawa satu tanda dari tuhan kamu iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung,kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung yang hidup dengan izin Allah. Dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda bagi kamu jika kamu orang-orang yang mahu beriman.”
[Ali’Imraan 3:49]
01 – Ayat Ali-Imran 3:49 di atas terang jelas memberitahu disitu bahawa Jesus adalah Rasul Allah yang mana dimaklumkan bahawa apa yang dia miliki adalah mukjizat atas izin Allah. Jadi adalah normal apabila seorang Nabi memiliki pengetahuan ghaib atas pemberitahuan dari Tuhan.
02 – Mari kita baca tiga (03) ayat Quran :
“Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu, sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (ntuk mengundi siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi.”
[Ali’Imraan 3:44]
“Yang demikian ialah dari berita-berita ghaib yang kami wahyukan kepadamu , sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan hendak membuang Yusuf ke dalam perigi dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat terhadapnya (Yusuf).”
[Yusuf 12:102]
“itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu, yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
[Huud 11:49]
dari tiga (03) ayat tersebut,jelas menunjukkan bahawa Muhammad SAW juga mengetahui hal ghaib. Jika saya menurut pemahaman Kristian seperti di atas,apakah Muhammad SAW adalah tuhan??
BUKTI NO.13 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.14 – Jesus adalah rahmat Allah
(Maryam 19:21)
JAWAPAN :
Semua muslim beriman bahawa Jesus Christ pbuh adalah rahmat dari Allah (Maryam 19:21). Bahkan Muhammad SAW juga adalah rahmat dari Allah untuk sekalian alam. Mari kita baca ayatnya :
“Tidaklah Kami mengutusmu melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
[Al-Anbiya 27:107]
– Jadi apakah Nabi Muhammad SAW adalah tuhan???
BUKTI NO.14 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.15 – Jesus diperkuatkan oleh Ruh Kudus
(Al-Baqarah 2:87)
JAWAPAN :
01 – Adalah normal apabila Jesus diperkuatkan dengan Ruh Kudus kerana yang menjadi wakil membawa dan meniupkan ruh ke dalam rahim Maryam serta menyampaikan tanda dan wahyu kepada Jesus adalah Ruhul Quddus yang mana Ruhul Quddus adalah Malaikat Jibrail Alaihissalam. Ini terbukti dalam Bible Matthew 1:18 dan Luke 1:26-27,mari kita baca :
“This is how the birth of Jesus Christ came about: His mother Mary was pledged to be married to Joseph, but before they came together, she was found to be with child through the Holy Spirit.”
[Matthew 1:18]
bandingkan dengan ayat berikut,
“In the sixth month of Elizabeth’s pregnancy, the angel Gabriel was sent by God to a town of Galilee called Nazareth to a virgin engaged to a man whose name was Joseph, a descendant of David, and the virgin’s name was Mary.”
[Luke 1:26-27]
Dalam Matthew 1;18 menyebut Ruh Kudus manakala dalam Luke 1:26-27 menyebut Gabriel (Jibrail). Dua nama berlainan dalam satu cerita yang sama,ini terbukti bahawa Ruh Kudus adalah Gabriel (Jibrail).
Dan ini dikuatkan lagi dalam Quran bahawa Ruh Kudus membawa wahyu kepada Muhammad SAW :
Katakanlah: “Ruhul Qudus menurunkan Al Qur’an itu dari Tuhanmu dengan benar untuk meneguhkan hati orang-orang yang telah beriman dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”.
[An-Nahl 16:102]
bandingkan dengan ayat berikut,
“Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.”
[Al-Baqarah 2:97]
An-Nahl 16:102 menyatakan bahawa Ruh Kudus menurunkan Quran kepada Muhammad SAW manakala dalam Al-Baqarah 2:97 menyatakan Jibrail Alaihissalam menurunkan Quran kepada Muhammad SAW. Dua nama yang berlainan dalam satu tugas,satu entiti dan satu cerita yang sama. Jadi jelas RUHUL QUDDUS ADALAH JIBRAIL ALAIHISSALAM.
02 – Cucu Muhammad SAW iaitu Hassan juga diperkuatkan dengan Ruh Kudus,mari kita baca :
diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Umar Ibn Al-Khatthab menemui Hassan ketika dia sedang membaca syair di dalam masjid. Kemudian Umar pun memperhatikannya,maka Hassan berkata kepadanya,”Aku telah membaca syair di dalamnya dan di sana terdapat orang yang lebih baik darimu”. Setelah itu Umar menoleh ke arah Abu Hurairah seraya berkata,”Demi Allah, apakah engkau pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Ya Allah!,perkenankanlah bagiku perkuatkanlah Hassan dengan Ruhul Qudus”. Umar menjawab,”Ya pernah”.
[Sahih Bukhari dan Muslim]
Rasulullah pernah berkata kepada Hassan,”Balaslah celaan mereka dan Jibrail bersamamu”. Melalui sebuah syair,Hassan pernah berkata: “Jibril adalah utusan Allah ada bersama kita dan dia adalah Ruhul Quddus yang tidak diragukan lagi.”
[Hasan Ibn Hibban]
Jadi jika Jesus Christ pbuh diperkuatkan dengan Ruh Kudus dianggap sebagai tuhan,maka apakah cucu Muhammad SAW (Hassan) adalah tuhan??
BUKTI NO.15 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.16 – Jesus langsung berfirman tanpa perantaraan malaikat
(Maryam 19:29-32)
JAWAPAN :
01 – Mari kita baca,
“Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?. Isa menjawab:”Sesungguhnya aku ini hamba Allah,Dia telah memberikan kepadaku Kitab dan Dia telah menjadikan aku seorang Nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan aku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. Serta diperintahkan aku taat dan berbuat baik kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong takbur atau derhaka.”
[Maryam 19:29-32]
Setelah dibaca,ayat diatas tidak ada kaitan dengan perantaraan malaikat sebab Allah berikan mukjizat kepada Jesus Christ pbuh boleh berkata-kata semasa waktu bayi dan adalah normal apabila Jesus Christ pbuh bertutur dengan manusia lain kerana situasi disitu tidak memerlukan keberadaan malaikat. Ini sama dengan Muhammad SAW yang mana selama dia menyampaikan wahyu,tidak pernah ada penglibatan antara malaikat Jibrail Alaihissalam dengan manusia lain melainkan hanya berurusan dengan Nabi sahaja. Jadi ayat ini tidak menyokong bukti bahawa Jesus adalah tuhan.
02 – Jesus Christ juga menerima wahyu dari malaikat Jibrail Alaihissalam menurut dalam Gospel of Barnabas. Disini saya ambil petikan dari Ex-Christian scholar iaitu Dr.Jerald Dirks :
“The one Gospel which we do not have is the Gospel of Jesus, the original revelation that he received, in the original language in which it was revealed so that the accuracy and authenticity of any translation of that original text could always be ascertained and assessed simply by referring back to that original text whenever the occasion might arise. According to the Gospel of Barnabas, the revelation which was given to Jesus was never preserved as a written text at any stage but was more in the nature of a well of wisdom which was placed in the heart of Jesus BY THE ANGEL GABRIEL and from which he could draw as he needed. This makes all Gospels today merely a collection of stories of what people heard about Jesus.”
– http://tellmeaboutislam.com/the-hidden-truth-in-barnabas.html
– http://tellmeaboutislam.com/the-origins-of-the-new-testament.html
BUKTI NO.16 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.17 – Jesus lahir,mati dan dihidupkan kembali
(Maryam 19:33)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.”
[Maryam 19:33-34]
01 – Nabi Yahya pbuh juga dikatakan hal yang sama seperti Jesus Christ pbuh :
“Dan Kami limpahkan kepadanya kesejahteraan pada hari dia dilahirkan,pada hari dia mati dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali.”
[Maryam 19:15]
Jika ikut pemahaman Kristian bahawa ayat “mati dan bangkit hidup kembali” di anggap sebagai tuhan,maka apakah Yahya pbuh juga adalah tuhan??
02 – Pada dasarnya,semua manusia mengalama 3 fasa iaitu :
1. Kelahiran (Awal dari Kehidupan didunia)
2. Kematian (meninggal dunia ke alam Barzakh)
3. Kebangkitan kembali (Di Hari Pengadilan Al-Masyhr)
Jesus Christ pbuh akan turun ke bumi ini untuk kali kedua dan akan wafat seperti Hadith Nabi Muhammad SAW berikut,
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata bahwa Rasulullah Muhammad Sallalahu’Alaihi’Wassalam bersabda,
“Pada masa beliau,Allah akan membinasakan semua agama selain Islam,Isa akan membunuh Dajjal dan beliau akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu dia wafat dan kaum muslimin mensolati jenazahnya.”
[Sahih Abu Dawud No.4324 dan Ahmad No.2/437]
“Jika Dajjal telah keluar dan saya masih hidup maka saya akan membela kalian,namun Dajjal keluar sesudahku. Sesungguhnya Rabb kalian ‘Azza Wa Jalla tidaklah buta sebelah dan Dajjal akan keluar di Yahudi Ashbahan hingga ia datang ke Madinah dan turun di tepinya yang mana Madinah pada waktu itu memiliki tujuh pintu. Pada setiap pintu terdapat malaikat yang menjaga, lalu akan keluar menuju kepada Dajjal sejelek-jelek penduduk madinah darinya hingga ke Syam tepat di kota palestina di pintu Lud.” Sesekali Abu Daud berkata, “Hingga Dajjal datang tiba di palestina di pintu Lud,lalu Isa ‘alaihis salam turun dan membunuhnya kemudian Isa ‘alaihis salam tinggal di bumi selama empat puluh tahun dan menjadi imam yang adil dan hakim yang adil.”
[Hasan Ahmad No.6/75.]
jadi,ayat An-Nisa 4:157 tidak bertentangan dengan ayat Maryam 19:33-34. Ini kerana Jesus lahir,hidup tidak mati disalib dan turun semula kebumi memimpin selama 40 tahun dan akhirnya wafat. Dan seterusnya baginda (Jesus) akan dihidupkan kembali waktu Hari Pengadilan di Padang Masyhr. Maka disini maksud tiga (03) fasa perjalanan hidup manusia ditempuhi termasuk Jesus Christ seperti yang dinyatakan dalam Maryam 19:33-34 di atas.
BUKTI NO.17 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.18 – Jesus mati dan dibangkitkan semula naik ke syurga
(Ali-Imran 3:55)
JAWAPAN :
01 – Ayat dalam surah Ali-Imran 3:55 menyebut “Mutawaffiika” yang mana kalimat tersebut ada dua keadaan iaitu :
– Tuhan mengambil/memegang jiwa seseorang tanpa dipulangkan, iaitu dimatikan. Ia juga bermaksud Tuhan mengambil nyawa dan mengambil kehidupan dunia seseorang.
– Tuhan mengambil/memegang jiwa seseorang untuk sementara, yang kemudiannya akan dipulangkan, iaitu tidur. Orang ini masih ada nyawa. Buktinya :
“Allah mengambil jiwa (YATAWAFFA) seseorang ketika matinya dan (juga YATAWAFFA kepada seseorang) yang belum mati (iaitu) ketika tidurnya, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain (yang belum sampai waktu kematiannya) sehinggalah waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda Allah bagi kaum yang berfikir.”
[Az-Zumar 39:42]
Apakah persamaan antara orang yang mati dengan orang yang tidur? Untuk mendapatkan pemahaman tentangnya, saya petik kata-kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin :
“Dunia menjadi tempat tinggal,badan menjadi kenderaan dan amal perbuatan menjadi jalan kepada matlamat. Apabila dikatakan ‘badan menjadi kenderaan’, sudah tentu ada pemandunya. Pemandunya ialah diri halus kita. Jadi persamaan antara tidur dan mati ialah ‘pemandu’ tubuh itu diambil/dipegang oleh Allah. Jika dia melepaskan ‘pemandu’ itu,hidup lagilah jasad yang sedang tidur. Jika Dia tidak melepaskan ‘pemandu’ itu, matilah jasadnya. Tidur atau mati,‘pemandu’ tidak berkuasa untuk mengawal jasad lagi. ‘Pemandu’ itu tidak lain ialah JIWA. JIWAlah yang diambil/dipegang oleh Allah apabila berlakunya “MUTAWAFFIIKA”.
ketika Allah berfirman, “Wahai Isa! Aku mengambil/memegang jiwamu (MUTAWAFFIIKA) dan mengangkatmu kepada-Ku serta menyucikanmu daripada orang-orang yang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikutimu di atas orang-orang yang kafir HINGGA HARI KIAMAT. KEMUDIAN kepada-Ku engkau kembali, lalu Aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.” [Ali-Imraan 3: 55]
Kita ikuti urutan peristiwa dalam ayat ini :
1. Allah ambil/pegang jiwa Nabi Isa.
2. Allah angkat jasadnya kepada-Nya.
3. KEMUDIAN barulah Nabi Isa dimatikan iaitu dengan kata : “KEMUDIAN kepada-Ku engkau kembali.”
Kalau pada urutan nombor 1 itu kita pakai makna sebagai “mati” dan Jesus telah dimatikan (sudah diambil nyawa / sudah kembali kepada Tuhan / suda meninggal dunia),ini telah bertentangan dengan urutan pada nombor 3. Kalau sudah mati,untuk apa mati lagi sekali? Hal ini membuktikan pada urutan nombor 1 itu Nabi Isa belum mati cuma direhatkan. Jadi “MUTAWAFFIIKA” pada ayat ini bermaksud “memegang/mengambil jiwa” bukannya mengambil roh atau nyawa.
Apa yang Quran dan Hadith ingin sampaikan secara ringkas adalah seperti berikut :
Jesus di angkat ke langit diselamatkan oleh Allah dari penyaliban (An-Nisa 4:157-158) dan Allah merehatkan Jesus dalam jangka masa tertentu (Ali-Imran 3:55) sehingga tibanya waktu Yaumul Qiyamah Al-Akhbar. Kini,Jesus Christ @ Eesa Al-Masih Alaihissalam berada di Bayt Al-Fadiun BUKAN disyurga (Hadith Sahih Bukhari No.349 / Muslim No.259). Sampai masa,Allah jadikan Jesus sebagai tanda Yaumul-Qiyamah Al-Akhbar dengan menurunkan Jesus kali ke2 (Az-Zhukruf 43:57-63)..Setelah Jesus membunuh Al-Masihu’Dajjal (Anti-Christ),menjelaskan dia bukan tuhan (“mematahkan salib”),menghapuskan semua agama kecuali Islam dan adili dunia dengan makmur dengan tegakkan syariat Muhammad kembali selama 40 tahun,kemudian dia akan wafat dan dimakamkan (Sahih Abu Dawud No.4324 dan Ahmad No.2/437).
BUKTI NO.18 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.19 – Jesus satu-satunya Imam Al-Mahdi
(Hadith Ibn Majah)
JAWAPAN :
Yang mengatakan bahawa kemunculan Imam Mahdi beriringan dengan kemunculan Jesus Christ pbuh disandarkan pada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari jalan Muhammad Ibn Khalid dari Abban Ibn Sholeh dari Al-Hasan dari Anas Ibn Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah ada Mahdi kecuali Isa bin Maryam”.
Maafkan saya….Hadith tersebut adalah Dhaif dan Mursal sebagaimana disebutkan Syeikh Al Banni dan salah satu alasannya sebagaimana juga dikatakan oleh Al-Baihaqi bahawa,
“perawi bernama Muhammad Ibn Khalid tidaklah dikenal…”
[As-Silsisalah Adh-Dhaifah juz 1 page 154]
Ditambah lagi dengan adanya hadith yang menyatakan bahawa kelak Imam Mahdi akan melaksanakan solat bersama Jesus Christ pbuh sebagaimana yang diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahwaa Rasulullah SAW bersabda,
“Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan dikumandangkanlah solat, maka dikatakan kepadanya,”majulah kamu (menjadi imam shalat) wahai Ruh Allah”. Isa menjawab,”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah ia yang mengimami solat kamu”.
[Hadith Sahih Ahmad]
Al Hafiz Ibnu Hajar didalam bukunya “Fathul Bari” menyebutkan pendapat Abul Hasan Al-Abadi didalam “Manaqib asy Syafi’i” bahawa,
“berbagai berita yang mutawatir menyatakan bahwa Al-Mahdi adalah dari umat ini sementara Isa melaksanakan solat dibelakangnya. Dan ini adalah jawaban dari hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Anas,”Tidak ada Mahdi kecuali Isa.”
Walau hadith tersebut dhaif dan mursal,tetapi Imam Al-Qurthubi mengatakan bahawa ada kemungkinan maksud dari hadith
“Ayat “Tidak ada Mahdi kecuali Isa” adalah memberi maksud “tidaklah ada Mahdi yang dapat membunuh Dajjal kecuali Isa” dan makna ini menggabungkan berbagai hadith yang mengharmonikan segala hadith yang berkaitan.”
[At-Tadzkirah page 69]
BUKTI NO.19 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.20 – Jesus terkemuka di dunia dan akhirat.
(Ali-Imran 3:45)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah,nama anak itu: Al-Masih Isa Ibni Maryam,seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan.”
[Ali-Imran 3:45]
Kamus bahasa Arab “وَجِيهًا” berasal dari kata “وَجُهَ – يَوْجُهُ” yang bermaksud “dihormati” atau “dimuliakan”.
Disamping Nabi Isa,Nabi Musa juga bergelar “وَجِيهًا” ,
Allah SWT Berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa; maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah.”
[Al-Ahzab 33:69]
Jika saya menurut pemahaman Kristian di atas,apakah Musa adalah tuhan kerana Musa juga terkemuka/terhormat di sisi Allah??
BUKTI NO.20 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.21 – Jesus menghidupkan orang mati dalam kubur.
(Al-Maidah 5:110)
JAWAPAN :
Ada sembilan (09) orang yang mampu menghidupkan orang mati yang mana lima (05) orang diceritakan dalam Bible mampu menghidupkan orang mati :
– Elia (Ilyas) dalam 1 Kings 17:22 dan 2 Kings 04:34
– Elijah (Ilyasa) dalam 2 Raja 13:21
– Ezekiel (Zulkifli) dalam Ezekiel 37:2-10
– Peter Ketua Hawariyyin Jesus dalam Acts 9:40
– Jesus Christ (Eesa Al-Masih) dalam Luke 7:11-15 dan John 11:39-45 serta Al-Maidah 5:110
manakala tiga (03) orang dalam Quran
– Ibrahim (Avraham) dalam Al-Baqarah 2:260
– Musa (Moses) dalam Al-Baqarah 2:73
– Ezra (Uzayr) dalam Al-Baqarah 2:259
serta Muhammad SAW menghidupkan orang mati dalam Hadith Ahad (Hasan Al-Bayhaqi No.13/32)
Jika mukjizat menghidupkan orang mati itu menunjukkan bukti seseorang itu adalah tuhan,maka apakah Kristian setuju bahawa semua sembilan (09) orang ini harus orang Kristian angkat mereka semua sebagai tuhan???
BUKTI NO.21 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.22 – Menyembuhkan orang buta sejak lahir.
(Ali-Imran 3:49)
JAWAPAN :
Mari kita baca :
“Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) dari Rabb-mu iaitu aku membuat untukmu dari tanah berbentuk burung kemudian aku meniupnya maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit kusta dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah dan aku khabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesunggubnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu,jika kamu sungguh-sungguh beriman.”
[Ali-Imran 3:49]
Setelah kita baca ayat di atas,jelas dan terang disitu memberitahu bahawa semua mukjizat yang Jesus Christ pbuh lakukan adalah ATAS IZIN ALLAH. Jika Jesus Christ pbuh adalah tuhan,apakah perlu keizinan (permission) dari Entiti yang lain???
Elia tidak hanya membuat musuhnya buta,tapi juga menyembuhkan orang buta melalui doa (2 Kings 6: 17-20). Ada lima (05) hadith sahih menceritakan Muhammad SAW juga menyembuhkan orang buta melalui doa (Hadith Sahih dari Al-Bukhari,Muslim,An-Nasai,Tirmidzi,Al Hakim dan Al-Baihaqi)…apakah mereka berdua adalah tuhan??
BUKTI NO.22 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.23 – Jesus mengatakan perkataan yang benar.
(Maryam 19:34-35)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Itulah Isa putera Maryam yang mengatakan perkataan yang benar,yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak,Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu,maka Dia hanya berkata kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.”
[Maryam 19:30-35]
Ayat Quran itu sendiri menjawab hujah Kristian. Adalah normal bahawa Jesus Christ pbuh berkata benar kerana dia adalah Utusan Allah. Mustahil Allah utuskan seseorang manusia yang berdusta.
Dan ayat seterusny memberitahu bahawa Allah tidak memiliki Anak,Maha Suci Dia dari semua kekurangan itu dan ayat itu juga memberitahu bahawa Jesus diciptakan dari “Kun” (Jadilah!).
BUKTI NO.23 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.24 – Jesus memberi pengetahuan tentang Hari Kiamat.
(Az-Zhukruf 43:61 dan Luqman 31:34)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Dan sesungguhnya Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat,maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu dan turutilah aku,inilah jalan yang lurus.”
[Az-Zhukruf 43:61]
01 – Pertama sekali,ayat ini memberitahu bahawa Jesus Christ menjadi salah satu Tanda Yaumul Qiyamah Al-Akhbar. Dan ini kita semua sedia maklum bahawa Jesus datang kali kedua (ke2) kelak akan datang.
02 – Dalam surah Az-Zhukruf ayat 61 menggunaan kata لَعِلْمٌ (La’ilmun) yang mana huruf Lam yang di depan perkataan ‘ilmun adalah “lam taukid”. Maksudnya kata dari huruf “Lam” yang digunakan sebagai penguat bahawa Jesus itu sebagai عِلْمٌ (‘ilmun – menjelaskan pengetahuan/tanda) dan bukan sebagai ‘aalim/”عالم” (yang mengetahui). Isim fa’il (pelaku) dari kata dasar ‘ilmun adalah ‘aalim (عالم). Jadi maksudnya ialah,Jesus dirujuk sebagai “ilmun/عِلْمٌ” yang mana baginda memberikan pengetahuan bagi keadaan orang-orang di akhir zaman apabila dekatnya Hari Kiamat termasuk dirinya sendiri menjadi salah satu tanda Yaumul Qiyamah (kedatangannya kali ke2) BUKAN sebagai orang yang mengetahui bila hari Kiamat terjadi.
Jika Jesus tahu bila Hari Kiamat,perkataan yang di pakai adalah aalim “عالم”. Dimanakah bukti Jesus memberitahu tentang tanda-tanda Hari Kiamat??. Buktinya dalam Bible anda sendiri yang mana Jesus menjelaskan tanda-tanda Kiamat di akhir zaman dalam Matthew 22:23-33. Siapakah yang memberitahu Jesus??… Pastinya diwahyukan oleh Allah sendiri. Jika Jesus memberitahu tentang tanda-tanda keberadaan Hari Kiamat itu di anggap tuhan,maka Muhammad SAW juga anda harus anggap tuhan sebab Muhammad SAW juga memberitahu tanda-tanda Hari Kiamat dalam Hadith…setuju??…
BUKTI NO.24 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.25 – Jesus adalah jalan lurus.
(Az-Zhukruf 43:61)
JAWAPAN :
Semua para Nabi di dalam jalan yang lurus termasuk Muhammad SAW (Yaasin 36:3-4) dan Jesus Christ pbuh sendiri perintahkan kepada bani Israel untuk sembah hanya kepada Allah dan itu adalah jalan yang lurus (Maryam 19:36). Jadi maksudnya,sesiapa yang ikuti ajaran Nabi serta beriman segala yang disampaikan oleh Nabi,maka kita juga dalam jalan yang lurus. Ayat Az-Zhukruf memberitahu bahawa Jesus Christ menceritakan tentang tanda-tanda Yaumul Qiyamah dan dirinya juga termasuk dalam salah satu tanda tersebut. Dan sesiapa yang percaya serta beriman apa yang baginda (Jesus) sampaikan,maka akan berada dalam jalan yang lurus.
Jika “Jalan Lurus” itu merujuk bukti adalah tuhan,maka apakah semua para Nabi yang di dalam Jalan Lurus adalah tuhan???
BUKTI NO.25 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.26 – Jesus adalah terang supaya di ikuti.
(Az-Zhukruf 43:63)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Dan ketika Isa datang kepada kaumnya dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata,berkatalah dia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan) dan untuk menerangkan kepada kamu sebahagian dari perkara-perkara agama yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.”
[Az-Zukhruf 43:6]
Ayat disitu menyebut keterangan atau kenyataan yang benar BUKAN “Jesus adalah terang dunia”. Ayat ini memberitahu peranan Jesus Christ pbuh selaku Nabi membawa risalah kebenaran dari Tuhan untuk disampaikan kepada umatnya (Bani Israel) agar mereka ikuti ajaran Tuhan. Berkenaan peranan Jesus menerangkan sebahagian perkara agama yang orang Israel berselisih,telah saya jelaskan secara terperinci disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/apakah-makanan-yang-diharamkan-oleh-israel-yaakub-alaihissalam/
Jelas ayat disitu menyatakan,
“Oleh itu,bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku”.
Bertaqwa kepada Allah selaku Tuhan dan ikuti segala ajaran Nabi,tidak ada dikatakan disitu bahawa Jesus adalah terang.
BUKTI NO.26 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.27 – Jesus diberikan mukjizat.
(Al-Baqarah 2:253)
JAWAPAN :
Mukjizat yang Allah berikan kepada para Nabi tidak menjadikan seseorang itu tuhan. Muhammad SAW adalah Nabi yang paling banyak memiliki mukjizat iaitu sebanyak 307 mukjizat yang mana 06 darinya diceritakan dalam Quran. Selebihnya diceritakan dalam hadith sahih (asalnya semua jumlah mukjizat Muhammad sebanyak 1038 tetapi kebanyakannya dari hadith hasan,dhaif dan majhul dan hanya 301 dari hadith sahih). Kenapa Quran tidak ceritakan semua mukjizat Muhammad SAW???. Sebab Quran BUKAN karangan Muhammad SAW….apakah logik kitab yang bukan karangan dari penulisan kita lalu kitab itu banyak menceritakan kelebihan kita???. Jadi jika mukjizat itu membuktikan seseorang itu tuhan,apakah Muhammad SAW adalah tuhan?
Senarai 307 mukjizat Nabi Muhammad SAW boleh rujuk disini :
– https://www.muslim-library.com/dl/books/English_300_Authenticated_Miracles_of_Muhammad_.pdf
Satu permintaan saya untuk semua Missionaries Kristian :
– Jesus Christ memiliki 96 mukjizat,sila berikan saya SATU DALIL dan SATU MUKJIZAT JESUS sahaja dalam semua versi Bible dimana ada menceritakan mukjizat Jesus melalui FIRMAN BAPA (TUHAN) sendiri.
BUKTI NO.27 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.28 – Jesus adalah Kalimatullah.
(An-Nisa 4:171 dan Ali-Imran 3:45)
JAWAPAN :
Dalam balaghah Semetic Arabic atau Arabic Hijazziyyah,istilah “kalimah” (كلمة) merujuk “Satu Kata”. Firman (Kata-kata) @ Logos @ Kalam adalah Sifadh’ul Ilahiyyah Allah tetapi istilah “Kalimatullah” adalah bentuk kata Idhafah yang mana ianya adalah merujuk Mudhafatul Ilahiyyah kepada Jesus Christ pbuh kerana baginda (Jesus Christ pbuh) diciptakan dari Kalimat “Kun” yang mana sama dengan penciptaan Adam pbuh (Ali-Imran 3:59). Tapi saya faham,pasti akan timbul persoalan :
– Jika benar Jesus dan Adam adalah sama dalam penciptaan Kalimat “Kun”,mengapa Adam pbuh tidak diberikan gelaran “Kalimatullah”???
Response :
Jesus Christ pbuh diberikan gelaran “Kalimatullah” kerana orang-orang Judah menganggap Jesus adalah anak zina (Sanhedrin 106a,Shabbat 104b,Yebamoth 49b,Yevamot 4:18,Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a serta Maryam 19:27-28). Maka Allah bersihkan namanya dengan menjelaskan hal sebenar dalam Quran bahawa Jesus diciptakan dari Kalimat-Nya BUKAN dari hasil perzinaan.
Firman Allah yang bukan makhluk dan tidak memiliki permulaan dipanggil Kalamullah Nafsy’ul Qadim BUKAN Kalimatullah. Istilah “Kalimatullah” adalah bentuk kata Idhafah yang mana ianya adalah Mudhafatul Ilahiyyah kepada Jesus Christ pbuh kerana baginda dicipta dari satu kata iaitu “KUN”. Saya ingin bertanya 02 soalan,
01 – Masjid Al-Haram / Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa Jerussalem dipanggil sebagai “BAITULLAH” (Ali-Imran 3:96-97,Al-Baqarah 2:158,2 Kings 11:10,2 Kings 18:16,Isaiah 2:3,John 2:13-25 dan 2 Chronicles 5:1). Saya bertanya,apakah Masjid Al-Haram,Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa Jerussalem adalah Allah???
(kamu setuju Tuhan menjadi bangunan??)
02 – Istilah “Malaikat Tuhan” (Theophany) di anggap oleh Kristian bahawa Tuhan menjelma jadi malaikat. Pihak kamu menganggap Malaikat Allah adalah Theophany Tuhan dalam wujud Malaikat kerana alasannya Bible menyebut “Malaikat” merujuk malaikat biasa. Alasannya kerana nama “Malaikat” dan nama “Allah” disatukan menjadi Malaikat Allah. Jadi saya mahu tanya, jika dalam Bible di sebut Bait Allah,maksudnya Tuhan “bertheophany” atau mewujudkan diri sebagai bangunan….apakah anda setuju???
Jika SETUJU,maknanya anda menghina Tuhan tanpa mengenali sifat Ilahiyyah-Nya.
Jika TIDAK SETUJU,maknanya Theophany adalah salah sesat.
BUKTI NO.28 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.29 – Jesus adalah awal dan akhir
(Al-Hadid 57:3)
JAWAPAN :
Mari kita baca secara konteks dari ayat 1 surah tersebut,
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dia lah Yang Maha Awal dan Yang Maha Akhir dan Yang Maha Zahir serta Yang Maha Batin dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
[Al-Hadid 57:1-3]
Dari ayat konteks ini,jelas memberitahu bahawa yang Maha Awal dan Maha Akhir adalah Allah Azza Wa Jalla BUKAN Jesus Christ pbuh. Jadi ayat ini tidak ada kaitan dengan Jesus Christ pbuh.
BUKTI NO.29 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
NO.30 – Taurat dan Injeel harus di ikuti
(Al-Maidah 5:68)
JAWAPAN :
Ok baik…mari kita baca ayat tersebut,
“Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (Quran)”. Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.”
[Al-Maaidah 5:68]
Dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada Muhammad SAW untuk berkata kepada ahlul kitab untuk ikuti tegakkan ajaran yang diterapkan dalam Torah dan Injeel serta apa yang diturunkan oleh Muhammad kepada mereka iaitu Quran dan jika tidak,maka mereka (ahlul kitab) tidak mempunyai suatu Jalan Hidup (Agama) untuk menjadi panduan hidup. Namun dalam ayat yang sama,Allah memberitahu bahawa sesungguhnya apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW sesekali tidak akan di ikuti oleh ahlul kitab dan itu akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada mereka (Ahlul Kitab). Dan seterusnya Allah mengatakan kepada Muhammad SAW bahawa jangan berdukacita dalam hal tersebut sekiranya mereka menolak dakwah Muhammad SAW.
Jadi jelas ayat itu tidak memberitahu bahawa muslim harus ikuti Torah dan Injeel tetapi ayat itu adalah perintah kepada ahlul kitab untuk ikuti ajaran daam Torah,Injeel dan Quran yang diuturnkan kepada Muhammad SAW. Jadi jika Judah dan Kristian menerimanya,maka mereka mempunyai Jalan Hidup (agama) yang menjadi panduan hidup. Jika mereka menolak,maka mereka tidak mempunyai agama sebagai panduan hidup.
BUKTI NO.30 TORAH DAN INJEEL SEBAGAI RUJUKAN UTAMA DALAM QURAN RUNTUH!
NO.31 – Taurat dan Injeel dibenarkan oleh Quran
(As-Sajdah 32:23)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Musa sebuah kitab, maka janganlah engkau ragu-ragu menemuinya dan Kami jadikan pembimbing bagi kaum Bani Israil.”
[As-Sajdah 32:23]
Dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah telah mengkhabarkan tentang Musa yang diberikan kitab (Torah). Ayat ini memberitahu bahawa ketika Muhammad SAW dalam Isra’Wa’Mikraj yang mana baginda (Muhammad SAW) didatangi Musa pbuh. Kalimat “milliqaa-ihi” (مِنْ لِقَائِهِ) bermaksud menemuinya / menjumpainya / menerimanya atau menyambutnya. Dan ayat seterusnya memberitahu bahawa Musa adalah salah satu Utusan yang membawa hidayah petunjuk kepada bani Israel.
Dalam tafseer Ibn Kathir,dikatakan bahawa Qatadah R.A dan Ibn Abbas R.A menyatakan ayat ini menerangkan ketika Muhammad SAW menemui Musa pbuh ketika malam Isra’Wa’Mikraj (Sahih Bukhari Vol.2 Book 13 No.16). Untuk lebih terperinci,sila runjuk disini :
– https://alquranmulia.wordpress.com/2013/08/19/tafsir-ibnu-katsir-surah-as-sajdah-5/
Maka sebab itu selepas Musa pbuh,Allah memberitahu (ayat seterusnya iaitu As-Sajdah 32:24) bahawa Dia jadikan di antara kalangan Bani Israel itu ada pembimbing dan pemimpin membawa mereka mengikuti ajaran agama yang dibawa oleh Musa :
“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.”
[As-Sajdah 32:24]
Jadi ayat ini TIDAK ADA KAITAN dengan Torah dan Injeel dibenarkan oleh Quran.
BUKTI NO.31 TORAH DAN INJEEL SEBAGAI RUJUKAN UTAMA DALAM QURAN RUNTUH!
NO.32 – Taurat dan Injeel adalah induk dari Quran
(Az-Zhukruf 43:4)
JAWAPAN :
Ok baik…mari kita baca konteks ayat,
“Demi Kitab yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab supaya kamu memahaminya. Dan sesungguhnya dalam Ibu Segala Kitab di sisi Kami – sangat tinggi dan lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.”
[Az-Zhukruf 43:2-4]
Ayat konteks ini menjelaskan bahawa Quran itu menyatakan kebenaran dan Tuhan jadikan Quran diturunkan dalam bahasa Arab agar manusia belajar memahaminya. Seterusnya dikatakan bahawa Quran itu antara dalam Kitab Lauh Al-Mahfuz (Ibu Segala Kitab) yang berada di sisi Allah. Jadi ayat ini TIDAK ADA KAITAN dengan Torah dan Injeel.
BUKTI NO.32 TORAH DAN INJEEL SEBAGAI RUJUKAN UTAMA DALAM QURAN RUNTUH!
NO.33 – Orang Kristian sahabat terdekat orang Islam
(Al-Maidah 5:82)
JAWAPAN :
Mari kita baca,
“Demi sesungguhnya engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”
[Al-Maaidah 5:82]
Ayat ini TIDAK ADA KAITAN bahawa Jesus Christ pbuh adalah Tuhan dan ayat Quran ini memberitahu bahawa orang-orang Kristian adalah orang-orang yang dekat dengan muslim. Dan fakta dunia kini bahawa yang mesra dengan orang Islam adalah orang Kristian sekaligus membuktikan kebenaran ayat Quran. Jadi jelas Quran adalah benar-benar Kalamullah kerana menyatakan kebenaran.
BUKTI NO.33 KRISTIAN AGAMA BENAR DALAM QURAN RUNTUH!
NO.34 – Orang murtad akan dipertemukan dengan orang Kristian
(Al-Maidah 5:54)
JAWAPAN :
Mari kita baca ayatnya,
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agama (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia. Mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.”
[Al-Maaidah 5:54]
Ayat ini menegaskan peringatan bahawa sesiapa yang murtad dari Islam,maka Allah gantikan kepada orang atau kaum yang mana Allah berikan hidayah kepada mereka untuk menerima Islam. Ciri-ciri orang yang akan memeluk menerima Islam ialah :
* Allah kasihkan mereka dan mereka juga kasih kepada Allah.
* Mereka bersikap lemah lembut terhadap orang beriman tetapi bersikap tegas terhadap orang kafir.
* Mereka berjuang bersungguh di Jalan Allah.
* Mereka tidak takut kepada kritikan dan celaan orang yang mencela mereka.
Dan faktanya ialah ramai mualaf yang memeluk Islam menjadi Apologetic,pendakwah Islam dan pejuang Islam menentang dakyah orang kafir dan iman mereka semakin kuat untuk Islam. Dan mereka ini biasanya apabila memeluk Islam,mereka di kritik,di ancam bunuh,di ugut dan di caci oleh rakan-rakan dan keluarga mereka.
Jadi ayat ini TIDAK ADA KAITAN tentang ketuhanan Jesus dan kebenaran Kristian.
BUKTI NO.34 KRISTIAN AGAMA BENAR DALAM QURAN RUNTUH!
NO.35 – Quran menyatakan Jesus adalah Tuhan
(At-Tawbah 9:31)
JAWAPAN :
Fitnah ini telah dijawab di sini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-christian-prince-jesus-christ-adalah-tuhan-dalam-at-tawbah-931/
Taktik dakyah ini dari Missionaries Alam Maya iaitu Christian Prince. Beliau merupakan seorang penakut yang tidak pernah berani untuk menyahut debat forum rasmi secara terbuka di luar dunia realiti. Disini saya ulangi jawapan saya untuk meruntuhkan bukti ke35 ini dengan dua (02) point.
POINT NO.1
Mari kita baca konteks dari ayat 30 :
“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri iaitu mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu,semoga Allah binasakan mereka.Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah dan juga Al-Masih Ibni Maryam padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa.Tiada Tuhan melainkan Dia.Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.”
[At-Tawbah 9:30-31]
dari ayat konteks ini,jelas pada permulaan ayat diberitahu bahawa orang-orang Kristian menyatakan bahawa Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih Alaihissalam adalah Anak Allah secara Ilahiyyah (divinity). Dan kenyataan dari orang-orang Kristian tersebut menyamai dengan kenyataan orang-orang kafir. Maka kekufuran disitu kepada orang-orang yang menganggap Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih Alaihissalam adalah sebahagian dari ketuhanan melalui konsep Trinity dalam bentuk Oknum Anak. Jadi jelas disitu ayat sebelumnya (At-Tawbah 9:30) memberitahu telah jelas kekafiran orang-orang yang menyatakan Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih adalah Tuhan / Anak Tuhan…
dan ayat seterusnya menyatakan bahawa bukan sekadar mensyirikkan tuhan dengan kenyataan Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih adalah Tuhan / Anak Tuhan,bahkan mereka menjadikan ulama-ulama mereka adalah tuhan….bagaimana???lihat point saya seterusnya (terakhir)…..
POINT NO.2
perkataan Hukum Lafal Rububiyyah iaitu “arbaban” adalah jamak dari asal kata “rabb” merujuk maksud – penguasa / pemimpin / pemerintah / tuan / pengelola / pemilik / pengatur / raja ATAU tuhan (khusus untuk Tuhan sahaja) mengikut kontekstualiti ayat. Namun dalam konteks ayat surah At-Tawbah 9:31 memakai maksud “tuhan-tuhan” kerana disitu ada accusative ayat (maf’ul bihi) dihadapannya dan ada bukti dari ayat tersebut yang mana orang-orang Kristian dan Judah menjadikan ulama-ulama adalah tuhan-tuhan secara LAYS MUBASHARATAN…
Jawapan dari Hadith Nabi Muhammad SAW disini :
Dari ‘Adi bin Hatim At-Ta’i R.A,dia berkata,
“Aku mendatangi Nabi Sallallahu‘Alaihi’Wasalam sedangkan pada leherku terdapat kalung salib yang terbuat dari emas.Dan aku mendengar baginda membaca surah Bara’ah,“Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.
Aku berkata kepada Nabi,
“Wahai Rasulullah,sesungguhnya mereka tidaklah menyembah pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka.”
Nabi Sallallahu‘Alaihi’Wasalam bersabda,
“Ya,tetapi para pendeta dan rahib mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan,lalu merekapun menganggapnya halal.Dan para pendeta dan rahib mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan,lalu merekapun menganggapnya haram.Itulah pengabdian mereka kepada para pendeta dan rahib mereka.”
[Hadith Tirmizi No.3095 dan Al-Baihaqi No.1/166]
Paderi-paderi,Gembala-gembala dan Saints telah diambil sebagai pemimpin bukan kerana mereka disembah sebagai Tuhan dalam pengertian yang kita faham tetapi adalah kerana mereka menyatakan apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dan orang-orang mematuhi mereka apabila mereka tidak seharusnya dan sepatutnya harus mematuhi Tuhan. Allah telah terangkan bahawa kewajipan untuk mentaati Tuhan dan mentaati Utusan-Nya. Ini yang dimaksudkan dengan ayat,
“…dan mereka menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah dan Al-Masih..”
Kerana kepatuhan mereka terhadap paderi-paderi dan gembala-gembala lebih dari kepatuhan terhadap Tuhan dan Nabi. Apa yang Allah haramkan,maka para Utusan-Nya juga menyampaikan pengharamannya juga.
Dalil Quran :
“Hai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taati Rasul-Nya dan Ulil Amri diantara kamu kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur`an) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir.yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik kesannya.”
[An-Nisa 4: 59]
“Katakanlah: jika kamu benar-benar mencintai Allah,ikutilah aku niscaya Allah akan mencintai dan mengampuni dosa-dosamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Ali Imran 3: 31]
“…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya bagi kamu,maka patuhilah larangannya.Dan bertaqwalah kamu kepada Allah.Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya.”
[Al-Hasyr 59:7]
dalil dari Hadith Nabi Muhammad SAW :
Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi sallallahu’Alaihi’Wasalam,baginda bersabda:
“setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.”
Para sahabat bertanya:
“wahai Rasulullah,siapakah orang yang enggan itu?”.
Rasulullah menjawab :
“barangsiapa yang taat kepadaku maka dia masuk syurga dan barangsiapa yang derhaka kepadaku maka sungguh dia telah enggan’.”
[Hadith Sahih Bukhari No.13/214]
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba R.A berkata bahawa Rasulullah Sallallahu’Alaihi’Wasalam bersabda,
“Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah sahaja.Apa yang di halalkan oleh Al-Quran kami halalkan dan apa yang diharamkan,kami haramkan”.”
Kemudian Rasulullah Sallallahu’Alaihi’Wassalam melanjutkan sabdanya,
“Padahal apa yang diharamkan oleh Rasul samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah.”
[Hadith Hasan Sahih Abu Dawud No.3/438 dan Tirmizi No.10/132]
dari dalil-dalil ne,jelas bahawa kewajipan untuk mentaati Tuhan dan Utusan-Nya. Apa yang Allah haramkan,maka para Utusan-Nya juga mengharamkannya dan apa yang Allah halalkan,maka para Utusan-Nya juga menghalalkannya…Ini maksud rangkap ayat,
“…selain Allah dan Al-Masih Ibni Maryam….”
[At-Tawbah 9:31]
apa bentuk menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah dan Jesus Christ pbuh @ Eesa Al-Masih Alaihissalam???…. Saya berikan satu contoh :
Monotheism
Allah berfirman dalam Torah :
“Akulah Allah Tuhanmu yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir dari tempat perbudakan.Jangan ada padamu tuhan lain di hadapan-Ku.Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas atau yang ada di bumi di bawah atau yang ada di dalam air di bawah bumi.Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya sebab Aku Allah Tuhanmu adalah Tuhan yang cemburu.”
[Exodus 20:3-5]
Utusan Allah iaitu Nabi Musa Alaihissalam mengulangi kembali ajaran monotheism dari Tuhan dengan menyampaikan kepada bani Israel :
“Dengarlah hai orang Israel: Allah itu Tuhan kita,Allah itu esa!”
[Deuteronomy 6:4]
dan Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih mengulangi kembali ajaran monotheism yang sama kepada Bani Israel :
“Dengarlah hai orang Israel: Allah itu Tuhan kita,Allah itu esa!”
[Mark 12:29]
namun Rabbi-rabbi Judah Israel Samaritan dan Judah Yemeni (Yahadut Teymanim) menjadikan Nabi Ezra (pbuh) @ Uzair Alaihissalam sebagai “Anak Allah” secara Unique (Divinity) sehingga di ikuti oleh orang-orang Judah Samaritan dan Yahadut Teymanim (Judah Yaman) dan orang-orang Kristian (hampir mandatori semua mazhab) menjadikan Jesus Christ pbuh sebagai “Anak Allah” secara Divinity. Inilah yang dimaksudkan pada ayat sebelumnya iaitu At-Tawbah 9:30 seterusnya dijelaskan lagi dalam ayat ke31.
Para ulama Kristian yang menyeleweng ajaran Tuhan dan Para Nabi. Apa yang Tuhan dan Utusan-Nya ajarkan,tidak kamu ikuti tetapi bila para ulama anda ajarkan sebaliknya,kamu ikuti. Apa yang Allah dan Utusan-Nya larang,tidak kamu ikuti tetapi apa yang para ulama anda larang,itu yang kamu ikuti…Inilah maksud ayat,
“…Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah dan Al-Masih Ibni Maryam…”
BUKTI NO.35 JESUS ADALAH TUHAN DALAM QURAN RUNTUH!
KESIMPULAN :
Eesa Al-Masih Alaihissalam Ibni Maryam @ Jesus Christ pbuh @ Yeshua Ha Masaha @ Eesa M’sheeka BUKAN Tuhan dalam Quran.
“Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata :” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah,Tuhanku dan Tuhan kamu. Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan melainkan Allah. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[Al-Maidah 5:72]
KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM……..SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM….
pesan Jesus kepada anda,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]
“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus…”