بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pada 13hb September 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Yesus Pun Mendengar Muzik!”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
– http://sabdaharian.com/kristian-dan-muzik/
Pertama sekali ingin saya katakan bahawa tidak menjadi masalah jika Jesus Christ pbuh mendengar muzik atau bermain muzik tetapi perlu di ingatkan bahawa Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH menjadikan muzik sebagai Sunnah ajarannya dalam ibadah penyembahan kebaktian kepada Allah. Jika muzik dilakukan sebagai format upacara pelayanan dalam penyembahan kepada Tuhan,maka ianya merupakan satu Bidaah dalam ajaran Jesus. Ini formula yang harus saudara Sabda Harian perlu tahu.
Isu topik “Jesus mendengar muzik” sebenarnya telah dijawab disini :
– https://kristolologi.blogspot.com/2012/12/kristen-harus-tahu-menyanyi-bukanlah.html
Disini kita akan berikan maklumbalas secara sederhana terhadap artikel dari saudara Sabda Harian tersebut memandangkan isu tersebut telah dijawab. Semoga bermanfaat~
SH berkata,
Mungkin telah kian lama kamu memperhatikan kawan-kawan kamu yang berlainan agama labelkan mereka yang mendengar muzik sebagai ahli neraka. Pelik juga kerana golongan ini dengan bangganya mendakwa bahawa Yesus itu Muslim (berdasarkan ayat-ayat Alkitab yang dipetik di luar konteks), walaupun Yesus memberi anak murid-Nya minum arak (wain) pada malam Dia ditangkap, menikmati mainan muzik di pelbagai situasi seperti upacara perkahwinan, upacara pengebumian, dan perarakan yang berlainan di Bait Allah di Yerusalem.
MAB response :
01 – Jangan salah faham! Jika ada muslim yang berkata kepada kalian dengan ayat “ahli Neraka”,itu bukan merujuk asbab Kristian mendengar muzik atau bermain muzik kepujian kepada tuhan tetapi kerana disebabkan Kristian tidak mengikuti apa yang Jesus ajarkan. Apa yang Jesus ajarkan,tidak pernah kalian ikuti tetapi apabila ada beberapa perkara Jesus lakukan BUKAN disandarkan kepada Sunnah Nubuwwah dalam menjadikan sebagai ajaran penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Satu,kalian ikutinya dengan anggapan bahawa itu semua merupakan ajaran Jesus.
02 – Berkenaan artikel saudara “Adakah Jesus seorang muslim” telah saya jawab disini dan sememangnya Jesus Christ pbuh merupakan seorang muslim :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-adakah-jesus-seorang-muslim/
03 – Jesus tidak memberikan arak yang memabukkan kepada anak muridnya. Wine zaman Jesus BUKAN macam Wine era di zaman abad ke14 hingga kini. Wine zaman Jesus tidak memabukkan. Dalam John 2:10 menyebut “καλὸν οἶνον” yang bermaksud “Good Wine”. Disitu tidak menyebut “Κακό οἶνον” (Evil Wine). Dan dalam Matthew 26:29,disitu menyebut “γενήματος τῆς ἀμπέλου” (fruit of the vine) yang bermaksud “buah dari pokok anggur”. Anda perlu bezakan antara minuman Ribena dengan minuman arak anggur (Wine). Apakah asal minuman anggur dianggap arak sedangkan bani Israel ketika itu tidak mengamalkan minum arak?
SH berkata,
Pendek kata, orang Kristian boleh mendengar muzik, menari, dan menyanyi. Ini kerana muzik salah karunia daripada Allah yang benar kepada umat manusia untuk dinikmati. Lagu sembahan dan pujian kepada Allah yang benar adalah sesuatu yang menyenangkan hati-Nya.
MAB response :
Tidak ada masalah pun jika ingin menyanyi,menari dan mendengar tetapi amalan itu Jesus tidak jadikan sandaran kepada Sunnah ajaran dalam upacara peribadatan kepada Tuhan. Zaman Nubuwwah Muhammad SAW juga pernah dilangsungkan nyanyian Qasidah dan Nasyid dalam memuji kepada Allah dan meraihkan kedatangan Muhammad SAW ke Madinah namun kami tidak jadikan nyanyian Qasidah dan Nasyid tersebut ke dalam upacara ibadah solat kepada Allah Azza’Wa’Jalla. Ada faham maksud saya saudaraku??
Apabila saudara berkata,
“Lagu sembahan dan pujian kepada Allah yang benar adalah sesuatu yang menyenangkan hati-Nya.”
Ingin saya bertanya dua (02) soalan,
01 – Apakah Allah tidak berasa “senang hati” jika melakukan ibadah penyembahan Kepada-Nya tanpa muzik?
02 – Apakah Tuhan memerlukan muzik dan memerlukan makhluk melakukan nyanyian agar buat “Hati”-Nya berasa senang??
Jika YA,maka saudara menyamakan Tuhan seperti makhluk dan membatasi kekuasaan Tuhan.
Jika TIDAK,maka amalan menyanyi,mendengar dan menari dengan muzik bukanlah merupakan satu ajaran yang diterapkan dalam uapacara peribadatan kebaktian kepada tuhan.
SH berkata,
Keluaran 15 adalah salah satu lagi contoh bahawa nyanian dan muzik tidak haram untuk orang Kristian, malah boleh dikatakan sebahagian daripada kehidupan rohani orang yang percaya. Musa menyanyikan lagu untuk TUHAN setelah mereka dibebaskan daripada angkatan tentera Firaun di Laut Gelagah. Kakak Musa, Miryam, bukan sahaja menyanyi tetapi mengiringi nyanyiannya dengan pukulan tamburin dan tarian.
MAB response :
01 – TIDAK ADA yang mengatakan muzik adalah HARAM SECARA MUTLAK tapi ianya akan menjadi satu larangan jika muzik itu disandarkan dengan upacara pemujaan berhala (tidak melakukan muzik terhadap kepujian kepada Allah serta mendekatkan keselarian dengan keadaan realiti) dan arak yang memabukkan sehingga melakukan sesuatu perkara di luar tabii seperti maksiat perzinaan.
Mazmur 149:1 menyatakan, “Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!“, diikuti dengan Mazmur 149:3, “Pujilah nama-Nya dengan tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.“
02 – Aturan muzik yang dibenarkan pun harus selari dengan keadaan realiti tanpa menjauhkan suasana dan diri terhadap Maha Pencipta. Seperti ayat Exodus bab 15 yang saudara petik,sila baca ayat konteks dari ayat Exodus 15:2 hingga Exodus 15:20 yang mana nyanyian itu diutarakan bersandarkan kepujian kepada tuhan beserta pengabdian diri terhadap-Nya. Namun tidak ada ayat tersebut dijadikan sandaran sebagai upacara ibadah dalam penyembahan kebaktian kepada Tuhan. Maksudnya ayat itu merupakan satu bentuk memuji tuhan dengan berupa Qasidah dan Nasyid tanpa menjadikan ianya sebuah upacara ibadah pelayanan dalam penyembahan kebaktian kepada tuhan.
Hal ini sama juga seperti dalam Psalm 81:1-16 / Psalm 92:1-15 / Psalm 98:1-9 / Psalm 144:9-15 / Psalm 149:1-9 dan Psalm 150:3-6. Muzik yang diolahkan dalam ayat-ayat tersebut berbentuk Qasidah dan Nasyid memuji tuhan selari dengan keadaan realiti yang mana nyanyian itu mendekatkan diri kepada Tuhan dan tidak disertakan dengan arak memabukkan sehingga mencetuskan maksiat perzinaan. Dan bila dilihat konteks ayatnya,tidak ada yang menjadikan nyanyian-nyanyian tersebut sebagai upacara ibadah penyembahan kebaktian kepada Allah.
SH berkata,
Yesus sendiri tidak mengecam sesiapa yang bermain muzik, bernyanyi ataupun menari. Malah, Wahyu 14:3 menceritakan tentang hal-hal yang akan datang satu hari nanti. Rasul Yohanes diberi wahyu bahawa sebanyak 144,000 orang berdiri bersama-sama Yesus di syurga dan menyanyikan satu nyanyian baru.
MAB response :
01 – Memang Jesus Christ pbuh tidak mengecam sesiapa yang bermain muzik,bernyanyi atau menari jika nyanyian,muzik dan tarian itu selari dengan garis syarak ajaran yang diterapkan dalam syariat Nubuwwah Jesus. Muzik yang beralunkan pendekatan kepada tuhan,nyanyian yang selari dengan keadaan realiti dan disertakan kepujian terhadap tuhan serta tarian yang tidak mengaibkan aurat dan percampuran lelaki-wanita,maka tidak ada sesiapa yang akan melarang. Dan muzik,nyanyian serta tarian itu tidak dijadikan sebagai bentuk upacara penyembahan kebaktian terhadap Tuhan.
Yang menjadi larangan ialah apabila kamu menjadikan :
* alunan muzik itu jauh dari tuhan
* nyanyian itu bertentangan dengan keadaan realiti serta membawa unsur ke arah kekufuran
* tarian menari menampakkan aurat dan percampuran lelaki-wanita sehingga terjadinya maksiat perzinaan
* muzik,tarian dan nyanyian itu disandarkan kepada upacara ibadah penyembahan kebaktian kepada Tuhan.
Ada faham maksud saya??
SH berkata,
Jadi, mereka yang taat kepada ajaran Yesus adalah pengikut Allah yang benar. Allah bukan seorang yang jauh sangat dan sangat sukar untuk mendekati. Yesus sendiri berjanji, “Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan” (Yohanes 8:31-32).
Bebas menyembah Allah dengan cara tersendiri termasuk memain muzik, menari, dan menyanyi. Inilah Allah yang orang Kristian percaya dan sembah. Betapa besar kasih setia-Nya kepada kita! Tuhan berkati kalian.
MAB response :
Orang yang benar-benar taat kepada Jesus Christ pbuh adalah orang yang tidak menjadikan sesuatu perkara bukan dalam Sunnah ajaran Nabi sebagai bentuk ajaran ibadah kepada tuhan. Inilah orang-orang Islam (berserah diri) yang taat kepada apa yang disampaikan dari Nabi,maka itu sahaja yang dilakukan tan melakukan sesuatu yang bidaah. Maka orang yang dalam golongan inilah mengenali siapa Jesus Christ pbuh dan tahu apa ajaran yang disampaikan dari baginda (Jesus) dikategorikan dalam John 8:31-32. Mereka ini BUKAN bebas melakukan apa sahaja tetapi BEBAS DARI KANCAH KEKUFURAN.
Apa yang Jesus Christ pbuh ajarkan kepada pengikutnya dalam ibadah penyembahan kebaktian kepada Tuhan?? Jawapannya ialah :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2
*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29
*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35
*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19
Inilah ajaran Jesus Christ pbuh yang sebenarnya….
Allah Azza’Wa’Jalla memerintahkan kita untuk beribadah Kepada-Nya dalam bentuk format sesembahan yang disyariatkan dalam ajaran Nubuwwah Anbiya Wa Rasul BUKAN nyanyian,muzik dan tarian. Kalian lakukan begitu untuk tujuan dalam ibadah penyembahan kebaktian Kepada-Nya,maka kalian telah melakukan suatu bidaah dalam ajaran Jesus. Maka jangan kata dengan bangga bahawa kalian adalah pengikut Jesus Christ pbuh kerana Jesus tidak pernah terapkan itu dalam ajaran-Nya.
RUMUSAN
* Muzik tidak salah jika alunan yang dimainkan mendekatkan diri kepada Tuhan.
* Nyanyian tidak salah jika isi kandungan nyanyian itu mendekat diri kepada Tuhan dan selari dengan corak kehidupan keadaan realiti
* Tarian tidak menjadi masalah jika tarian menari itu tidak menampakkkan aurat dan mencampuri dengan arak sehingga ada percampuran tarian antara lelaki-wanita seterusnya mewujudkan maksiat perzinaan.
* Jesus Christ pbuh tidak melarang muzik,nyanyian dan tarian selagi tidak melanggari syarak tetapi Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH menjadikan muzik,nyanyian dan tarian adalah format dalam upcara ibadah penyembahan kebaktian kepada Tuhan.
KESIMPULAN
Jesus Christ pbuh dan sesiapa pun TIDAK PERNAH melarang muzik,nyanyian dan tarian selama mana ianya tidak melanggari syarak tetapi Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH menjadikan muzik,nyanyian dan tarian sebagai format upacara penyembahan kebaktian terhadap Tuhan.
Seperti saya katakan awal tadi,
tidak menjadi masalah jika Jesus Christ pbuh mendengar muzik atau bermain muzik tetapi perlu di ingatkan bahawa Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH menjadikan muzik sebagai Sunnah ajarannya dalam ibadah penyembahan kebaktian kepada Allah. Jika muzik dilakukan sebagai format upacara pelayanan dalam penyembahan kepada Tuhan,maka ianya merupakan satu Bidaah dalam ajaran Jesus.
Kalian mahu membuat satu lagu dan muzik berbentuk Qasidah atau Nasyid untuk memuji tuhan selari corak kehidupan keadaan realiti dan mahu lakukan tarian menari tanpa menampakkan aurat disertakan arak memabukkan dan percampuran tarian lelaki-wanita,maka TIDAK ADA SESIAPA YANG MELARANG. Itulah muzik yang sesungguhnya namun jangan sesekali jadikan ianya adalah bentuk satu format upacara penyembahan kebaktian kepada Tuhan kerana Tuhan telah turunkan ajaran bagaimana format beribadah Kepada-Nya dengan cara yang sesungguhnya.
Berfirmanlah Ia kepada Musa: “Naiklah menghadap TUHAN, engkau dan Harun, Nadab dan Abihu dan tujuh puluh orang dari para tua-tua Israel dan sujudlah kamu menyembah dari jauh.”
[Exodus 24:1]
“Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.”
[Matthew 26:39]
“Siapakah yang tidak takut, ya Tuhan, dan yang tidak memuliakan nama-Mu? Sebab Engkau saja yang kudus; karena semua bangsa akan datang dan sujud menyembah Engkau, sebab telah nyata kebenaran segala penghakiman-Mu.”
[Revelation 15:4]
“Aku diperintah oleh Allah bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki.”
[Hadith Muttafaqun Alaih]
“Daripada Abi Bakrah R.A. bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah apabila mendatangi akan dia oleh sesuatu yang menyukakannya lantas ia turun sujud kepada Allah.”
[Hadith Muttafaqun Alaih]
“Wahai orang-orang yang beriman! rukuklah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”.
[Al-Hajj 22:77]