بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Staff IsadanIslam telah membuat artikel yang bertajuk “Al-Quran Melebihkan Isa di Atas Nabi Islam” pada 20 June 2016. Sila rujuk disini :
– https://www.isadanislam.org/al-quran/siapa-nabi-utama/
Disini kita akan runtuhkan satu persatu point yang di utarakan dalam artikel dusta dari IsadanIslam. Lets check it out~
IsadanIslam berkata,
Seorang Muslim Indonesia bertanya pada staf IDI. “Ternyata 80% Al-Quran itu mengarah ke Isa Al-Masih, sisanya 20% tentang Muhammad. Kenapa Muhammad yang diagungkan? Bisakah Anda jelaskan?”
Jadi, antara keduanya, siapa nabi utama? Mari melihat tulisan Al-Quran untuk menilai Nabi Islam serta Isa Al-Masih. Sehingga kita perlu mengikut nabi utama, bukan?
MAB response :
01 – Pertama sekali,saya ingin tahu siapakah “muslim Indonesia” yang bertanyakan soalan tersebut. Boleh maklumkan kepada kami siapakah saudara muslim dari Indonesia yang bertanyakan soalan tersebut?
02 – Dalam Quran,ada 08 pembahagian iaitu
– Aqidah
– Ibadah
– Al-Wadu’Wal’Waiid
– Hukum
– Akhlak
– Sains
– Sirah
– Ekonomi
Dalam Sirah,ada dua pembahagian iaitu sirah Anbiya’Wa’Rasul dan sirah Waji’a. Dan dalam sirah Anbiya’Wa’Rasul,1700 ayat (27%) sahaja menceritakan mengenai kisah para Nabi. Eesa Al-Masih Alaihissalam disebut sebanyak 25 kali sama dengan Adam Alaihissalam sebanyak 25 kali. Paling banyak menceritakan kisah Nabi ialah Musa Alaihissalam iaitu sebanyak 10% bahkan Musa juga paling banyak disebut sebanyak 136 kali. Kemudian di ikuti Ibrahim Alaihissalam sebanyak 4.7%,Nabi Nuh Alaihissalam (4.2%),Yusuf Alaihissalam dan Luth Alaihissalam (4.0%) dan kemudian di tangga ke5 ialah Eesa Al-Masih sebanyak 3.8%. Dari mana datang 80% menceritakan Eesa Al-Masih???
03 – Muhammad SAW hanya disebut dalam Quran sebanyak 5 kali sahaja yang mana “Muhammad” disebut 4 kali dan “Ahmad” disebut sekali. Ini jelas menunjukkan bahawa Quran BUKAN karangan Muhammad SAW. Analogynya begini,anda dan majikan anda sedang bermusyawarah lalu majikan anda berikan tazkirah tentang kisah hal orang lain. Maka dalam perbincangan kamu berdua,hanya dua kali sahaja nama kamu disebut oleh majikan anda walhal yang berhadapan dengan majikan anda ialah anda sendiri. Apakah anda faham maksudnya??
04 – Jadi dilihat pada statistik sirah Anbiya’Wa’Rasul yang diceritakan dalam Quran,maka Nabi paling utama diceritakan dalam Quran ialah Musa Alaihissalam. Sungguh pun demikian,Musa paling banyak diceritakan dalam Quran dengan tujuan sebagai panduan sirah nubuwwah baginda BUKAN dilihat paling utama di ikuti. Yang harus di ikuti ialah Muhammad SAW kerana Quran diturunkan kepada Muhammad SAW. Maka syariat yang dibawa Muhammad SAW harus di ikuti.
05 – Dalam Perjanjian Baru,banyak di ceritakan tentang perihal kehidupan Jesus Christ pbuh kerana yang menceritakan perihal Jesus dalam Perjanjian Baru adalah Hawariyyun Jesus Christ pbuh BUKAN dari Firman Bapa. Jika anda berkata dengan beralasan,
“mereka menulis Gospel mengikut apa yang di ilhamkan oleh Ruh Kudus,jadi apa yang mereka tulis adalah berdasarkan dari ilham Tuhan itu sendiri.”
Jika demikian itu jawapan anda,maka saya ingin bertanya bagaimana penulis yang dibimbing Ruh Kudus boleh mengalami kesalahan dan percanggahan dalam perbezaan perkataan sesama Synoptic Gospels???..saya berikan contohnya :
– Mark 3:35 bercanggah tulisan dengan Matthew 12:50
– Mark 4:38 bercanggah tulisan dengan Matthew 8:25
– Mark 9:5 bercanggah tulisan dengan Matthew 17:4
– Mark 13:35 bercanggah tulisan dengan Matthew 24:42
– Mark 8:29 bercanggah tulisan dengan Matthew 16:16
– Mark 12:28-30 bercanggah tulisan dengan Matthew 22:37-38
– Mark 10:17 bercanggah tulisan dengan Matthew 19:16
– Mark 11;12-14 bercanggah tulisan dengan Matthew 21:19-20
– Mark 16:5 bercanggah tulisan dengan Matthew 28:5
boleh jelaskan hal ini???…sama-sama melihat menyaksikan perihal kehidupan Jesus Christ pbuh,tetapi saling tidak sama dan mengalami kesalahan dalam penukilan Gospel masing-masing. Apakah Ruh Kudus yang membimbing Mark berbeza dengan Ruh Kudus yang membimbing Matthew ATAU Ruh Kudus salah berikan ilham kepada salah satu di antara mereka???
HUJAH IDI NO.1 RUNTUH!
IsadanIslam berkata,
Kelahiran Secara Mujizat
Kelahiran Isa Al-Masih luar biasa, oleh perawan.
“. . . betapa mungkin aku [Maryam] mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun. . . ?” (Qs 3:47).
Kelahiran Nabi Islam, sama seperti manusia umumnya.
MAB response :
Kami tidak ada masalah dengan mukjizat kelahiran Jesus Christ pbuh kerana Allah Azza’Wa’Jalla boleh melakukan apa saja dengan mudah. Bahkan jika Allah jadikan manusia lahir dari batu karang pun boleh bagi tuhan. Namun itu masih tidak boleh menunjukkan bahawa Jesus Christ adalah tuhan kerana tuhan nyatakan bahawa Dia tidak akan menjelma jadi manusia (Malachi 3:6,James 1:17 dan Number 23:19).
Jika dilihat siapa lebih luar biasa kewujudannya dalam penciptaan,Nabi Adam Alaihissalam adalah Nabi yang paling luar biasa kerana Nabi Adam diciptakan oleh Allah TANPA campurtangan lelaki dan wanita manakala Hawa diciptakan memerlukan seorang lelaki tanpa campurtangan wanita dan Eesa Al-Masih memerlukan seorang wanita tanpa campurtangan lelaki. Penciptaan Adam diciptakan dari “Kun” melalui proses bermula dari Ketiadaan tetapi bahan telah ada hingga sempurna kewujudannya manakala perjalanan penciptaan Jesus diciptakan dari “Kun” melalui proses bermula dari Ketiadaan hingga kelahiran. Ini dikategorikan dalam konsep – “Ba’asa” sekaligus menjadikan persamaan antara penciptaan Adam dengan Jesus iaitu melalui firman Tuhan…
maka jika dilihat logik,Nabi Adam Alahissalam lebih hebat dari Jesus Christ Alaihissalam. Jadi mengapa tidak anggap Adam ialah tuhan?
HUJAH IDI NO.2 RUNTUH!
IsadanIslam berkata,
Gelar yang Allah Berikan
Isa dan Muhammad menerima gelar “Rasul.” Isa juga menerima gelar “Kalimat Allah.”
“. . . sesungguhnya Allah menggembirakan kamu [Maryam] dengan kalimat[Isa] (yang datang) daripada-Nya . . .” (Qs 3:45).
MAB response,
Diberikan gelaran “Kalimatullah” kerana orang-orang Judah menganggap Jesus adalah anak zina (Sanhedrin 106a,Shabbat 104b,Yebamoth 49b,Yevamot 4:18,Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a serta Maryam 19:27-28). Maka Allah bersihkan namanya dengan menjelaskan hal sebenar dalam Quran bahawa Jesus diciptakan dari Kalimat-Nya BUKAN dari hasil perzinaan. Kalimat “Kalimatullah” adalah Mudhafatul Ilahiyyah dari satu kata iaitu “KUN”…..Saya ingin bertanya 02 soalan,
01- Masjid Al-Haram / Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa Jerussalem dipanggil sebagai “BAITULLAH” (Ali-Imran 3:96-97,Al-Baqarah 2:158,2 Kings 11:10,2 Kings 18:16,Isaiah 2:3,John 2:13-25 dan 2 Chronicles 5:1). Saya bertanya,apakah Masjid Al-Haram,Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa Jerussalem adalah Allah???
(kamu setuju Tuhan menjadi bangunan??
02 – Istilah “Malaikat Tuhan” (Theophany) di anggap oleh Kristian bahawa Tuhan menjelma jadi malaikat. Pihak kamu menganggap Malaikat Allah adalah Theophany Tuhan dalam wujud Malaikat kerana alasannya Bible menyebut “Malaikat” merujuk malaikat biasa. Alasannya kerana nama “Malaikat” dan nama “Allah” disatukan menjadi Malaikat Allah. Jadi saya mahu tanya, jika dalam Bible di sebut Bait Allah,maksudnya Tuhan “bertheophany” atau mewujudkan diri sebagai bangunan…anda setuju???
Jika SETUJU,maknanya anda menghina Tuhan tanpa mengenali sifat Ilahiyyah-Nya
Jika TIDAK SETUJU,maknanya Theophany adalah salah sesat…
berkenaan Ruhullah,mari kita baca :
“Maka apabila Aku telah sempurnakan kejadianya dan telah meniupkan ke dalamnya Ruh-Ku,maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. ”
[Al-Hijr 15 : 29]
Adam ditiupkan ruh Allah sama seperti Jesus ditiupkan ruh (Al-Anbiya 21:91 dan At-Tahrim 66:12),apakah Adam adalah tuhan???
HUJAH IDI NO.3 RUNTUH!
IsadanIslam berkata,
Peranan Ibunya dalam Al-Quran
Satu surah Al-Quran mempunyai judul “Maryam.” Bahkan Siti Maryam satu-satunya wanita yang disebut di Al-Quran. Tidak satu ayatpun menyebut nama Aminah, ibu Muhammad.
MAB response,
Makanya anda harus setuju bahawa Islam BUKAN Anti-Christ kerana Quran memuliakan ibu Eesa Al-Masih (Maryam). Maryam disebut sebanyak 70 kali lebih banyak dari Mary dalam Bible yang hanya disebut sebanyak 46 kali,itu pun tidak diketahui apakah merujuk Mary ibu Jesus atau Mary Magdelene atau Mary ibu James atau Mary Ibu Joses atau Mary isteri Clopas atau Mary Bethany atau Mary ibu Markus. Maka patut anda ikuti ajaran Islam kerana Quran lebih memuliakan Maryam berbanding Bible. setuju?
Kami tidak bermasalah ibu Muhammad SAW tidak disebut kerana tujuan Maryam diceritakan adalah untuk menjadi panduan bahawa Allah angkat martabat Maryam di atas wanita membersihkan fitnah terhadap Maryam dari orang2 Judah Israel. Aminah ibu Muhammad SAW ada difitnah oleh orang-orang Arab Pagan Jahilliyah Quraisyh???…
dan antara semua Nabi,Muhammad,Huud,Yunus,Yusuf dan Ibrahim – lima (05) nama Nabi ini dijadikan sebagai nama surah. Apakah lima (05) Nabi ini adalah tuhan???kenapa Allah tidak jadikan surah bernama “Eesa Al-Masih”???
HUJAH IDI NO.4 RUNTUH
IsadanIslam berkata,
Kesucian Pribadi
Berulang kali Nabi Islam mengakui dosanya. Bahkan sampai sekarang umatnya mendoakan dia.
Al-Quran dan Hadith menekankan bahwa Isa Al-Masih tidak pernah berdosa. “[Isa] . . . seorang anak laki-laki yang suci” (Qs 19:19). Jadi, Isa tidak perlu didoakan.
MAB response,
01 – Sila berikan dimana dalil dalam Quran dan Hadith Sahih ada menyatakan Muhammad SAW mengakui dosanya???
02 – Semua para Nabi termasuk Muhammad SAW adalah seorang maksum (tercela dari dosa).
dalil Quran :
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata dan kemenangan yang Allah memberi ampunan terhadapmu dosa yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat.”
[Al-Fath 48:1]
– ayat disini BUKAN memberitahu bahawa Muhammad SAW pernah berdosa tetapi Allah memberitahu bahawa Muhammad SAW itu sentiasa di ampuni dan tercela dari dosa terdahulu dan akan datang…
dalil Hadith :
Diriwayatkan oleh Aisyah R.A bahawa ketika baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri beribadah kepada Allah di tengah malam.Dan Sayyidatina Aisyah bertanya,
“Ya Rasulullah, bukankah tuan telah diampunkan segala dosa terdahulu dan akan datang dan telah di jamin syurga?Mengapa tuan masih bersusah payah sebegini?”.
Rasullullah SAW berkata,
“Ya Aisyah,salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
[Hadith Sahih Muttafaqun Alaihi Muslim.Tirmizi dan Abu Dawood]
03 – Quran mengatakan bahawa “Eesa Al-Masih adalah seorang lelaki yang suci” kerana orang-orang Judah Israel menuduh Maryam melakukan zina dan Eesa Al-Masih adalah anak zina serta lahir dari keturunan zina. Maka Quran membersihkan tuduhan fitnah tersebut dengan menjelaskan hal sebenar bahawa Jesus Christ pbuh lahir dalam keadaan suci. Bible Luke bab 3 ayat 3-22,Jesus dibaptis oleh John yang mana Jesus dibaptis dan diampunkan segala dosa …Jadi dari sini,jelas menunjukkan bahawa Bible memberi maksud bahawa:
– Jesus sebelum ini pernah berdosa lalu dibaptis dan diampunkan dosa.
– ada sesuatu Entity Maha Kuasa menyucikan Jesus iaitu Tuhan BUKAN Jesus sendiri yang menyucikan dirinya sendiri. Dilihat dari sini,Quran lebih memuliakan Jesus berbanding Bible.
04 – Muhammad SAW didoakan oleh umat untuk tujuan baginda ditempatkan ke Wasilah Maqam Al-Mahmud (Al-Isra 17:79 dan Sahih Muslim No.384) BUKAN di doakan agar dia masuk syurga. Jadi saya berharap missionaries Christian dapat belajar bezakan antara Syafaat Al-Uzdma dengan Da’man’ul-Jannah.
05 – Dalam Bible Kristian sendiri mengatakan bahawa setiap para Nabi meminta di doakan syafaat keselamatan dan pujian walau mereka dijamin masuk syurga (Psalm 117:25 / Psalm 118:25) dan ini sama halnya dengan permintaan Jesus memohon namanya dimasukkan dalam setiap doa apabila umatnya berdoa kepada tuhan (John 14:12-14 dan John 16:23-24). Bahkan Jesus Christ Alaihissalam diselawatkan oleh umatnya (Hosana). Melalui konsep Hosana,Jesus Christ yang kamu anggap tuhan juga meminta di doakan syafaat keselamatan dan pujian dalam Matthew 23:39 / Matthew 21:9 / Luke 13:35 / Luke 19:38 dan John 12:13. Apakah Jesus yang di anggap tuhan meminta jaminan keselamatan kepada dirinya sendiri???
HUJAH IDI NO.5 RUNTUH!
IsadanIslam berkata,
Kemampuan Mengerjakan Mujizat
Nabi Islam tidak dapat mengerjakan mujizat (Qs 11:12). Sebaliknya, Al-Quran mendaftarkan beberapa mujizat Isa Al-Masih.
“. . . [Isa] menyembuhkan orang yang buta . . . orang yang berpenyakit sopak . . . mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) . . .” (Qs 5:110).
MAB response,
01 – Quran surah Huud 11:12 tidak ada kaitan tentang mukjizat…hal itu berkenaan perihal dakwah. Allah berfirman untuk menghibur Rasulullah Muhammad SAW atas kesulitan yang ditimbulkan oleh orang-orang musyrik yang mana mereka telah mengatakan perihal Rasul. Kemudian Allah memerintahkan Rasul-Nya dan membimbingnya untuk tidak bersedih hati atas tindakan mereka itu serta tidak pula menjadi halangan baginya untuk mengajak mereka ke jalan Allah pada tengah malam dan siang hari. Semua para Nabi dari Adam hingga Muhammad SAW termasuk Eesa Al-Masih,tidak ada seorang dari mereka pun apabila berdakwah di sertakan seorang malaikat. Bahkan Eesa Al-Masih ketika berdakwah,siap dibaling batu oleh pembesar-pembesar Judah Israel (John 10:23-38). Mengapa kalangan malaikat tidak membantu Eesa Al-Masih ketika diperlakukan demikian???. Maka begitu juga perihal Muhammad SAW,keadaan Nabi sewaktu berdakwah…ayat disitu tidak ada kaitan dengan mukjizat.
02 – ada sembilan (09) orang yang mampu menghidupkan orang mati yang mana lima (05) orang diceritakan dalam Bible mampu menghidupkan orang mati :
– Elia (Ilyas)
– Elijah (Ilyasa)
– Yehezkiel (Zulkifli)
– Petrus Ketua Hawariyyin Jesus
– Jesus Christ (Eesa Al-Masih)
manakala tiga (03) orang dalam Quran
– Ibrahim (Avraham)
– Musa (Moses)
– Pemuda tidak dikenali
serta Muhammad SAW menghidupkan orang mati dalam Hadith Ahad (Al-Bayhaqi No.13/32)…
Bahkan Muhammad SAW adalah Nabi yang paling banyak memiliki mukjizat iaitu sebanyak 307 mukjizat yang mana 06 darinya diceritakan dalam Quran. Selebihnya diceritakan dalam hadith sahih (asalnya semua jumlah mukjizat Muhammad sebanyak 1038 tetapi kebanyakannya dari hadith hasan,dhaif dan majhul dan hanya 301 dari hadith sahih). Kenapa Quran tidak ceritakan semua mukjizat Muhammad SAW???sebab Quran BUKAN karangan Muhammad SAW…apakah logik kitab yang bukan penulisan kamu lalu kitab itu banyak menceritakan kelebihan kamu???
Surah Ar-Rad[13]:7-29 dan Al-Ankabut[29]: 39-50 memberitahu bahawa mukjizat adalah atas Izin Allah kepada Anbiya’Wa’Rasul BUKAN dari diri Anbiya’Wa’Rasul itu sendiri…maksudnya,Nabi dan Rasul tidak memiliki apa-apa melainkan mukjizat itu atas kurniaan Tuhan. Asbab an-nuzul Al-Isra[17]:90-97 menceritakan bahawa orang-orang kafir Arab meminta beberapa permintaan kepada Muhammad SAW sebagai bukti mukjizat Nubuwwah baginda namun Jibrail Alaihissalam menasihati Muhammad SAW bahawa sekiranya Muhammad SAW berdoa kepada Allah untuk memperkenankan permintaan mereka tetapi mereka masih kufur,Allah akan turunkan azab kepada mereka. Jadi Muhammad SAW bersedih atas situasi atas demikian dan baginda memutuskan untuk tidak memperkenankan permintaan mereka itu dengan tujuan agar orang2 kafir itu tidak di azab oleh Allah. Ini kerana Muhammad SAW tahu bahawa kebanyakan manusia masih tetap ingkar walau mukjizat telah ditunjukkan seperti Nabi-nabi sebelumnya.
sekarang satu soalan untuk anda :
– Jesus Christ memiliki 96 mukjizat,sila berikan saya SATU DALIL dan SATU MUKJIZAT JESUS sahaja dalam semua versi Bible dimana ada menceritakan mukjizat Jesus melalui FIRMAN BAPA (TUHAN) sendiri???
HUJAH IDI NO.6 RUNTUH
IsadanIslam berkata,
Keadaan Masing-masing Saat Ini
Hingga saat ini Nabi Islam dan di kuburnya, menunggu Hari Kiamat.
Saat ini, Isa Al-Masih ada di sorga (Qs 4:158).
MAB response,
01 – Jasad Muhammad SAW sememangnya dalam maqam iaitu di Madinah tetapi ruhnya di syurga. Nabi Muhammad SAW sendiri telah jawab bahawa setiap ruh para Nabi yang wafat berada di syurga (Hadith Sahih Bukhari 6905). Aisyah R.A pernah berkata kepada Muhammad SAW mengapa baginda kerap beribadah malam sehingga kaki bengkak sedangkan dirinya telah dijamin masuk syurga,lalu Muhammad SAW sendiri menjawab “Ya Aisyah,salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” (Hadith Sahih Bukhari No. 1130 dan Muslim No.2820).
02 – Dalam Quran surah Al-Kawtsar 108:1-3 menjelaskan yang mana dalam ayat tersebut Allah telah mengurniakan Al-Kautsar itu kepada Muhammad SAW di syurga. Asbab An-Nuzul ayat tersebut memberitahu bahawa Muhammad SAW akan ke syurga pada ayat pertama,ayat ke2 adalah perintah tuhan untuk orang yang mengikuti syariat Muhammad SAW dan ayat ke3 memberitahu bahawa orang-orang kafir yang membenci dan tidak mengikuti Muhammad SAW akan terputus dari golongan-golongan orang yang dimasukkan ke dalam syurga. Dan saya sertakan dalil dalam Hadith Sahih yang menjelaskan bahawa setelah wafat,ruh para Nabi berada di syurga :
“Tidak ada seorang Nabi pun yang wafat kecuali ditunjukkan kepadanya tempat duduk di Syurga kemudian disuruh memilih.”
[Hadith Sahih Bukhari 6905]
bahkan ruh-ruh orang2 beriman juga berada di syurga,
“Sesungguhnya ruh orang mukmin berterbangan di pohon Syurga sehingga Allah membangkitkannya ke dalam jasadnya pada Hari Kiamat.”
[Hadith Sahih Bukhari,Muslim,Nasai dan Ahmad]
– Dari dua Hadith ne,disini kita tahu bahawa jasad para Nabi dan orang mukmin SEKARANG di dalam Tanah tetapi ruh mereka di syurga…
03 – An-Nisa 4:158 tidak memberitahu Jesus di syurga. Ayat memberitahu “angkat ke sisi-Ku” dengan maksud selamat dari sebarang ancaman. Jika saya yang berada di Malaysia berkata kepada kekasih saya yang ada di seberang laut –
“kamu sentiasa disisiku”,
– apakah maksudnya kekasih saya kini berada disamping sebelah saya??? TENTU TIDAK…..begitu juga dengan Allah yang mana Dia selaku tuhan tidak dibatasi dengan jarak. Kita berada di bumi atau di langit,tetap dekat dengan-Nya (Al-Qaff 50:16 dan Al-Waqiah 56:85).
Jadi,Jesus di angkat ke langit sebelum penyaliban (An-Nisa 4:157) dan Allah merehatkan Jesus dalam jangka masa tertentu (Ali-Imran 3:55) lalu Allah jadikan Jesus sebagai tanda Yaumul-Qiyamah Al-Akhbar dengan menurunkan Jesus kali ke2 (Az-Zhukruf 43:57-63). Kini,Jesus Christ @ Eesa Al-Masih Alaihissalam berada di Bayt Al-Fadiun BUKAN disyurga (Hadith Sahih Bukhari No.349 / Muslim No.259).
HUJAH IDI NO.7 RUNTUH!
IsadanIslam berkata,
Peranan pada Akhir Zaman
Isa Al-Masih memegang peranan utama pada Akhir Zaman. “Dia . . . Hakim yang adil . . .” (Hadits Shahih Muslim 127). Ia akan menghakimi setiap orang di dunia.
MAB response,
saya setuju hadith tersebut dan muslim beriman hadith itu kerana hadith itu sahih. Mari saya ajar anda bagaimana faham ayat tersebut. Allah Maha Hakim disebut sebagai “Bi’ah kamil Haakimiin” (بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ) di dalam Quran surah At-Tiin 95:7 manakala Jesus dan hakim-hakim dunia dipanggil sebagai “Hakaman Ad’lan” (حَكَمًا عَدْلاً) dalam Hadith Sahih Bukhari No.1090,Sahih Muslim No.127 dan Sahih Muslim No.220. Gelaran hakim kepada Allah dirujuk kepada keadilan penghakiman dalam Keilahiyyan-Nya sedangkan Jesus di rujuk hakim yang adil seperti mana hakim-hakim dunia. Jika Jesus adalah tuhan dan Maha Hakim,maka Jesus juga harus dipanggil sebagai “Bi’ah kamil Haakimiin” namun tidak demikian kerana Jesus BUKAN Tuhan.
Jesus datang BUKAN sebagai tuhan tetapi Jesus akan turun kali ke2 dengan tegakkan syariat Muhammad yang mana pada masa itu tidak ada lagi agama lain selain Islam serta mematahkan salib @ tidak ada lagi agama Kristian (Ini maksud “orang mengikuti Jesus mengatasi orang kafir” dalam Ali-Imran 3:55),membunuh Al-Masihu’Dajjal @ Anti-Christ serta “membunuh khinzir” (maksudnya – menjadikan umat manusia tidak lagi memakan khinzir secara total sesuai kedatangannya kali ke2 meluruskan kembali syariat Muhammad SAW),menjadi hakim yang adil yang mana ketika kedatangannya kali ke2 tidak akan ada lagi rasuah,tidak ada lagi kejahatan-kezaliman berlaku dan tidak ada lagi ketidak adilan berlaku kerana sewaktu ini terlalu banyak kezaliman dan ketidakadilan berlaku (Hadith Sahih Muslim 7/127) dan kemudian Jesus hidup di dunia sehingga umurnya 40 tahun lalu wafat dan dikebumikan di Bumi (Hadith Sahih Abu Daud no. 4324 dan Ahmad 2/437 & 6/75). Dan selepas Yaumul Qiyamah’wa’Zilzalah,seluruh manusia termasuk Jesus akan bangkit kembali untuk Hari Pengadilan yang mana Allah tanyakan Jesus apakah benar Jesus jadikan dirinya dan ibunya adalah tuhan selain Allah dan Jesus menafikannya (Al-Maidah 5:116-118).
HUJAH IDI NO.8 RUNTUH!
IsadanIslam berkata,
Janji kepada Pengikut-pengikutnya
Muhammad berkata dengan jelas bahwa semua pengikutnya akan masuk neraka (Qs 19:71).
Pengikut-pengikut Isa Al-Masih mempunyai hidup yang kekal. Kata Isa, “Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka dan mereka pasti tidak akan binasa sampai selama-lamanya” (Injil, Rasul Besar Yohanes 10:28).
MAB response,
01 – Quran Maryam 19:71 sebut ‘waariduhaa’ yang bermaksud “melintasi/mendatangi/menyeberangi” BUKAN ‘khaaliduhaa’ yang bermaksud “memasuki/menerima/menyertai”. Jadi maksud ayat tersebut ialah kita suma harus melalui As-Shirath disitu.
Ayat ini (ayat 71) merupakan khabar berita dari Allah kepada seluruh makhluk sama ada orang2 yang soleh ataupun derhaka. Mukminin maupun orang kafirin. Setiap orang akan menyeberangi As-Shirath yang bawahnya adalah Neraka. Inilah maksud “mendatangi Neraka” kerana Neraka dekat dengan As-Shirat dan ketika itu kita dekat dengan Neraka. Dalam ayat tersebut Allah memakai kata ‘waariduhaa’ yang bermaksud ‘mendatanginya/melintasinya/menyeberanginya’ (pass over it)….Allah tidak memakai kata ‘khaaliduhaa’ yang bermaksud ‘memasukinya/menyertai/menerima’ (enter)….Perhatikan Terjemahan dalam English :
“Not one of you but will pass over it: this is, with thy Lord, a decree which must be accomplished.”
[Maryam’ 19:71]
dan ayat tersebut bersambung lagi konteksnya. Orang yang beriman dan bertaqwa akan terus menyeberang selamat ke syurga manakala orang yang kafir dan zalim akan menyeberang lalu jatuh ke Neraka (baca ayat seterusnya dalam Maryam 19:72). Ini sudah menjadi ketentuan Allah dan janji-Nya kepada para hamba-Nya. Tidak ada keraguan tentang terjadinya peristiwa itu dan Allah pasti akan merealisasikannya.
“Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.”
[Maryam 19:72]
Jadi ayat tersebut BUKAN memberitahu bahawa muslim masuk Neraka tetapi memberitahu bahawa setiap manusia akan melintasi AS-Shirath yang dibawahnya adalah Neraka.
02 – John 10:28 BUKAN memberitahu bahawa Jesus menjamin orang masuk syurga tetapi memberitahu bahawa orang-orang yang ikuti ajarannya dan beriman kepadanya akan dimasukkan ke syurga. Konteks ayat tersebut,semasa Jesus berjalan di Rumah Allah,Orang-orang Judah bertanya kepada Jesus bahawa sampai bila mereka harus menunggu dalam kebimbangan. Ini kerana mereka meminta Jesus untuk katakan secara terus terang kepada mereka bahawa dia adalah Al-Masih. Dan Jesus katakan bahawa dia telah sampaikan namun mereka tidak percaya…orang yang percaya itulah domba-dombanya….selaku Nabi,dia mengajar segala ajaran dan orang mengikuti ajarannya dan beriman kepadanya itulah yang tergolong dalam domba-domba Jesus. Kepercayaan dalam Iman taqwa mereka itu akan dapat kehidupan yang kekal (ganjaran Syurga) dan kepercayaan atas dasar iman mereka itu dijaga oleh Allah (John 25-29). Jadi mohon jangan bingung dengan kitab sendiri pak IDI…
HUJAH IDI NO.9 RUNTUH!
IsadanIslam berkata,
Kesimpulan
Dalil-dalil di atas membuktikan siapa nabi utama, bukan? Semoga pengakuan Al-Quran mendorong Anda memperdalam pengertian akan Isa Al-Masih. Ingat, Al-Quran mengatakan Isa-lah “. . . terkemuka di dunia dan di akhirat . . .” (Qs 3:45). Kesimpulan Al-Quran — Isa terkemuka dan termulia!
Jadi, selidikilah keselamatan yang Isa sediakan. Dan inilah undangan Isa Al-Masih kepada Anda, “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah dan menanggung beban berat, Aku akan memberikan kelegaan bagimu” (Injil, Rasul Besar Matius 11:28)
MAB response,
KESIMPULAN
saya melihat semua hujah-hujah anda penuh dengan kecetekan ilmu,memutar belit ayat Quran dan memotong ayat Quran untuk memaksa Eesa Al-Masih adalah tuhan dalam Quran. Maka setelah saya bantah dengan hujah ilmiah fakta,terlalu banyak pendustaan yang telah kamu berikan.
Segala penerangan saya di atas menjawab tomahan-tomahan anda,didapati bahawa semua Nabi adalah mulia dalam Quran dan Quran memuliakan Eesa Al-Masih membuktikan bahawa Islam adalah ajaran yang benar dari Allah BUKAN ajaran Anti-Christ.
Musa Alaihisalam di nobatkan Nabi paling banyak diceritakan dalam Quran dan paling banyak disebut namanya. Maka apakah anda setuju bahawa Musa lebih mulia dari Jesus dan Muhammad SAW jika saya menurut pemahaman anda???
berkenaan “Eesa terkemuka di dunia dan akhirat”,Kamus bahasa Arab “وَجِيهًا” berasal dari kata “وَجُهَ – يَوْجُهُ” yang bermaksud “dihormati” atau “dimuliakan”.
Disamping Nabi Isa,Nabi Musa juga bergelar “وَجِيهًا” ,
Allah SWT Berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa; maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah.”
Apakah Musa adalah tuhan kerana terkemuka/terhormat di sisi Allah??
dan Matthew bab 11 ayat 28 yang kamu berikan di atas itu adalah ajakan Jesus dalam dakwah. Maka ikutilah Jesus Christ Alaihissalam BUKAN Paulus dan BUKAN Gereja…
Jadi selidikilah kebenaran dengan jujur dan telus. Amsal bab 11 ayat 11 mengajar kejujuran,mengapa kamu tidak ikuti apa yang Bible ajarkan???. Mengapa ikuti ajaran gereja yang penuh dengan pendustaan dan menyembunyikan kebenaran???. Ikutilah ajaran Jesus yang sebenar,maka anda akan tahu bahawa keselamatan itu adalah dari ajaran-ajaran para Nabi yang berdakwah dari Tuhan Yang Satu sekaligus menjadikan anda seorang muslim. Kerana Jesus sendiri adalah muslim (Luke 6:40). “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli….Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2
*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29
*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35
*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19
Nubuat Muhammad SAW Ibn Abdullah dalam Bible :
01-Genesis 49:3-10
02-Deuteronomy 18:18
03-Deuteronomy 33:2
04-Psalm 45:1-17
05-Psalms 72:8-17
06-Psalm 110:1-7
07-Song of Solomon 5:16
08-Isaiah 29:9-15
09-Isaiah 40:1-5
10-Isaiah 42:1-12
11-Isaiah 54:1-3
12-Daniel 7:1-25
13-Habakkuk, 3:3
14-John 16:1-15
15-John 14:16-17
KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM……..SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM….
pesan Jesus kepada anda,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]
“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus…”