بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Makhluk kerana telah mengizinkan saya kembali untuk membuat satu artikel yang bertajuk “600 tahun / Pohon Tamar / Ukhta Harun dan Penyaliban”.
Saya membuat artikel ini kerana saya mendapati ada seorang yang mengaku dirinya “missionaries” (saya tidak sebut namanya disini) telah membuat satu tuduhan dengan mengatakan seperti berikut :
“Atas dasar apa muslim mempercayai tulisan org yang baru wujud 600 tahun sesudah Yesus lahir? Quran muslim mengatakan Yesus lahir dibawah pohon kurma. Pohon kurma dimana? Keempat Injil meriwayatkan secara terperinci Yesus lahir dikandang sapi di Baitlehem. Quran kata lagi Musa, Harun dan maria ibu yesus adalah adik bersaudara sedangkan jarak mereka 1300 tahun. Quran katakan lagi Yesus bukan mati disalib tetapi yg disalibkan diserupakan. Siapa org yang diserupakan pun tak dinyatakan. Adakah valid pernyataan quran demikian?”
Maka disini kita akan berikan response berikan jawapan secara SEDERHANA sekaligus meruntuhkan tuduhan tersebut. Setelah dibaca,ada 04 point yang di kemukakan. Mohon buka mata besar-besar dan baca baik-baik dengan teliti….semoga bermanfaat dan di ambil pengkajian.
NO.1 – BUKTI QURAN YANG DATANG 600 TAHUN ADALAH BENAR
Kami beriman mempercayai kitab yang datang 600 tahun setelah keangkatan Jesus ke langit kerana kitab tersebut (Quran) memberitahu hal-hal sebenar apa yang terjadi di masa lalu,memberitahu bahawa kitab-kitab terdahulu telah banyak ayat dipalsukan (Al-Baqarah 2:75-78 / Al-Maidah 5:13 dan Ali-Imran 3:78) dan Quran menjadi hakim (batu ujian) kepada kitab-kitab terdahulu (Al-Maidah 5:48) yang mana membenarkan mana ayat-ayat dalam kitab-kitab terdahulu yang masih asli dan meluruskan mana yang telah di ubah (Al-Fatir 35:31 / Yunus 10:37 / Al-An’am 6:92 / Al-Baqarah 2:97 dan An-Nisa 4:47)…..analogynya begini :
– kamus edisi pertama,edisi kedua edisi ketiga dan kamus edisi terkini,apakah anda masih ingin memakai kamus edisi pertama,kedua dan ketiga sedangkan kamus edisi terkini yang datang kemudian telah memperbaiki/memperbaharui kamus-kamus edisi sebelumnya???
Jika anda bertanya,
“Kenapa tuhan tidak turunkan Quran sebagai kitab yang terawal saja agar tidak ada pertikaian?”
Saya bertanya balik,
“Kenapa kita perlu belajar masuk darjah satu pakai buku darjah satu??? Kenapa tidak saja terus direct belajar buku Tingkatan 6??? Jika Quran datang zaman Adam,pasti kitab-kitab sebelum Quran tidak perlu lagi akan diturunkan.”
NO.2 – POHON TAMAR vs KANDANG SAPI
Empat kesalahan Bible apabila mengatakan Jesus lahir dalam kandang sapi :
01 – Tidak ada nubuat dalam Perjanjian Lama sebagai sokongan bahawa Messiah akan lahir di kandang sapi.
02 – Sokongan Quran mengatakan Jesus lahir di bawah pohon Tamar ada dalam Gospel of Mary dan Gospel of “Pseudo”-Matthew sedangkan Jesus lahir di dalam kandang sapi tidak ada sandaran sokongan Synoptic Gospel dan kitab lain.
– http://www.newadvent.org/fathers/0848.htm
03 – Andaikata sahaja Jesus memang benar lahir di kandang sapi,apakah logik seorang yang dianggap Tuhan melalui Logos dilahirkan di kandang sapi???
04 – Dalam luke 2:7,perkataan disitu memakai “kataluma” yang bermaksud “ruang tamu” BUKAN “pandoceion” yang bermaksud “penginapan” apatah lagi “kandang sapi” amat jauh. Bagaimana ada palungan di dalam ruang tamu?
Surah Maryam 19:24-25 dan Luke 2:8-11 menceritakan kelahiran Jesus. Jika dilihat dari sudut itu,waktu kelahiran Jesus bukan waktu musim sejuk…sebab kambing-kambing diceritakan dalam Lukas bab 2 dalam keadaan segar bugar sedangkan 25 December adalah waktu sejuk. Kalau 25 December adalah benar,makanya kambing dalam ayat Luke termasuk gembala telah keras beku termasuk Ibu Jesus – Maria dan Joseph serta Jesus sendiri akan keras beku di dalam kandang sapi yang terbuka luas. Jadi tidak mungkin Jesus lahir di kandang sapi jika anda yakini Jesus lahir pada 25 December. Situasi yang diceritakan dalam Luke 2:8-11 jelas memberitahukan keadaan cuaca masa itu BUKAN musim sejuk/salji. Jika Kristian menyangkal kelahiran Jesus BUKAN 25 December yang waktu musim sejuk/salji,makanya Kristian setuju bahawa kebarangkalian Jesus lahir dibawah pohon Tamar adalah benar.
Dalam Surah Maryam 19:19-26,dikatakan bahawa Maryam pergi tempat yang jauh dari tempat asalnya (Jerussalem) dan Maryam pergi ke suatu tempat yang mana dia bersandar di bawah pohon Tamar dan pohon Tamar tersebut pastinya di kawasan Bethlehem. Hadith Muhammad SAW menjelaskan ayat Maryam 19:19-26 seperti berikut :
“Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Aku diberikan kendaraan lebih baik dari keledai dan bukan Baghal,jalannya begitu cepat. Dan aku mengendarainya bersama Jibrail lalu aku sampai pada suatu tempat.Jibrail berkata, “Turun dan solatlah”. Maka aku pun melakukannya. Lalu Jibrail berkata, ‘Tahukah engkau tadi solat di mana?’ Aku berkata, ‘Aku shalat di Tiba (Madinah) dan kepadanya aku berhijrah’. Kemudian,dia berkata,‘Turun dan solatlah!’ Maka,aku pun melakukannya.Setelah itu,dia berkata, ‘Tahukah engkau tadi solat di mana?’. Aku berkata, ‘Tadi aku solat di Bukit Sinai dan di situlah Musa berbicara langsung dengan Allah’. Kemudian dia berkata lagi,‘Turun dan solatlah!’. Maka aku pun melakukannya. Kemudian dia berkata,‘Tahukah engkau tadi solat di mana?’. Dan aku berkata,‘Tadi aku solat di Baythul’Lahm dan di situlah Eesa dilahirkan.”
[Hadith Hasan An-Nasa’i]
Gereja Nativity di Bethlehem yang dipercaya sebagai tempat kelahiran Jesus yang mana dibangun sebagai tempat peringatan 300 tahun selepas kelahiran Jesus. Ini kerana bermulanya pembinaan gereja setelah Jesus menjadikan Peter sebagai saksi untuk mendirikan ekklesia (Matthew 16:18). Kepercayaan bahawa Bethlehem adalah tempat kelahiran Jesus memperoleh dukungan dari hadith ketika Isra’ Mik’raj Muhammad SAW. Bethlehem dalam Hebrew dan Arab bermaksud “rumah roti” ATAU “rumah daging” yang mana terletak sekitar 10 km di sebelah selatan dari Jerusalem tempat Siti Maryam tinggal. Jarak tersebut sesuai dengan penerangan di dalam Qur’an yang menyatakan bahawa Maryam pergi ke tempat yang jauh ketika akan melahirkan. Disini sumber detail dari pihak Kristian sendiri membuktikan bahawa Jesus tidak lahir di kandang sapi dan tidak lahir pada 25 December :
– http://www.alhewar.com/a_christmas_palm_tree.htm
– http://petragrail.tripod.com/page5.html
– http://www.nccg.org/241Art-6April.html
NO.3 – MARYAM SAUDARA HARUN
01 – Quran tidak mengatakan Ibu Jesus Christ pbuh – Maryam adalah bersaudara dengan Musa dan Harun tapi Quran mengatakan bahawa orang-orang Israel Judah mengatakan Maryam sebagai saudara Harun…kenapa Harun???…Hadith Muhammad SAW telah pun menjawabnya :
“Dari Muhgirah bin Syu’bah R.A berkata,”Ketika aku tiba di Najran,penduduknya bertanya kepadaku, “Kalian membaca ayat Quran, “Wahai saudara perempuan Harun” padahal Musa hidup sebelum Eesa selama sekian dan sekian tahun.” Ketika aku bertemu Rasulullah SAW aku tanyakan hal itu dan baginda menjawab, “Sesungguhnya mereka biasa memanggil anak mereka dengan nama nabi dan orang-orang soleh yang hidup sebelum mereka.”
[Hadith Sahih Muslim]
02 – Dalam bahasa Arab dan Hebrew,Maryam disebut Ukhta Harun / Achot Aharon – saudara perempuan Harun (Maryam 19:28). Maryam juga disebut sebagai Achot Elisheva / Ukhta Ilishaba – saudara perempuan Elisabeth (Luke 1:36) dan Elisabet adalah Benot Aharon/ Banat Harun – anak perempuan Harun (Luke 1:5). Jadi menurut Bible,Maryam itu SAUDARA PEREMPUAN Harun sekaligus ANAK PEREMPUAN Harun….Mengapa tidak jadikan kesalahan dalam hal ini???.
Bila Ibu Jesus Christ pbuh – Maryam dalam Quran disebut sebagai SAUDARA PEREMPUAN Harun dianggap kesalahan kerana menurut Kristian,Maryam saudara perempuan Harun tidak pernah mempunyai anak bernama Jesus dan Maryam sendiri tidak pernah hidup sezaman dengan Jesus. Jadi mengapa kristian tidak kritik Gospel of Luke yang menyatakan bahawa Maryam ibu Jesus – saudara perempuan Elisabet yang disebut sebagai ANAK PEREMPUAN HARUN???…Bukankah maklumat tentang Maryam sebagai SAUDARA PEREMPUAN HARUN lebih tepat dibanding panggilan Maryam sebagai ANAK PEREMPUAN HARUN????….Jadi,anda nafikan Maryam saudara Harun dalam Quran,maka anda harus juga nafikan Maryam Anak Perempuan Harun dalam Gospel of Luke 1:5-36.
03 – Dalam Matthew 1:1 dikatakan bahawa Jesus adalah “anak Daud anak Abraham”,apakah Jesus Christ pbuh adalah anak kandung Daud???
Tapi saya faham,pasti ada Kristian berhujah bahawa Jesus dari keturunan Daud.. Ok baik…saya setuju bahawa Jesus Christ dari keturunan Daud dari keturunan Judah tetapi Jesus Christ juga dari keturunan Harun..untuk pengetahuan Kristian,Jesus Christ pbuh adalah keturunan Lewi kerana :
– Maryam adalah saudara Elisheva (Elisabeth). Ini kerana salasilah Jesus Christ adalah genetik dari Maryam disebabkan baginda tidak memiliki ayah. Jadi Joseph tidak boleh dijadikan sebagai genealogy Jesus disebabkan Joseph BUKANLAH ayah kandung Jesus Christ pbuh.
– Ha Mashiach Haqohen (Messiah sang Imam) kebanyakan dari keturunan Lewi (Number 3:3)
– Tuhan bersumpah kepada keturunan Jehoiachin bahawa tidak akan mempunyai anak yang memiliki takhta Daud (Jeremiah 22:30 dan Jeremiah 36:30). Jadi jika ingin katakan Jesus Christ dari keturunan Judah SEPENUHNYA (Maryam dari Solomon dan Joseph dari Nathan),maka telah bercanggah dengan ayat Bible ini kerana genealogy Jehoiachin dari keturunan Judah. Walau ada sebahagian salasilah Jesus Christ dalam keturunan Judah,tetapi bukan melalui darah keturunan Shealtiel bin Zerubabel bin Jehoiachin.
– Daud sebelum wafat,menyatakan keturunannya lahir orang yang diurapi dari keturunan yang diangkat tinggi (2 Samuel 23:1)
– Jeremiah 33:15 dan Jeremiah 23:5 mengatakan bahawa Tuhan akan menumbuhkan ‘Tunas’ adil bagi Daud yang mana Tuhan memberikan keturunan yang baik dari keturunan Daud. Jadi ini selaras dengan Number 3:3 yang mana kebanyakan ‘tunas yang adil’ dari keturunan Lewi.
Jadi menurut dalil-dalil dalam Bible,pasti keturunan Jesus (melalui Maryam) adalah keturunan yang baik iaitu keturunan Lewi. Berikut adalah salasilah Jesus Christ pbuh yang benar :
Eesa M’sheeka bin Maryam binti Imran bin John Hyrcanus I bin Simon Maccabaeus bin Mattathias bin (son of John) bin John bin Simeon bin Hasmonaeus bin (son of Onias II) bin Onias II bin Simon ‘the Just’ bin Onias I bin Juddual bin Johanan bin Joiadah bin Eliashib bin Joachim bin Joshuah bin Josedech bin Seraiah bin Azariah bin Hilkial bin Azariah bin Zadok (II) bin Meraioth bin Ahitub (II) bin Amariah bin Azariah bin Johanon bin Azariah bin Ahimaaz bin Zadok bin Ahitub bin Amariah bin Meraioth bin Zerahiah bin Uzzi bin Bukki bin Abishuah bin Phineas bin Eleazar bin HARUN bin Imran bin Quhas bin LEWI bin YAAKUB bin YITZHAK (ISAAC) bin AVRAHAM.
Eesa M’sheeka bin Maryam binti Imran juga merupakan keturunan dari DAUD iaitu melalui ibu Azariah (isteri Ahimaaz bin Zadok bin Ahitub) yang bernama Besonea binti SULAIMAN bin DAUD bin Jesse bin Obed bin Boaz bin Salmon bin Nahshon bin Aminadab bin Ram bin Hezron bin Perez bin Judah bin YAAKUB bin YITZHAK (ISAAC) bin AVRAHAM.
Jadi keturunan Jesus Christ pbuh berasal dari dua cabang iaitu Lewi dan Judah BUKAN keturunan Judah sepenuhnya.
04 – Dalam Matthew 3:7 dan Luke 3:7,John The Baptist memanggil orang Judah dari golongan Farisi dan Saduki adalah keturunan Ular Beludak. Bahkan Jesus Christ juga memanggil Judah dari golongan Farisi dan Saduki adalah keturunan Ular Beludak (Matthew 12:34 dan Matthew 23:33). Saya ingin bertanya,
– Apakah benar orang Judah golongan Farisi dan Saduki adalah dari keturunan Ular???
05 – Maryam ibu Jesus Christ pbuh memiliki hampir sama nama dengan adik Musa pbuh iaitu Miryam. Jika ini Kristian anggap sebagai suatu kesalahan,maka Kristian juga akui kesalahan Bible seperti berikut :
“Inilah riwayat keturunan Yakub. Yusuf, tatkala berumur tujuh belas tahun–jadi masih muda–biasa menggembalakan kambing domba….”
[Genesis 37:2]
bandingkan,
“Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria….”
[Matthew 1:16]
Soalan :
– apakah Yusuf suami Maria (Matthew 1:16) adalah orang yang sama dengan apa yang tertulis dalam Genesis 37:2???
NO.4 – BUKTI JESUS TIDAK DISALIB DAN BUKTI JUDAS DIGANTIKAN DI PENYALIBAN
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Dan disebabkan dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”.Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi orang yang mereka bunuh itu seperti Isa.Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham mengenai Nabi Isa,sebenarnya mereka berada dalam keadaan keraguan tentang menentukan pembunuhannya. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.”
[An-Nisaa’ 4:157]
Quran sebagai kitabullah terakhir datang sebagai SIGNS (TANDA) BUKAN sebagai SCIENCE (PENGETAHUAN). Jika Quran datang sebagai SCIENCE,maka Quran akan menjadi setinggi menara kerana Quran menjelaskan segala ilmu pengetahuan dan maklumat dalam kehidupan….Pastinya Google tidak diperlukan lagi.Jika Quran datang sebagai SCIENCE,maka Quran harus datang/diturunkan sebagai Kitabullah Terawal lagi kerana sesuai pengembangan era ketamadunan peradaban manusia dalam permulaan kehidupan…….namun Quran datang sebagai Kitabullah Terakhir. Cukup disampaikan secara SIGNS,maka peranan kita sebagai manusia mencari dan mengkajinya dengan berpandukan “Tanda” (Hint) yang dinyatakan dalam Quran. Ayat Quran di atas menjelaskan bahawa Jesus Christ pbuh Alaihissalam Ibni Maryam TIDAK DISALIB DAN TIDAK DIBUNUH. Tetapi telah diselamatkan oleh Allah dengan menggantikan “seseorang” di tiang salib dalam penyerupaan….cukup diisitu Quran menyatakannya dengan memberikan “SIGNAL”. Jadi,bagaimana kita ingin mengolahkan “SIGNAL” tersebut???
Secara dasar,saya menjawabnya,
“yang diserupakan oleh Allah menggantikan Jesus Christ pbuh dalam Penyaliban ialah JUDAS ISKARIOT.”
Apa buktinya Judas Iskariot disalib???…..dimana dalilnya???……saya jawab semuanya bahawa buktinya ada dalam Bible anda sendiri :
01 – Bagaimana Judas Iskariot mati???
“Yudas melempar wang itu ke dalam Rumah Tuhan lalu meninggalkan mereka. Kemudian dia pergi menggantung diri.” [Matthew 27:5]
Bercanggah dengan:
“Yudas membeli sebidang tanah dengan upah yang diterimanya kerana melakukan perbuatan jahat. Di situ dia jatuh lalu mati; perutnya terbelah dan isi perutnya terburai.”
[Act 1:18]
Anda perlu ketahui bahawa,Bible anda tidak memiliki Asbabun Nuzul yang mana menjadi sesebuah penyambung dan penjelasan penceritaan dalam sebab turunnya sesuatu ayat…..Matthew,Mark dan Luke adalah Synoptic Gospel dan ketiga-tiga gospels ini memiliki Isnad. Namun dalam kisah kematian Judas,hanya Matthew sahaja yang diceritakan tanpa sokongan rantaian dari Mark dan Luke. Ini bermakna,cerita tersebut tidak kuat dasarnya bahkan bercanggah dengan “Gospel of Luke II” (Book of Act) bab 1 ayat 18. Bible yang dianggap akui rasmi sebagai Firman Tuhan oleh pihak Gereja memiliki percanggahan dan percanggahan ini adalah salah satu dari 408/858 percanggahan Bible yang kekal tidak terbantah. Saya memahami ada sebahagian pihak Apologetic Kristian mencuba menjawabnya tetapi masih TIDAK SECARA MUTLAK. Maka point satu ini menjadi langkah pertama bahawa yang disalib sebenarnya adalah Judas Iskariot.
02 – Secara literal,memang tidak ada namun penubuatannya ada dicatatkan dalam Perjanjian Lama anda mengenai hal tersebut….Disini terang jelas bahawa Judas yang disalibkan dalam nubuat Judas dalam PL :
“Bahkan sahabat karibku yang kupercayai, yang makan rotiku, telah mengangkat tumitnya terhadap aku.”
[Psalm 41:9]
ayat nubuat pengkhianat itu dihubungkan dengan ayat ini :
“Bukan tentang kamu semua Aku berkata. Aku tahu, siapa yang telah Kupilih. Tetapi haruslah genap nas ini: Orang yang makan roti-Ku, telah mengangkat tumitnya terhadap Aku.”
[John 13:18]
Maksud dari “MENGANGKAT TUMIT” tersebut adalah suatu penderhakaan atau sebuah penghianatan….Dan telah tergenapi disini :
“Maka datanglah Yudas juga ke situ dengan sepasukan prajurit dan penjaga-penjaga Bait Allah yang disuruh oleh imam-imam kepala dan orang-orang Farisi lengkap dengan lentera, suluh dan senjata.”
[John 18:3]
Mari kita baca pula Proverb bab 21 ayat 1-18,
“Orang fasik dipakai sebagai tebusan bagi orang benar, dan pengkhianat sebagai ganti orang jujur.”
[Proverbs 21:18]
bandingkan dengan ayat :
“sebab TUHAN mencintai hukum, dan Ia tidak meninggalkan orang-orang yang dikasihi-Nya. Sampai selama-lamanya mereka akan terpelihara, tetapi anak cucu orang-orang fasik akan dilenyapkan.”
[Psalm 37:28]
“Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: “Eli, Eli, lama sabakhtani?”* Artinya: /Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?”
[Matthew 27:46]
“Pengkhianat sebagai ganti orang yang jujur”. Ini bermakna bahawa nubuat penyaliban adalah gagal kerana Tuhan tidak akan tinggalkan orang yang dikasihinya (Jesus dikasihi dalam John 3:16). Jadi point untuk mengatakan Judas Iskariot Si Pengkhianat adalah disalib kerana dia tidak diberkati kasihi….Jadi,pilihlah :
(A) Jika anda yakini yang disalibkan adalah Jesus,maknanya nubuat penyaliban dalam Psalm 37:28 bercanggah dengan Matthew 27:46
(B) Jika anda ragu2 mengenai penyaliban Jesus dan tahu hakikat Judas Iskariot,maknanya Psalm 37:28 serasi dengan Matthew 27:46 ditambah lagi sokongan dalam Proverb 21:18.
03 – Mari kita baca ayat seterusnya :
“Kemudian ia membawa Yesus ke Yerusalem dan menempatkan Dia di bumbungan Bait Allah, lalu berkata kepada-Nya: “Jika Engkau Anak Allah, jatuhkanlah diri-Mu dari sini ke bawah,sebab ada tertulis: Mengenai Engkau, Ia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya untuk melindungi Engkau,dan mereka akan menatang Engkau di atas tangannya, supaya kaki-Mu jangan terantuk kepada batu.”Yesus menjawabnya, kata-Nya: “Ada firman: Jangan engkau mencobai Tuhan, Allahmu!”
[Luke 4:9-12]
“Kemudian Iblis membawa-Nya ke Kota Suci dan menempatkan Dia di bubungan Bait Allah,lalu berkata kepada-Nya: “Jika Engkau Anak Allah, jatuhkanlah diri-Mu ke bawah, sebab ada tertulis: Mengenai Engkau Ia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya dan mereka akan menatang Engkau di atas tangannya, supaya kaki-Mu jangan terantuk kepada batu.”Yesus berkata kepadanya: “Ada pula tertulis: Janganlah engkau mencobai Tuhan, Allahmu!”Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya,dan berkata kepada-Nya: “Semua itu akan kuberikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.”Maka berkatalah Yesus kepadanya: “Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!”
[Matthew 4:5-10]
Terdapat beberapa point untuk melihat di dalam ayat ini:
1- Bagaimana syaitan menyebut nubuatan dalam Psalm bab 91 mengenai perlindungan dan pencegahan Jesus dari sebarang ancaman.
2- Bagaimana Jesus mengesahkan dalam Psalm 91 sememangnya bercakap mengenai baginda sendiri dengan mengatakan “Kitab Suci juga berkata …” (Luke 4:12 dan Matthew 4:7).
3- Mari kita baca Psalm 91:1-16 (perhatikan ayat 10-16)
“malapetaka tidak akan menimpa kamu, dan tulah tidak akan mendekat kepada kemahmu,sebab malaikat-malaikat-Nya akan diperintahkan-Nya kepadamu untuk menjaga engkau di segala jalanmu.Mereka akan menatang engkau di atas tangannya, supaya kakimu jangan terantuk kepada batu.Singa dan ular tedung akan kau langkahi, engkau akan menginjak anak singa dan ular naga.”Sungguh, hatinya melekat kepada-Ku, maka Aku akan meluputkannya, Aku akan membentenginya, sebab ia mengenal nama-Ku.Bila ia berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab, Aku akan menyertai dia dalam kesesakan, Aku akan meluputkannya dan memuliakannya.Dengan panjang umur akan Kukenyangkan dia, dan akan Kuperlihatkan kepadanya keselamatan dari pada-Ku.”
[Psalm 91:10-16]
Dalam Psalm 91: 11-16 dengan jelas dan tidak terbantah sekaligus menyokong Quran surah An-Nisa 4:157 bahawa Jesus tidak disalibkan dan tidak dibangkitkan dan dia dilindungi dan diangkat oleh Allah. Dalam Perjanjian Baru juga sekali lagi, mengesahkan bahawa Psalm 91 adalah merujuk kepada Jesus Christ pbuh :
– Allah akan mendengar tangisan baginda (Psalm 91:15) dan akan menyelamatkan dia (Psalm 91: 3).
– Allah akan melindungi dia dengan perlindungan-Nya (Psalm 91: 4).
– Jesus kemudian tidak mempunyai rasa khuatir kepada-Nya (Psalm 91: 5).
– Jesus akan melihat dengan mata sendiri azab orang-orang yang disalibkan (Psalm 91: 8).
– Tiada bahaya atau bencana walaupun akan datang berhampiran Jesus (Psalm 91:10 – Jadi jika Jesus disalib,maka ianya bercanggah kerana Jesus dipukul dan memikul salib sebelum penyaliban)
– Allah akan menurunkan malaikat untuk melindunginya dan mengangkat dia (Psalm 91:11-14).
– panggilan Jesus akan didengar dan dia akan dihantar dan dihormati (Psalm 91:15).
– Jesus ditunda umurnya (minal munzharin) dan turun kali kedua bukti bahawa dia diselamatkan oleh Allah (Psalm 91:16)
Doa Jesus Christ pbuh yang meminta keselamatan juga dinubuatkan dalam Psalm 22:20-21. Jesus telah berdoa penuh dengan hikmat dalam mengharapkan pertolongan Allah. Jika anda bertanya,apakah doa Jesus telah dikabulkan???..mari kita baca Hebrew 5:7 :
“Dalam hidupNya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada DIA, yang sanggup menyelamatkanNya dari maut, dan karena kesalehanNya Ia telah didengarkan.”
[Hebrew 5:7]
– Ayat ini telah cukup menjelaskan bahawa doa Jesus dikabulkan oleh Allah yang mana Jesus berdoa penuh dengan tangisan dan keluhan untuk diselamatkan dari maut.
Jadi Jelas Jesus Christ pbuh diselamatkan oleh Allah Azza’Wa’Jalla dari penyaliban!
RUMUSAN
– Quran adalah benar.
– Jesus lahir di bawah pohon Tamar dikawasan Bethlehem.
– Ukhta Harun merujuk kepada saudara orang-orang beriman dan Maryam juga dari keturunan Lewi (bersama Nabi Harun pbuh)
– Jesus diselamatkan oleh Allah dan Judas Iskariot digantikan dalam penyaliban.
KESIMPULAN
Quran TIDAK ADA kesalahan WALAU SEINCI. Yang salah adalah kedegilan missionaries dari mengkaji kebenaran.
Dr.Zakir Naik memberi pesan :
“Follow Jesus NOT The Church”
pesan Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]