بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pihak Anti-Islam dari kalangan Apologetics/Cybertroopers dan Missionaries Christianity mengatakan seperti berikut,
“Uthman Ibn Affan telah mengubah Al-Quran. Kitab Quran Rasm Uthmani yg ada sekarang ini telah di edit dan ditulis serta disusun semula kemudian dijilidkan menjadi SEBUAH KITAB QURAN yang SERAGAM isi kandungannya oleh Khalifah Uthman Bin Affan dalam bahasa Arab Quraisy.Bukankah kerana tindakan Uthman Affan ini, maka ketulinan Wahyu yg diterima oleh Muhammad itu telah dipesongkan.”
Sebabnya adalah:-
1). Muhammad adalah BUTA HURUF (TIDAK TAHU MEMBACA).
2). Wahyu yg diterima oleh Muhammad itu ditulis oleh pihak ke tiga pada manuskrip yg terdiri dari Kulit Binatang dan Papan Tulis dari Pelapa Pokok Kurma.
3). Ada yg cuma MENGHAFAL ayat2 Quran itu dari apa yg mereka dengar dari mulut nabi sendiri, diperturunkan kemudiannya secara lisan dari mulut ke mulu si penghafalnya.
4). Kebolehan Khalifah Uthman Affan dari segi penguasaan bahasa dalam usahanya menterjemah maksud loghat Arab yg bermacam-macam itu ke bahasa Arab Quraisy yg standred.
Missionaries berkata lagi,
“Uthman Ibn Affan menjadi penyebab Quran caca merbah. Quran tidak disusun mengikut acuan urutan yang betul….sekejap kisah Jesus Christ dalam surah Maryam…sekejap lagi ada kisah Jesus dalam surah An-Nisa…sekejap lagi kisah Jesus diceritakan dalam surah Al-Mukminuun dan lain-lain lagi kesalahan yang kelihatan caca-merbah.”
MAB Response :
Alangkah indahnya jika Kristian belajar mengkaji sejarah penulisan Quran dan Quran Orthography dari sumber yang betul. Tapi tidak mengapa,disini saya berikan pencerahan sekaligus meruntuhkan fitnah mereka….berikut adalah jawapan saya :
01 – Uthman Ibn Affan R.A bukan mengubah ayat2 Quran dengan menyalin semula Quran. Ayat-ayat Quran asalnya tidak memiliki Fathah,Kasra dan Dhammah. Dan kemudian Uthman Ibn Affan R.A meletakkan semua itu ketika menyalin Quran dalam Mushaf Rasm Uthmani seperti yang kita lihat sekarang. Boleh saja Uthman Ibn Affan tidak meletakkan semua itu namun sekiranya beliau tidak letakkan bacaan Hukum Tanwin tersebut,hanya orang Arab sahaja boleh baca. Makanya sebab itu beliau letakkan hukum bacaan tersebut agar orang-orang Ajam (Non-Arab) dapat membaca Quran sebab Quran untuk seluruh manusia. Maknanya,disitu bukan bermaksud Quran tidak lengkap ATAU kena edit oleh Uthman Ibn Affan R.A tetapi memberi kemudahan agar dapat dibaca. Ada atau Tanpa Hukum Bacaan,Quran boleh dibaca dengan 07 Ahruf,07 Qiraat dan 26 Dialect. Jadi bukan satu kesalahan bila orang Morroco baca Quran dengan nada Warsh,orang Africa baca Quran dengan nada Douri,orang Azerbaijan baca dengan nada Qalun dan orang Saudi baca dengan nada Hafsh. Jadi jangan hairan jika orang Morroco menyebut “Sabi’un” dan orang Sudan menyebut “As-Sabi’in”. Itu bukanlah kesalahan Grammatical tapi itulah tatabahasa Quran mengikut Ahruf dan Qiraat. Ini bertujuan agar 26 dialect Arabic dapat digunakan dalam pembacaan Quran….
Semua empat (04) sebab yang dinyatakan oleh missionaries itu (seperti di atas) BUKAN satu masalah kerana :
01 – Muhammad SAW memang asalnya buta huruf namun orang yang buta huruf hanya tidak tahu menulis BUKAN tidak pandai mengikut apa yang dibacakan/sampaikan. Jadi apa yang disampaikan mampu mengikut secara bulat2 dari apa yang disampaikan.
02 – Pada mula penulisan Quran,para sahabah Nabi menulis di atas tulang-tulang binatang,papan,kulit binatang dan daun pelapa kurma kerana masa itu tidak ada kertas. Dan semasa di era pemerintahan Khalifa Abu Bakr As-Siddiq R.A,Quran telah dikumpulkan dan dibukukan yang mana disimpan oleh Hafsah Bint Umar. Jadi penjagaan Quran dari perubahan terjaga rapi sehingga kini…
03 – 68.6% dari 1.8 Billion muslim kini yang tidak pernah menemui Muhammad SAW mampu menghafal Quran dan khatam Quran apatah lagi para sahabah yang berdepan dengan Nabi Muhammad SAW yang mana menerima dan mengaji Quran secara langsung. Maka tidak menjadi permasalahan dalam perubahan Quran.
04 – Kelebihan Uthman Ibn Affan menjadikan lagi Quran lebih mudah dibaca oleh Ajam (Non-Arab) bahkan sistem pembacaan Quran diselaraskan. Jadi sebab ini tidak menjadi masalah.
Missionaries berkata lagi,
“Uthman Ibn Affan menjadi penyebab Quran caca merbah…Quran tidak disusun mengikut acuan urutan yang betul….sekejap kisah Jesus dalam surah Maryam..sekejap lagi ada kisah Jesus dalam surah An-Nisa…sekejap lagi kisah Jesus diceritakan dalam surah Al-Mukminuun dan lain-lain lagi kesalahan yang kelihatan caca-merbah.”
Jawapan :
Tugas Uthman Ibn Affan R.A hanya menyalin kembali dalam satu mushaf (membukukan Quran) dan meletakkan hukum bacaan – fathah,kasra dan dhammah agar orang Ajam (Non-Arab) dapat membaca Quran…yang memerintahkan “ayat ini letakkan disini” dan “ayat ini letakkan disitu” adalah Nabi Muhammad SAW sendiri (Tauqify – Sahih Al-Bukhari,Abu Dawud,Tirmidzi,Nasai dan Ahmad No.1/57) BUKAN Uthman Ibn Affan R.A.
Tujuan Nabi Muhammad SAW memerintahkan penyusunan ayat Quran demikian ada hikmah tertentu sesuai dengan Quran sebagai mukjizat agung..Salah satu hikmah kita dapati bila disusun demikian,akan menemui mukjizat Mathematik (Mathemathical miralces of Quranic) :
– http://www.answering-christianity.com/fakir60/index.html
Satu soalan saya,
– Jika Quran disusun mengikut acuan kebiasaan pembukuan urutan A-Z,apa bezanya kitab suci Al-Quran’ul Kareem dengan buku-buku dan novel-novel karangan manusia???
dan saya tambahkan lagi dua (02) soalan disini :
01 – Ancient Hebrew atau dipanggil Classical Hebrew asalnya tidak ada Hukum Tanwin. Sama seperti Semetic Arabic (Classical Arabic) yang menjadi asal tulisan Quranic Arabic,tiga bahasa (termasuk Aramaic) ini memiliki huruf yang dipanggil sebagai “Huruf Mati”. Ancient Hebrew atau dipanggil Paleo Hebrew ini hanya Israel Kuno sahaja yang mampu baca. Itu pun ada dua jenis iaitu Samaritan Hebrew dan Masoretic Hebrew. Ada jenis yang ketiga dipanggil Mishnaic Hebrew (Amoraic style) tetapi bahasa ini khusus digunakan untuk penulisan kitab Rabbinic seperti Talmudh,Mithna dan Midrash sahaja. Dua jenis ini pun suda saling kelihatan berbeza. Akibat dari kepentingan masing-masing bahasa Hebrew yang berbeza ditulis dalam kitab suci,TNKH (Bible Hebrew) dan Old Testament Bible Christian mengalami kesalahan Grammatical. Disini saya bagi dua contoh sahaja :
– dalam Torah Masoretic kitab Genesis 22:2 menyebut Amoria manakala dalam Torah Samaritan kitab Genesis 22:2 menyebut Amore. Amore dan Amoria berbeza. Amoria terletak di Jerussalem manakala Amore terletak di Nablus. Perselisihan dengan huruf Yodh’ sahaja suda cukup mengubah makna. Sebab itu mengapa dalam John 4:21,wanita bertanya kepada Jesus gunung mana harus mereka jadikan sebagai kiblat sebab wanita itu tahu bahawa ada perbezaan antara Torah Masoretic dengan Torah Samaritan. Dalam Teks Samaritan merujuk sebagai Gunung Gerizim manakala Masoretic merujuk sebagai Gunung Ebal. Saya ingin bertanya,antara kedua kitab Torah (Masoretic dan Samaritan) yang menggunakan dua bahasa Hebrew yang berbeza,mana satu rujukan ayat Genesis 22:2 yang benar???
02 – Bahasa Greek asalnya ada tiga jenis iaitu Classical Greek dan Koine Greek serta Medieval Greek. Classical Greek ada tiga (03) jenis iaitu Proto Greek,Ancient Greek dan Mycenaean Greek. Koine Greek atau dipanggil juga sebagai Helenistic Greek pun suda berbeza dengan Classical Greek tetapi memiliki sedikit persamaan dengan Medieval Greek. Kini,wujudnya Standard Greek atau Modern Greek agar 17 juta pengguna Greek dari Greece dan lima (05) negara berdekatan dapat bertutur antara satu sama lain. Saya bertanya,mengapa New Testament dalam Bible memakai Koine Greek sedang Jesus Christ pbuh tidak pernah bertutur Koine Greek walau bahasa antarabangsa ketika era nubuwwah baginda adalah Koine Greek???
KESIMPULAN
Dari Muhammad SAW sehingga kini,Quran’ul-Kareem TIDAK MENGALAMI KESALAHAN WALAU SEINCI baik dari bahasa mahupun penyalinan.
Islam agama yang benar….pesan Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
“Itulah sebabnya aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; kerana sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.”
[Matthew 13:13]
pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
Allah Azza’Wa’Jalla berfirman :
“Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).”
[Al-Baqarah 2:18]
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]