Reading Time: 17 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Adakah Yesus seorang Muslim?” pada 03hb May 2019. Artikel dari beliau itu boleh dilihat disini :
– http://sabdaharian.com/adakah-yesus-seorang-muslim/

Sebelum saya menjawab artikel Sabda Harian,ingin saya maklumkan bahawa saya berikan 20 bukti Jesus adalah seorang muslim sekaligus jawapan saya tersebut meruntuhkan semua hujah missionaries yang mengatakan “Jesus bukan seorang muslim”. Jawapan saya tersebut boleh dirujuk disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-20-bukti-jesus-bukan-seorang-muslim/

Secara ringkas saya jelaskan disini :
Jesus sendiri menyokong hujah fakta muslim bahkan baginda (Jesus) sendiri dan Hawariyyun adalah muslim dalam Luke 6:40. “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli. Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2

*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29

*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35

*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19

Disini saya akan jawab kenyataan dari pengarang Sabda Harian yang mana beliau hujahkan beberapa point untuk menunjukkan bahawa “Jesus bukan seorang muslim”. Semua hujah beliau saya akan runtuhkan satu persatu sekaligus membuktikan Jesus adalah seorang muslim secara mutlak. Semoga bermanfaat~

SH berkata,
Lewat ini terdapat dakwaan bahawa Yesus (Isa Al-Masih) itu seorang Muslim. Ini kerana Yesus tidak makan babi (Imamat 11:7), Dia bersalam dengan orang (Yohanes 20:21), Dia berdoa dengan kepala-Nya menyentuh bumi (Matius 26:39), Dia seorang nabi (Matius 21:11), serta mengamalkan puasa (Matius 4:2). Pokoknya, adakah mengikuti semua amalan tersebut terus menjadikan seseorang itu Muslim? Marilah kita lihat dakwaan bahawa Yesus itu seorang Muslim memang munasabah atau tidak.

MAB response :
01 – Muhammad SAW BUKAN pengasas Islam tetapi baginda adalah Penyempurna syariat agama Allah iaitu Islam. Maka sebab itu mengapa Muhammad SAW digelar sebagai “Khatam’ul Anbiya” (Al-Ahzaab 33:40).

02 – Islam datang BUKAN 1400 tahun lalu. Allah selaku Maha Pencipta mencipta Satu Agama sahaja iaitu ISLAM (Ali-Imran 3:19 dan Asy-Syu’araa’ 42: 13). Asas utama Ad-Deen dari Tuhan ialah bahawasanya Tuhan itu Maha Esa dan ajaran ini disampaikan mengikut Nubuwwah setiap Utusan-Nya pada setiap kaum dan zaman (Al-Hajj 22:60-67). Jadi dari Adam pbuh sehingga Muhammad SAW adalah muslim termasuk Musa pbuh dan Jesus Christ pbuh juga adalah muslim (Al-Baqarah 2:131-133,Ali-Imran 3:52-67,Yunus 10:72,Yunus 10:84,An-Naml 27:30-31 dan Az-Zariyat 51:36). Bahkan Jesus Christ pbuh dan Hawariyyun akui bahawa mereka adalah muslim (Luke 6:40).

03 – Muhammad SAW mengatakan semua Nabi adalah muslim :
“…Para nabi itu adalah saudara seayah dan ibu mereka berlainan serta agama mereka adalah satu.”
[Hadith Sahih Bukhari No.3443 dan Muslim No.2365]

04 – Tidak ada dalam TNKH menyebut Judah adalah nama agama,tidak ada dalam Bible menyebut Christian adalah nama agama,tidak ada dalam semua kitab Buddha menyebut Buddhisme adalah nama agama dan tidak ada kitab Hindu (Shruti dan Smriti) menyebut Hinduisme adalah nama agama. Serta tidak ada mana-mana kitab sekalipun menyebut mana-mana nama agama Aryan dalam kitab mereka masing. Namun Islam satu-satunya agama yang disebut dalam Quran sebagai nama agama dan agama para Nabi terdahulu.

05 – Dari istilah Kamus Oxford menyatakan bahawa Religion (agama) bermaksud tata-kepercayaan terhadap Entiti Yang Maha Kuasa iaitu Tuhan. Secara konsepnya,agama adalah sebuah Sistem Pengaturan bermula dari dasar kepercayaan antara manusia dengan tuhan kepada corak budaya,tatasusila masyarakat,akhlak dan hukum terhadap kehidupan dalam membentuk ketamadunan peradaban manusia menjadi lebih sempurna dan teratur BUKAN pemikiran falsafah. Dalam Islam,ianya dipanggil Ad-Deen (Jalan Hidup) ATAU Millah…

Millah ATAU Ad-Deen ATAU Religion adalah umpama seperti sebuah “Perpustakaan” yang mana dalamnya terdapat segudang buku dan setiap perkara atau bidang dalam kehidupan manusia adalah umpama seperti buku-buku tersebut. Maka sebab itu Islam mengajar dari asas bermula Aqeedah Tauhid hinggalah hal masuk Liang Lahad.

06 – Perkataan “agama” berasal dari Sanskrit iaitu dari kata akar kerja “gama” yang bermaksud “pergi” dan “a” bermaksud “ke arah” merujuk kepada kitab-kitab sebagai “apa yang telah diturunkan”. Ini secara konsepnya membawa maksud “pembawaan bagaimana mencapai kehidupan yang lebih baik”…dan seperti saya kata di atas tadi,ini synonym dengan Ad-Deen yang bermaksud “Jalan Hidup” ATAU Millah.

“Agama” difahami secara zahir sebagai “tradisi” kerana ianya dilakukan sebagai amalan atau adat berkekalan terus-menerus sebagai peraturan dalam peradaban manusia. Maknanya apa yang tuhan turunkan itu adalah Jalan Hidup untuk manusia bermula dari mulanya tamadun peradaban manusia sebagai peraturan yang harus di amalkan sehingga menjadi tradisi.

Jadi apa yang Jesus Christ pbuh ajarkan adalah ajaran Islam kerana Tuhan turunkan satu Jalan Hidup kepada para Utusan-Nya yang ramai untuk di ajarkan kepada umat manusia,itulah dinamakan Islam.

“satu aqeedah bersama satu syahadah dalam satu agama dari tuhan yang satu”

SH berkata,
Yesus seorang Muslim kerana….

…Dia tidak makan babi

Seluruh bangsa Yahudi pada waktu itu tidak makan babi mengikut hukum Taurat yang diberi oleh Allah. Babi adalah salah satu binatang yang haram kerana pada waktu hal-ehwal pemakanan dalam hukum Taurat diberi, ia sebahagian daripada Perjanjian Lama di antara Allah dengan umat-Nya. Yesus mengikuti hukum Taurat bukan kerana Dia seorang Muslim, tetapi Dia ingin menghormati kalangan-kalangan Yahudi yang Dia mengajar. Mengikuti budaya (tanpa bercanggah dengan Firman Tuhan) untuk mendekati seseorang bukan salah, malah adalah cara yang paling sesuai. Justeru itu, Yesus juga mengajar orang ramai bahawa “Tiada sesuatu pun dari luar yang masuk ke dalam seseorang, dapat menajiskan dia. Sebaliknya, apa yang keluar daripada seseorang menajiskan dia” (Markus 7:15).

Perjanjian Baru juga tunjuk dengan jelas bahawa semua hukum hal-ehwal pemakanan tidak lagi berkuatkuasa. Salah satu contoh yang sangat ketara adalah penglihatan Petrus di dalam Kisah Para Rasul 10:9-16, di mana Petrus diperintah oleh Allah sendiri supaya tidak menolak makanan yang dahulu dianggap sebagai najis atau haram. Selain daripada itu, rasul Paulus juga menyatakan bahawa “Segala sesuatu yang sudah diciptakan oleh Allah itu baik. Tiada satu pun yang harus ditolak. Terimalah segala-galanya dengan mengucap syukur kepada-Nya…” (1 Timotius 4:4).

Alkitab juga jelas menyatakan bahawa “…Pemerintahan Allah bukanlah soal makanan atau minuman, tetapi kerelaan melakukan kehendak Allah” (Roma 14:17). Seseorang hanya boleh berdosa dalam hal-ehwal pemakanan secara membazir atau gelojoh. Tambahan pula, adakah semua orang yang mengamalkan diet vegetarian juga Muslim kerana dia tidak makan babi, mahupun daging?

Jadi, Yesus BUKAN seorang Muslim kerana Dia tidak memakan babi.

MAB response :
01 – Seperti saya katakan mula-mula tadi bahawa Allah turunkan satu agama iaitu Islam (Ali-Imran 3:19 dan Asy-Syu’araa’ 42: 13). Ringkasnya,Tuhan yang satu turunkan satu agama sahaja. Jadi apa yang Jesus ajarkan adalah ajaran Islam. Jesus Christ pbuh tidak makan khinzir menunjukkan bahawa Jesus ikuti ajaran Islam kerana hanya Islam yang Allah turunkan sebagai Jalan Hidup kepada manusia.

02 – Matius 15:11 dan Mark 7:15 mengatakan Babi boleh dimakan???..ok baik….Mari kita bercerita secara konteks. Matthew 15:11 (konteks ayat dari 1-20) dan Mark 7:15 (konteks dari ayat 1 hingga 23) tidak bercanggah apa yang Jesus katakan dalam matthew 5:17-20 dan Matthew 19:16-17. Saya ambil konteks dari Isnad Matthew bab 15 yang mana apa yang dikatakan dalam Matthew 15:1-39 menceritakan bahawa orang Judah melebihkan ajaran hukum tuhan sehingga menjadi satu tradisi namun pada masa yang sama mengenepikan hukum ajaran tuhan yang lain.

Mereka mempertikai bahawa Jesus tidak menyuci tangannya yang kemudiannya Jesus memberi maklum balas,
“Mengapa kamupun melanggar perintah Allah demi adat istiadat nenek moyangmu?.Sebab Allah berfirman: Hormatilah ayahmu dan ibumu; dan lagi: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya pasti dihukum mati.Tetapi kamu berkata: Barangsiapa berkata kepada bapanya atau kepada ibunya: Apa yang ada padaku yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk persembahan kepada Allah,orang itu tidak wajib lagi menghormati bapanya atau ibunya. Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadatmu sendiri.
[Matius 15:3-6]

Sebab itu mengapa Jesus mengatakan mereka ini adalah orang munafik seperti yang dinubuatkan dalam kitab Isaiah yang mana bangsa Israel melebihkan ajaran yang menjadi tradisi sesuai dengan mereka kononnya ketaatan ke atas tuhan melalui lisan tetapi hakikatnya menolak ajaran Tuhan yang lain (Matthew 15:7-9).

Seterusnya Jesus memanggil orang banyak dan berkata kepada mereka:
“Dengar dan camkanlah: bukan yang masuk ke dalam mulut yang menajiskan orang,melainkan yang keluar dari mulut, itulah yang menajiskan orang.”
[Matthew 15:10-11]

Apa mesej Jesus katakan demikian???…sebenarnya apa yang dimakan oleh seseorang individu tidak melibatkan orang lain terkena kotoran dari hasil yang dimakan tapi apa yang dikeluarkan dari mulut (perbicaraan) seperti melaknat,memaki dan mengutuk menjadi kotoran (mengguriskan hati) kepada orang lain.

Jadi maksud Jesus disitu bukan melibatkan hukum tetapi penjelasan bahawa sesiapa yang makan hasil kotor tidak dibasuh tangan,tidak menyebabkan mudarat kepada orang lain tetapi apa yang keluar dari kata-kata kesat dan keji dari mulut seorang atau sesebuah komuniti itu memberi keburukan orang lain. Jadi,jika dengan gaya bahasa penyampaian tempatan kita,bunyi ayat itu seperti berikut,
“saya makan tidak cuci tangan,saya yang sakit bukan kamu…saya memaki kamu,yang sakit ialah kamu kerana dissebabkan kutukan/kritikan/makian/kekjian dari saya kepada kamu.”

Jadi apa kaitan dengan khinzir dalam ayat ini???…apakah pihak gereja mengajar tafsiran ayat tersebut membolehkan makan babi???…TIDAK SAUDARAKU! Tangan saya tidak cuci tangan,kesannya saya sendiri sakit sebab tangan saya sendiri. Jadi itu maksud kata-kata Jesus.

Babi yang kotor menjadi “rumah segala virus dan penyakit” yang berkeliaran tanpa kawalan melibatkan kemudaratan kepada orang yang memakannya. Makanya mengapa diharamkan oleh tuhan sendiri (Leviticus 11:7-8 dan Deuteronomy 14:8). Sleaku Nabi wa Rasul,apa yang Jesus sampaikan dalam ajaran,tidak bertentangan antara satu sama lain dan dia menggenapi syariat ajaran Musa pbuh agar bani Israel dapat mengikuti ajaran tuhan dengan lebih mudah melalui syariat ajaran Jesus Christ pbuh (Matthew 5:17-20).

Tanpa anda sedari,anda telah mengikuti ajaran Paul yang mengatakan bahawa segala sesuatu itu halal. Paul berkata dalam rekaan suratnya,
“Segala sesuatu halal bagiku,tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku,tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun.”
[1 Corinthians 6 :12]
– Jadi jangan kata anda pengikut Jesus Christ pbuh jika apa yang Jesus ajarkan tidak kamu ikuti.

03 – Berkenaan dengan Acts 10:9-16,ianya berkaitan dengan Acts 11:6-9 dan saya jawab disini untuk berikan pencerahan agar bantu anda dapat memahami Bible anda sendiri. Acts 10:9-16 di fahami dan dijadikan sebagai hujah oleh Kristian bahawa kononnya khinzir boleh dimakan tetapi tidak baca keseluruhan ayat untuk memahami mesej sebenar dari kronology yang disampaikan. Mari kita baca ayat seterusnya (Acts 10:17 dan Acts 10:28) :

“Petrus bertanya-tanya di dalam hatinya, apa kiranya arti penglihatan yang telah dilihatnya itu. Sementara itu telah sampai di muka pintu orang-orang yang disuruh oleh Kornelius dan yang berusaha mengetahui di mana rumah Petrus.”
[Acts 10:17]

“Ia berkata kepada mereka: “Kamu tahu, betapa kerasnya larangan bagi seorang Yahudi untuk bergaul dengan orang-orang yang bukan Yahudi atau masuk ke rumah mereka. Tetapi Allah telah menunjukkan kepadaku, bahwa aku tidak boleh menyebut orang najis atau tidak tahir.”
[Acts 10:28]

Lihat dan bacalah dengan jelas,erti dari penglihatan tersebut sudah dijawab oleh Peter sendiri yang mana Peter sudah mengatakan bahawa makna dari penglihatan itu adalah Allah ternyata tidak membeza-bezakan orang baik Judah maupun Gentiles….Kenapa??? Sebab pada waktu itu, orang-orang Judah menganggap bahawa orang-orang Gentiles itu haram/najis sehingga mereka tidak layak untuk menerima keselamatan.

Namun,Peter ditegur oleh penglihatan tersebut di mana banyak sekali muncul binatang haram dan Peter disuruh menyembelihnya. Malaikat berkata bahawa apa yang sudah dihalalkan oleh Allah tidak boleh engkau nyatakan haram. Maksudnya sudah jelas, Tuhan ingin menegur Peter dan orang-orang Judah lain yang selalu menganggap bangsa-bangsa lain itu haram/ najis. Jadi Tuhan ingin menyampaikan bahawa dia sama sekali tidak boleh menyebut orang najis atau tidak tahir. Inilah erti penglihatan tersebut. Jadi TIDAK ADA disitu dikatakan boleh makan khinzir.

Jika nada bertanya,
– kenapa Tuhan harus memberikan penglihatan dalam rupa binatang-binatang haram kepada Petrus???? Kenapa tidak dalam bentuk penglihatan lain, tetapi menggunakan penglihatan binatang-binatang haram????.

Saya response :
kita harus faham mengenai penafsiran orang-orang Judah pada zaman itu. Tuhan ingin memberikan penglihatan dalam konteks yang difahami oleh orang-orang Judah pada zaman itu. Orang-orang Judah pada zaman itu mempunyai suatu penafsiran bahawa bangsa-bangsa Gentiles mereka identifikan dengan binatang-binatang haram dan najis. Contohnya di dalam Midrash Judah Leviticus Rabbah 13:5 yang mana para rabbi-rabbi Judah menyebut binatang-binatang haram sebagai simbol dari bangsa-bangsa kafir seperti contoh babi mereka simbolkan sebagai Roma,kuda atau Kelinci (juga termasuk binatang haram) mereka simbolkan sebagai orang Greek dan unta mereka simbolkan sebagai orang Babel. Saya bacakan untuk anda :

“Mengenai Leviticus 11:4 unta merujuk kepada orang Babel,Leviticus 11:5 pelanduk mengacu kepada Median,Leviticus 11:6,Kelinci mengacu kepada Yunani dan Leviticus 11:7 Babi mengacu kepada Roma”

Hebrew :
ויקרא יא ד) את הגמל, זו בבל, (ויקרא יא ה), את השפן, זו מדי, (ויקרא יא ו’) את הארנבת, זו יון, (ויקרא יא ז), את החזיר, זו אדום)

(Wayyiqra yod aleph daleth) et haggamal, zu bavel, (wayyiqra yod aleph hey), et hasshaphan, zu madday, (wayyiqra yod aleph waw), et haarnevet, zu yevan, (wayyiqra yod aleph zayin), et hakhazir, zu edom
[Midrash Juda, Leviticus/ Wayyiqra Rabbah 13:5]

Para rabbi Judah sudah menafsir pada zaman itu bangsa-bangsa asing sering di identifikan dengan binatang-binatang haram. Itu sebabnya, adat orang-orang Judah pada zaman itu adalah sebuah kenajisan atau keburukan bagi orang-orang Judah untuk bergaul dengan bangsa Gentiles,apalagi untuk makan semeja dengan bangsa Gentiles….apakah anda suda faham?

Disinilah Tuhan ingin menegur Peter dan orang-orang Judah yang menganut penafsiran seperti ini. Namun,Tuhan juga menegur dengan cara yang difahami oleh orang-orang Judah pada zaman itu, termasuk juga Peter dengan menggunakan juga simbol-simbol atau kiasan bahasa dan konsep yang berlaku di antara orang-orang Judah pada zaman tersebut iaitu dengan menggunakan penglihatan binatang-binatang haram. Itulah sebabnya, Tuhan memberikan penglihatan dalam bentuk penglihatan tentang binatang-binatang haram melalui dalam konteks yang dapat difahami oleh orang-orang Judah pada zaman itu termasuk juga kepada Peter. Maka itu sebabnya Peter terus memahami secara langsung lalu berkata :

dia berkata kepada mereka: “Kamu tahu, betapa kerasnya larangan bagi seorang Yahudi untuk bergaul dengan orang-orang yang bukan Yahudi atau masuk ke rumah mereka. Tetapi Allah telah menunjukkan kepadaku, bahwa aku tidak boleh menyebut orang najis atau tidak tahir.Lalu mulailah Petrus berbicara, katanya: “Sesungguhnya aku telah mengerti, bahwa Allah tidak membedakan orang.Setiap orang dari bangsa manapun yang takut akan Dia dan yang mengamalkan kebenaran berkenan kepada-Nya.”
[Acts 10:28-35]

Jadi terang jelas bahawa maksud pengllhatan Peter itu adalah bangsa-bangsa lain tidak boleh dinyatakan haram tetapi bangsa-bangsa lain tersebut sudah dihalalkan oleh Allah untuk menerima keselamatan. Bukan maksudnya kita boleh makan babi dan semua binatang lainnya yang dilarang Tuhan dalam Leviticus bab 11 dan Deuteronomy 14. Jika benar itu ayat difahami secara harfiah bodoh ikut fahaman gereja untuk menunjukkan bahawa ayat tersebut membenarkan khinzir boleh dimakan,makanya ada percanggahan dengan ayat lain dari Bible anda sendiri.

JADI JESUS TIDAK MAKAN KHINZIR MENUNJUKKAN SEORANG MUSLIM!

SH berkata,
…Dia bersalam dengan orang

Yesus memang berkata kepada murid-murid-Nya, “Salam sejahtera!” (Yohanes 20:21) apabila Dia menampakkan Diri kepada mereka selepas bangkit dari maut. Di dalam petikan tersebut, Yesus menunjukkan tangan dan rusuk-Nya yang dipaku dan ditombak di atas kayu salib, serta menghembuskan Roh Allah kepada mereka (Yohanes 20:20-22). Ini menunjukkan keilahian Yesus sebagai Tuhan dan Allah, di mana Dia bukan sekadar manusia atau nabi sahaja.

Terdapat banyak contoh lain di mana Yesus tidak mengucapkan “Salam sejahtera!” kepada murid-murid-Nya mahupun orang lain. Di kubur Yesus, Yesus memulakan perbualan dengan Maria yang tengah menangis dengan soalan, “Puan, mengapa menangis?” (Yohanes 20:13). Di dalam perjalanan ke Emaus, Yesus bersama-sama dua murid-Nya berjalan tanpa bersalam pada permulaan perbualan mereka (Lukas 24:17). Sewaktu Yesus menampakkan diri kepada 7 orang pengikut-Nya, Dia tidak menyampaikan salam tetapi menanya soalan disebalik itu (Yohanes 21:5).

Jadi, Yesus BUKAN seorang Muslim hanya kerana Dia bersalam dengan orang.

MAB response :
01 – Seperti saya katakan di atas bahawa Allah turunkan satu agama iaitu Islam (Ali-Imran 3:19 dan Asy-Syu’araa’ 42: 13). Ringkasnya,Tuhan yang satu turunkan satu agama sahaja. Jadi apa yang Jesus ajarkan dari tuhan adalah ajaran Islam. Jesus Christ pbuh memberi salam menunjukkan bahawa Jesus ikuti ajaran Islam kerana hanya Islam yang Allah turunkan sebagai Jalan Hidup kepada manusia dalam nilai kahlak moral.

02 – Jesus Christ pbuh bertutur bahasa Aramaic Syriac (Suryani) yang mana dalam John 20:21 menyebut “Shlamu alaykhu”. Jesus mengajar kepada muridnya untuk mengucapkan salam apabila memasuki rumah (Luke 10:5) dan hal ini sejajar dengan ajaran syairat Muhammad SAW yang mana muslim di ajarkan untuk mengucapkan salam dan “Bismillah” apabila mula memasuki rumah (An-Nur 24:61). “Sejahtera” dalam Hebrew disebut sebagai “shalom” (שלום),dalam Arabic dipanggil “salam” (سلام) dan dalam Aramaic Syriac dipanggil sebagai “shlama” (ܫܠܡܐ or שלמא). Kata akar “Islam” berasal dari “Salam” dan “Silm” yang bermaksud “Sejahtera” ATAU “Berserah diri”. Secara konsepnya,Islam adalah
“Kesejahteraan ke atas orang yang berserah diri kepada Tuhan Yang Satu.”

03 – Dalam konteks John 20:13-15,Jesus dan malaikat tidak memberikan salam terdahulu kepada ibunya kerana mereka melihat ibunya (Maryam) menangis. Jadi tindakan yang wajar ialah bertanyakan soalan “mengapa menangis?” BUKAN terus memberikan salam. Ini kerana salam bermaksud “kesejahteraan ke atas kamu”,apakah logik orang yang tengah berduka tiba-tiba datang orang asing memberikan salam??. Apabila hilangnya duka di hati dari ibu (Maryam),Mary Magdelina dan Hawariyyunnya,maka layak Jesus memberikan salam kepada mereka dalam ayat seterusnya (John 20:19 dan John 20:21).

04 – Berkenaan Luke 24:17,keseluruhan bab 24 dalam Luke diragui ayatnya. Ini kerana setiap Synoptic Gospel (Matthew,Mark dan Luke) memiliki Isnad. Namun bagaimana penulis Luke tidak memiliki persamaan cerita seperti dalam Matthew dan Mark? Bahkan Gospel of Mark juga tidak memiliki penceritaan yang sama seperti dalam Gospel of Matthew sedangkan mereka bertiga menjadi saksi di tempat yang sama?. Dalam keseluruhan Matthew bab 28,Jesus memberikan salam dalam ayat ke9 tetapi dalam Luke bab 24,tidak ada satu ayat memberikan sapaan salam dari Jesus kepada pengikutnya sedangkan penulis Matthew dan Luke serta Mark adalah saksi di tempat yang sama?. Apakah Ruh Kudus yang membimbing penulis Gospel of Luke tidak sama seperti Ruh Kudus yang membimbing penulis Gospel of Matthew dan Mark??

Selebihnya,sila rujuk disini :
– http://www.answering-christianity.com/authors_gospels.htm

05 – Berkenaan John 21:5,Jesus telah memberikan salam kepada mereka dalam ayat sebelumnya iaitu dalam John 20:26. Jadi,apakah perlu lagi Jesus memberikan salam berulangkali setelah baginda (Jesus Christ pbuh) memberikan salam sebelumnya??

JADI JESUS MEMBERIKAN SALAM MENUNJUKKAN SEORANG MUSLIM!

SH berkata,
…Dia berdoa dengan kepala-Nya menyentuh bumi

Di dalam Matius 26:39, Yesus berdoa kepada Bapa Syurgawi-Nya dengan meniarap. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan bahawa meniarap dan menelungkup itu sinonim. Istilah menelungkup mengambil makna “berbaring atas perut” – jelas ia bukan cara seorang Muslim berdoa.

Yang kita perlu ingat juga adalah bahawa Yesus berdoa di dalam posisi atau postur yang berlainan. Contohnya sewaktu Dia berdoa sebelum melakukan mukjizat memberikan makanan kepada lima ribu orang, Dia berdoa kepada Allah dengan menengadah ke langit (Markus 6:41). Ini jelas bercanggah dengan postur doa-Nya dalam Matius 26:39. Sama juga sewaktu Yesus membangkitkan Lazarus dari maut, Dia menengadah ke langit sambil berucap syukur (Yohanes 11:41). Sewaktu Yesus berdoa untuk murid-murid-Nya, Dia juga menengadah ke langit (Yohanes 17:1).

Tambahan pula, terdapat banyak contoh nabi-nabi lain di dalam Alkitab yang berdoa dalam posisi yang berlainan. Sewaktu Raja Salomo selesai membina Rumah TUHAN, dia “…berdiri menghadap mazbah Tuhan…” lalu “…mengangkat kedua-dua tangannya lalu berdoa” (2 Tawarikh 6:12). Seterusnya, Raja Salomo bersujud sambil mengangjat kedua-dua belah tangannya ke langit sambil berdoa (2 Tawarikh 6:13).

Bapa Raja Salomo, iaitu Raja Daud, berdoa sambil duduk (2 Samuel 7:18). Yesus sendiri mengajar murid-Nya “…apabila kamu berdiri untuk berdoa…” (Markus 11:25).

Selebih daripada itu, tiada satu kalipun ditulis bahawa Yesus mengambil wuduk sebelum berdoa. Jadi, Yesus BUKAN seorang Muslim kerana Dia berdoa dalam pelbagai posisi, termasuk menengadah ke langit.

MAB response :
01 – Saya setuju definisi yang ditakrifkan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,namun dalam Matthew 26:39 tidak memakai ayat “meniarap” atau “menelungkup”. Dalam ayat asli Matthew 26:39 (Koine Greek),tidak memakai perkataan “να γλιστρήσει” (meniarap) atau “σκύψτε κάτω” (menelungkup). Perkataan yang dipakai adalah “ἔπεσεν ἐπὶ πρόσωπον” yang bermaksud “He fell upon face” / “dia menjatuhkan wajah”. Ini bermakna,Jesus BERSUJUD BUKAN MENIARAP. Kata akar “πρόσ” dalam Koine Greek adalah kata kerja dalam berkaitan dengan wajah,sujud dan doa atau sembahyang seperti contoh “προσευχόμενος” (praying) / “προσκυνῆσαι” (bow down / prostrate) dan “πρόσωπον” (face). Maka jelas ini seperti sujud seperti muslim sujud.

02 – Tidak ada masalah dalam Mark 6:41 / Mark 11:25 / John 17:1 / 2 Chronicles 6:12-13 dan 2 Samuel 7:18 kerana semua dalil tersebut membuktikan persamaan ajaran doa menadah ke langit seperti dalam syariat Islam yang dibawa oleh Muhammad SAW dalam Al-Baqarah 2:115 dan Al-Baqarah 2:144 (Sama ada ke langit atau berkiblatkan Kaabah di Makkah). Maka jelas,apa yang dilakukan oleh Daud,Solomon dan Jesus berdoa angkat tangan menadah tangan ke langit sama seperti muslim.

Perkataan “muslim” bermaksud “orang yang Percaya” ATAU “orang yang menyerahkan diri” ATAU “Orang yang telah membayar” ATAU “orang yang sempurna” ATAU “orang yang taat”. Maka orang yang beriman mentauhidkan Tuhan,mengikuti segala ajaran tuhan dan menyungkurkan wajahnya ke bumi untuk menyembah/berdoa kepada Tuhan bukti seorang MUSLIM. Jangan lupa,syariat berkiblatkan Kaabah adalah syariat Muhammad SAW sedangkan syariat menghadap ke mezbah Jerussalem adalah syariat para Nabi Israel.

JADI JESUS BERDOA MENADAH TANGAN KE LANGIT DAN MENJATUHKAN WAJAH KE BUMI MENUNJUKKAN SEORANG MUSLIM!

SH berkata,
…Dia seorang nabi

Agama Islam menganggap bahawa semua nabi-nabi di dalam Alkitab adalah Muslim. Antara mereka yang termasuk dalam golongan ini adalah Ibrahim, Ishak, Yakub, Nuh, Daud, Salomo, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yohanes, Yunus, Lut, dan Yesus/Isa Al-Masih. Memang orang Kristian tidak menafikan bahawa Yesus diutus oleh Allah sebagai seorang nabi seperti tanggapan manusia di dalam Matius 21:11, tetapi Dia jauh lebih daripada itu.

Dia adalah Tuhan yang menjelma sebagai seorang manusia untuk sewaktu supaya boleh menjadi korban yang sempurna untuk dosa manusia selama-lamanya seperti yang ditetapkan oleh Allah Bapa. Ini dikenali sebagai Doktrin Tritunggal.

MAB response :
01 – Berkenaan “Jesus BUKAN sekadar Nabi” dari article anda telah saya jawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-jesus-bukan-sekadar-nabi/

02 – Tidak ada kenyataan dari lisan Jesus sendiri dalam SEMUA VERSI BIBLE ada mengatakan bahawa dia adalah Tuhan dalam penjelmaan manusia (Reincarnation).

03 – Jika ada berhujah dengan Phillipian 2:7-11 dan John 1:1-14 kononnya ayat itu dijadikan bukti bahawa Jesus adalah Tuhan yang menjelma jadi manusia,maka akan ada kesalahan dan percanggahan….Kenapa??…Kerana
dalam Phillipian bab 2 dalam ayat ke7,dikatakan bahawa “Allah telah mengosongkan Diri-Nya sendiri dan mengambil rupa dari seorang hamba..”. Maknanya disitu ada unsur Sabellianism / Modalism yang mana Bapa sendiri menjelma jadi manusia melalui meminjam rupa seorang hamba sedangkan dalam konsep Scutum Fidei,Oknum Anak BUKAN Oknum Bapa. Adalah satu kesalahan kesesatan apabila mengatakan Jesus adalah Bapa yang menjelma jadi manusia.

Dan Vessel Borrowing Concept dalam Phillipian 2:7 juga bercanggah dengan John 1:1-14 yang mana konsep tuhan jadi manusia dalam John 1:1-14 adalah Reincarnation Concept BUKAN Vessel Borrowing Concept.

03 – Berkenaan dengan doktrin Tritunggal,telah saya jawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-doktrin-tritunggal/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-kristian-menjawab-tritunggal/

JADI JESUS MENJADI NABI WA RASUL MENUNJUKKAN SEORANG MUSLIM!

SH berkata,
…Dia mengamalkan puasa

Memang Yesus berpuasa, tetapi Dia berpuasa di bawah pimpinan Roh Allah (Matius 4:1). Yesus berpuasa menyediakan diri untuk melakukan kehendak Allah Bapa di bumi untuk tiga lebih tahun yang akan datang sebelum Dia disalib, mengalahkan maut dan bersatu dengan Bapa Syurgawi-Nya kemudian. Yesus dimaki orang lain kerana Dia tidak berpuasa sewaktu orang lain berpuasa (Matius 11:19). Dia juga dianggap tidak berpuasa apabila para pengikut Yohanes Pembaptis serta orang Farisi sedang berpuasa dan bertanya Yesus, “Mengapa…pengikut guru tidak?” (Markus 2:18).

Jadi, Yesus BUKAN seorang Muslim kerana Dia berpuasa mengikut pimpinan Roh Allah, dan bukan untuk mengumpul pahala kerana Dia TIDAK PERNAH BERDOSA (1 Petrus 2:22).

MAB response :
01 – Jesus berpuasa pada Bulan Ke9 (Dipanggil Tisha B’Av atau Kislev) dalam Matthew 4:1-2 / Matthew 6:15-18 serta Luke 4:2 dan amalan ibadah Puasa pada bulan ke9 oleh Israel dalam Isaiah 58:1-12 dan Leviticus 16:29-31. Dalam Exodus 34:28,Daniel 10:2-6 dan 1 Kings 19:8,para Nabi Israel berpuasa 40 hari pada bulan ke9 dan Ramadhan adalah bulan Kesembilan (Ke9) dalam Kalender Bulan Islam. Inilah ajaran Islam sebelum syariat Muhammad SAW.

02 – Jesus Christ pbuh tidak berpuasa dalam Matthew 11:19 dan Mark 2:18 serta Luke 5:33 kerana waktu tersebut orang-orang Judah berpuasa Ta’anit Halom (Puasa 6 Hari kecil). Nabi Yahya pbuh (John The Baptist) dan pengikutnya mengikuti puasa ini kerana masih mengikuti syariat Musa pbuh,maka sebab itu mengapa Jesus katakan bahawa syariat Musa hanya sehingga John The Baptist (Luke 16:16). Kedatangan Jesus adalah untuk menggenapi syariat Musa pbuh untuk melonggarkan beberapa hukum agar bani Israel dapat ikuti syariat Musa pbuh dengan lebih mudah (Matthew 5:17-20 dan Ali-Imraan 3:50).

Maka sebab itu mengapa Jesus berkata dalam ayat seterusnya,
“Dapatkah sahabat-sahabat mempelai laki-laki berpuasa sedang mempelai itu bersama mereka? Selama mempelai itu bersama mereka, mereka tidak dapat berpuasa. Tetapi waktunya akan datang mempelai itu diambil dari mereka, dan pada waktu itulah mereka akan berpuasa. Tidak seorangpun menambalkan secarik kain yang belum susut pada baju yang tua, karena jika demikian kain penambal itu akan mencabiknya, yang baru mencabik yang tua, lalu makin besarlah koyaknya. Demikian juga tidak seorangpun mengisikan anggur yang baru ke dalam kantong kulit yang tua, karena jika demikian anggur itu akan mengoyakkan kantong itu, sehingga anggur itu dan kantongnya dua-duanya terbuang. Tetapi anggur yang baru hendaknya disimpan dalam kantong yang baru pula.”
[Mark 2:19-22 dan Luke 5:34-39]

Ayat di atas disampaikan dalam gaya bahasa Mutaysabihah Siryaniyyah yang mana Jesus memberitahu kedatangannya adalah untuk menggenapi syariat lama dari ajaran Nabi terdahulu. Jadi oleh sebab itu mengapa ayat seterusnya lagi (dalam ayat 23-28) Jesus boleh memecahkan Hukum Sabbath seperti mana Daud dan Imam-Imam lakukan pemecahan Hari Sabbath di era syariat Nubuwwah Daud pbuh. Dan murid-murid Jesus terus berpuasa dalam Acts 13:3 dan Acts 14:23 setelah ketiadaan Jesus Christ pbuh (seperti yang dinyatakan dalam Luke 5:35).

Makanya,tidak menjadi masalah jika John dan pengikutnya berpuasa dan tidak menjadi masalah jika tidak berpuasa kerana waktu itu adalah Ta’anit Halom. Nampaknya pengarang SH perlu belajar mana satu puasa wajib (Puasa Besar) dan mana satu puasa sunat (Puasa Kecil). Jangan jadi seperti golongan Farisi dan Saduki yang tidak memahami ajaran yang disampaikan oleh Jesus Christ pbuh tetapi terlalu ikut Hukum ajaran Tuhan sehingga menjadikan ianya satu tradisi tetapi menyingkir ajaran tuhan yang lain lalu menuduh Jesus sebagai pelanggar Hukum sedangkan mereka tidak memahami kitab Tuhan.

JADI JELAS JESUS BERPUASA MENUNJUKKAN SEORANG MUSLIM!

SH berkata,
Yesus BUKAN seorang Muslim kerana di dalam Matius 26:29, Dia juga meminum wain. Adakah orang Muslim minum wain? Tidak!

MAB response :
Jesus minum anggur BUKAN arak anggur. Jangan lupa,Wine zaman Jesus BUKAN macam Wine era di zaman abad ke14 hingga kini. Wine zaman Jesus tidak memabukkan. Dalam John 2:10 menyebut “καλὸν οἶνον” yang bermaksud “Good Wine”. Disitu tidak menyebut “Κακό οἶνον” (Evil Wine). Dan dalam Matthew 26:29,disitu menyebut “γενήματος τῆς ἀμπέλου” (fruit of the vine) yang bermaksud “buah dari pokok anggur”. Anda perlu bezakan antara minuman Ribena dengan minuman arak anggur (Wine). Apakah asal minuman anggur dianggap arak sedangkan bani Israel ketika itu tidak mengamalkan minum arak?

JADI JELAS JESUS TIDAK MINUM ARAK MENUNJUKKAN SEORANG MUSLIM!

SH berkata,
Akhirnya, Yesus tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah, jadi bagaimanakah Dia boleh dianggap sebagai seorang Muslim? Yesus yang orang Kristian percaya jauh berbeza daripada versi-versi Yesus yang dipersembahkan dalam buku-buku atau kitab-kitab yang bukan Alkitab. Yesus BUKAN seorang Muslim, tetapi Dia adalah Anak Tunggal Allah yang diutuskan oleh Allah Bapa supaya barangsiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

MAB response :
01 – Jesus bersyahadah dalam John 17:3 (kontekstualiti ayat 1-hingga 26)..

Syahadah dari asal kata “syahida” / “yasyhadu” yang bermaksud secara bahasa ialah “Kesaksian kebenaran yang pasti” / “Penjelasan dalam akuan sumpah” dan “Pernyataan dalam kepercayaan”…dalam perikop John bab 17,Jesus berdoa untuk anak muridnya yang mana doa dalamnya ada 04 fasa :
– Kepujian dalam kemuliaan
– Kesaksian dalam kebenaran
– Penjelasan amanah dalam pelaksanaan
– Permohonan dalam pengharapan

02 – Bible sendiri banyak membuktikan bahawa Jesus adalah seorang muslim. Jika benar Kristian percaya Bible,maka pasti Kristian akan ikuti apa yang Jesus ajarkan dalam Bible tetapi malangnya,Kristian hanya berlisan kononnya ikuti Bible tetapi hakikatnya ikuti telunjuk gereja.

03 – John 3:16 memberi maksud perutusan Nubuwwah Jesus kepada Bani Israel tanda Tuhan menyayangi Bani Israel yang mana jika mereka ikuti dan beriman kepada Jesus Christ pbuh,mereka akan mendapat ganjaran syurga.

JADI JELAS JESUS BERSYAHADAH MENUNJUKKAN SEORANG MUSLIM/1

RUMUSAN
– Jesus tidak makan khinzir bukti ajaran tuhan yang dibawa adalah Islam.
– Jesus memberikan salam tanda seorang muslim.
– Jesus berdoa dan sujud tanda dia BUKAN Tuhan tetapi seorang muslim.
– Jesus seorang Nabi tanda dia adalah Utusan Allah menyampaikan ajaran yang sama dibawa oleh para Nabi sebelumnya iaitu Islam.
– Jesus berpuasa tanda dia seorang muslim yang menunaikan Rukun Islam Ke3
– Jesus hanya minum anggur tetapi tidak minum arak anggur (Wine) tanda dia taat kepada ajaran Islam.
– Jesus bersyahadah tanda dia seorang muslim yang memegang Kunci Syurga (Rukun Pertama Islam)

KESIMPULAN
Jesus Christ pbuh @ Eesa Al-Masih Alaihissalam adalah seorang muslim dan baginda adalah beragama Islam.

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM……..SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM

pesan Jesus Christ pbuh,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla kepada anda :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”

By