بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pada 22hb April 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Doktrin Tritunggal” disini :
– http://sabdaharian.com/doktrin-tritunggal/
Dalam artikel tersebut,dia memaparkan satu video penerangan mengenai konsep Tritunggal namun setelah diteliti,saya melihat ada beberapa kemusykilan yang harus minta dijawab oleh pengarang SH dan ada beberapa perkara yang harus saya jawab untuk tujuan meluruskan kebenaran. Berhubung dengan video yang di paparkan dalam artikel tersebut,semua argument dalam video mengenai konsep Tritunggal itu telah dijawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/response-to-sabda-harian-adakah-muslim-dan-kristian-menyembah-tuhan-yang-sama/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-kristian-menjawab-tritunggal/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-sabda-harian-yesus-manusia-atau-tuhan/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/response-to-sabda-harian-siapakah-allah-menurut-alkitab/
Disini saya berikan beberapa 13 point hujah untuk meruntuhkan video tersebut :
01 – Konsep Trinity dalam setiap mazhab-mazhab Kristian adalah berbeza. Ada tiga jenis doktrin Trinity iaitu :
(A) Sebelianism (Modalism / Petripesimism)
(B) Tritheisme
(C) Familism / Theotokos
Antara semua tiga (03) jenis doktrin Trinity ini,mana satu yang benar?. Maka sebab itu mengapa Christian Apologetics saling berbalah sesama sendiri mengenai perihal doktrin Trinity yang mengelirukan seperti Sam Shamoun vs Craigg Winn,sila rujuk disini :
– http://www.answering-christianity.com/shamoun-winn_trinity_debate.htm
02 – Pada sekitar 15-20 saat dalam video tersebut,dinyatakan bahawa Kristian tidak percaya Tiga (03) Tuhan (Tritheisme Concept) tetapi pada sekitar 27-35 saat dalam video itu juga dinyatakan sendiri bahawa Kristian percaya Bapa itu TUHAN,Anak itu TUHAN dan Ruh Kudus itu TUHAN. Jadi ada berapa tuhan disitu???…..nampaknya video itu sendiri memakan dirinya sendiri dan membongkar kesalahan Trinity itu sendiri.
03 – Pada ke37-40 saat,dikatakan bahawa Tuhan itu terdiri dari tiga (03) peribadi dalam entiti hakikat tuhan yang satu.Okay baik…dalam Mark 16:19 dikatakan bahawa Jesus naik ke syurga dan duduk disebelah kanan Bapa. Maknanya sebelah kiri Jesus ialah Bapa,jadi ada berapa tuhan disitu?
04 – Deuteronomy 6:4 dan Mark 12:29 jelas memberitahu bahawa Tuhan itu Maha Tunggal. Kalimat Echad (Hebrew) atau Ahad (Arabic) merujuk SATU yang mana sifat keberadaan Echad tersebut seiring dengan Yachid (Hebrew) atau Wahid (Arabic). Sebab itu mengapa salah satu sifadh Ilahiyyah Allah adalah Al-Wahid. Bahkan rabbi Judah Israel menjelaskan konsep Echad itu sendiri dengan mengatakan seperti berikut :
“God, the Cause of all, is one. This does not mean one as in one of a pair,nor one like a species which encompasses many individuals,nor one as in an object that is made up of many elements, nor as a single simple object that is infinitely divisible. Rather,God is a unity unlike any other possible unity.”
[Yesode Ha-Torah 1:7]
Dalam Deuteronomy 17:6,Deuteronomy 19:15,Ecclesiastes 4:8,Genesis 42:11,Exodus 9:6 dan Numbers 13:2,kata “Echad’ dalam ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan SATU ENTITI HAKIKAT bukan gabungan dalam kesatuan entiti hakikat.
05 – Dalam video tersebut pada durasi 1 minit 10-16 saat,diterangkan bahawa Kristian adalah agama Tauhid yang berpegang pada Tuhan Yang Satu. Istilah “Tauhid” berasal daripada akar kata perkataan “وَحَّدَ” yang memberi maksud “Tunggal”. Saya ingin bertanya,sejak bila Tritunggal termasuk dalam konsep Tunggal (Tauhid)?…Jangan berdusta dalam penyampaian kebenaran oh! kawan.
06 – Adalah mustahil Ketuhanan Tritunggal dikaitkan dengan konsep matematik 1 x 1 x 1 = 1 kerana dalam konsep Scutum Fidei,Oknum Bapa BUKAN Oknum Anak dan BUKAN Oknum Ruh Kudus. Oknum Anak BUKAN Oknum Bapa dan Oknum Ruh Kudus. Oknum Ruh Kudus BUKAN Oknum Bapa dan BUKAN Oknum Anak. Jadi maksudnya, setiap ketiga-tiga oknum tersebut adalah berbeza. Jadi formulanya begini :
1 peribadi + 1 peribadi + 1 peribadi = 3 peribadi #
betul?
Jadi Kristian kata ketiga-tiga peribadi ini semuanya adalah tuhan. Bapa adalah TUHAN. Anak ialah TUHAN dan Ruh Kudus ialah TUHAN. Dan ketiga-tiga tuhan ini dalam satu kesatuan kumpulan ketuhanan dipanggil Tuhan. Maka sama formulanya begini :
1 tuhan (Bapa) + 1 tuhan (Anak) + 1 tuhan (Ruh Kudus) = 3 tuhan #
apakah dakwaan saya salah?. Maka mohon jangan kelentong dengan mengatakan Trinity ialah formula “1 x 1 x 1 = 1”.
07 – Disini adalah contoh perbualan antara Muslim dan Christian yang mana pihak Christian tidak tahu membezakan tiga (03) peribadi itu sebenarnya merujuk tiga (03) tuhan :
Muslim: Is Jesus God?
Christian: Yes
Muslim: Is Jesus the Father?
Christian: No
Muslim: Is the Father God?
Christian: Yes
Muslim: Is The Father Jesus?
Christian: No
Muslim: So these are 2 different persons?
Christian: Yes, 2 distinct different persons
Muslim: And both are God?
Christian: Yes
Muslim: Is the Holy Spirit God?
Christian: Yes
Muslim: Is the Holy Spirit the Father or Jesus?
Christian: No, the Holy Spirit is not
Muslim: So Jesus is God, the Father is God, and the Holy Spirit is God?
Christian: Yes
Muslim: And these are three different persons?
Christian: Yes
Muslim: So you have three persons,each one is God. How many is that?
Christian: hmmm….
08 – Pada durasi 1 minit 52-56 saat,TTuhan digambarkan sebagai Infinity dan saya setuju hal tersebut. Tuhan sememangnya Infinity tetapi Konsep Infinity tidak boleh dimasukkan dalam konsep Matematik. Itu adalah perumpamaan yang salah apatahlagi konsep Tritunggal digambarkan sebagai Infinity.
09 – Pada durasi 2 minit 18-20 saat,video itu mengutip ayat Genesis 1:1,Genesis 1:26,Gensis 3:22,Genesis 11:7,Isaiah 6:8,Isaiah48:16,Isaiah 61:1,Matthew 3:16-17 dan Matthew 28:19 serta 2 Corinthian 13:14 yang kononnya dalam ayat-ayat tersebut menerangkan tentang Trinity. Mohon jangan berdusta terhadap kitab sendiri saudara. TIDAK ADA SATU ayat pun dalam Bible menyebut kata “Trinity”. Jika kalimat Trinity sahaja pun tidak ada,bagaimana konsepnya wujud dalam Bible???. Jika benar ada demikian,Israel Judah yang menjadi pengguna bahasa Aramaic Syriac dan Hebrew lebih awal mengetahuinya. Bahkan Christian Apologetic – Dr.William Craigg Lane sendiri akui bahawa TIDAK ADA DIKATAKAN TRINITY DAN JESUS ADALAH TUHAN DALAM KITAB PERJANJIAN LAMA,sila rujuk :
– https://www.youtube.com/watch?v=9639Lyz4KRU
10 – Pada durasi 2 minit 50-57 saat dalam video tersebut,ayat Roman 11:33-34 di ambil kutip yang berbunyi seperti berikut,
“alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya!Sebab, siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan? Atau siapakah yang pernah menjadi penasihat-Nya?”
[Roman 11:33-34]
dan ini bercanggah dengan ayat Genesis 8:21 :
“Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah TUHAN dalam hati-Nya: “Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.”
[Genesis 8:21]
– Jika apa yang tersirat dalam hati,maka itu juga apa yang difikirkan benar? Maka Si penulis book of Genesis dapat mengetahui apa yang tuhan fikirkan dan mengetahui kata hati padahal dalam Roman bab 11 ayat 34,Paul mengatakan “siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan?” yang membawa maksud tersirat bahawa tiada sesiapapun yang mengetahui fikiran tuhan.
11 – John 1:1-2 (video durasi 3:00 – 3:13) adalah dalil yang paling popular dipakai oleh Missionaries Christianity dalam menyampaikan dakyah untuk membenarkan Jesus Christ pbuh adalah tuhan. Namun malangnya ayat ini tidak membuktikan Jesus Christ pbuh adalah tuhan. kenapa????….dalam bahasa Aslinya iaitu Koine Greek dan Aramaic Syriac tidak menggunakan sistem huruf besar. Perkataan “G” pada “God” di rangkap penggunaan ayat awal adalah sahih kerana ianya merujuk pengkhususan kepada God Almiqhty (Tuhan Yang Satu itu sendiri) dan kerana ayatnya dalam bahasa Koine Greek menyebut “Ho Theos” (Accusative). Tetapi apabila pada rangkap penggunaan akhir yang disebut sebagai “Ton Theos” (dalam Koine Greek),mengapa “G” pada “God” dihuruf besarkan lagi sedangkan ianya merujuk relatif???. Seperti contoh Exodus 7:1,
“And the Lord said unto Moses, See, I have made thee God to Pharaoh…”
Exodus 7:1 disalin kembali dalam Koine Greek dari Hebrew berbunyi “Theon”….Jadi, jika perkataan “and the word was God” yang mana “G” pada “God” dihuruf besarkan (sedangkan terjemahan asli dalam Koine Greek merujuk “Ton Theos” = “god”) dianggap khusus firman itu sebagai tuhan,maka Musa dalam Exodus 7:1 juga Kristian harus anggap sebagai tuhan kerana dsitu lebih jelas penggunaan pengkhususan (“Theon”) bahkan itu dari firman Tuhan sendiri kepadanya (Musa Alaihissalam)…setuju?
Sekali lagi saya katakan…jika ini benar seperti dakwaan kristian bahawa dalil John 1:1 merujuk bukti kononnya Jesus adalah tuhan,maka ini akan bercanggah dengan Exodus 7:1 yang mana kalimat Torah ditulis dalam Koine Greek (Pentateuch) iaitu “Theon” yang bermaksud “God” (Capital “G”). Jadi jika saudara ingin katakan Firman itu adalah Tuhan (sebenarnya ditulis ton theos BUKAN Ho Theos),maka saudara juga harus setuju bahawa Moses adalah Tuhan dalam Exodus 7:1.
02 – Untuk pengetahuan saudara, Gospel of John ditulis pada 90 AD menurut Bible Scholars seperti F.F Bruce dan Richard Baukham. Ayat John 1:1-14 asalnya adalah Formula Phylo yang mana asal ayat “the word from God” ditulis menjadi “the Word was God”. Sebetulnya ayat sebenar patut begini :
“In the Beginning was the Word and the Word was with God and the Word from god.”
Makanya ayat ini dicurigai dan disahkan sebagai ayat rekaan BUKAN dari tulisan Hawariyyun Jesus Christ. Sebab itu ayat John 1:1-14 berwarna bold hitam BUKAN merah (bukan kata2 dari Jesus sendiri).
12 – Pada durasi 3 minit 16-24 saat dalam video tersebut,Kristian akui bahawa Trinity tidak boleh difahami secara sempurna. Bahkan sebenarnya TIDAK ADA sesiapapun dalam kalangan Kristian mampu memahami doktrin Trinity walhal pada masa yang sama Kristian akui mereka dibimbing Ruh Kudus. Apakah Ruh Kudus tidak mampu memberitahu perihal doktrin Trinity?
13 – Pada durasi 3 minit 54-57 saat dalam video tersebut,pembuat video itu telah membuat satu pertanyaan :
– Apakah anda percaya kalimah Allah itu ilahi?Adakah anda percaya Ruh Allah itu ilahi?Apakah itu tiga (03) tuhan?
Jawapan saya :
– Saya percaya Firman (Kata-kata) @ Kalam adalah Sifadh’ul Ilahiyyah Allah tetapi istilah “Kalimatullah” adalah Mudhafatul Ilahiyyah kepada Jesus Christ pbuh kerana baginda (Jesus) diciptakan dari Kalimat “Kun” yang mana sama dengan penciptaan Adam pbuh (Ali-Imran 3:59). Tapi saya faham,pasti akan timbul persoalan,
– Jika benar demikian,mengapa Adam pbuh tidak diberikan gelaran “Kalimatullah”?Mengapa hanya Jesus?
Kerana di zaman Jesus,orang-orang Israel Judah menuduh Jesus Christ pbuh adalah anak zina dan keturunan zina (Sanhedrin 106a,Shabbat 104b,Yebamoth 49b,Yevamot 4:18,Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a serta Maryam 19:28). Jadi Allah bersihkan tuduhan tersebut bahawa Jesus Christ pbuh BUKANLAH anak zina tetapi dia adalah anak yang diciptakan dari kalimatullah.
– berkenaan dengan Ruh Allah,saya percaya ruh BUKANLAH bersifat ilahi dan Allah BUKANLAH dalam bentuk Ruh kerana Allah tidak ada serupa dan tidak sama seperti makhluk (Al-Ikhlas 112:4 dan Asy-Syuura 42:11). Namun entiti hakikat wujudnya Allah disebut sebagai Dzat tetapi tidak diektahui bagaimana Dzat Allah tersebut kerana Nabi Muhammad SAW melarang berfikir bagaimana bentuk wajah tuhan,
“Berfikirlah tentang nikmat-nikmat dan kekuasaan Allah dan jangan sekali-kali engkau berfikir tentang Dzat Allah.”
[Hadith Hasan Syaikh Albani Al-Ahaadiits Ash-Sahiihah No.1788]
Bahkan Biblemu sendiri mengatakan bahawa Tuhan itu tidak pernah dilihat (John 1:18,John 5:37,1 Timothy 1:17,1 Timothy 6:16,Genesis 33:20,1 John 4: 12). Jika benar Allah itu ruh,maka mari izinkan saya berhujah dengan Biblemu sendiri. Saya berikan beberapa ayat :
“Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.”
[John 4:24]
dan kita bandingkan ayat lain,
“Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya, sebab TUHAN ALLAH adalah gunung batu yang kekal.”
[Isaiah 26:4]
“Sebab Allah kita adalah api yang menghanguskan.”
[Hebrew 12:29]
saya bertanya,mana satu yang betul…Tuhan itu adalah apa??
(A) Ruh
(B) Api
(C) Gunung Batu
jika anda katakan bahawa Allah itu adalah Ruh,maknanya anda harus bersetuju bahawa Allah itu juga Gunung Batu dan Api yang menghanguskan.
Jika anda katakan bahawa “Gunung Batu” dan “Api” itu adalah kiasan,maknanya anda harus tahu bahawa “Allah itu ruh” juga adalah kiasan. Ini kerana ayat John bab 4 ayat 24 tersebut disampaikan dalam gaya bahasa Mutasyabihah Siryaniyyah yang mana menerangkan bahawa Maha Ghaib Allah.
jika kamu masih yakini bahawa Allah itu ruh,maknanya Tuhan tu seperti kambing bertanduk tujuh dan bermata tujuh. Berikut saya berikan ayat dalam Biblemu sendiri :
“Maka aku melihat di tengah-tengah takhta dan keempat makhluk itu dan di tengah-tengah tua-tua itu berdiri seekor Anak Domba seperti telah disembelih, bertanduk tujuh dan bermata tujuh: itulah ketujuh Roh Allah yang diutus ke seluruh bumi.”
[Revelation 5:6]
setuju?
Jika kamu masih yakini Jesus adalah tuhan kerana dia adalah ruhullah,maka Quran menjawab anda :
“Kemudian apabila aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan rohku padanya,maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”
[Al-Hijr 15:29]
– Adam pbuh juga ditiupkan ruh,apakah maksudnya Adam pbuh adalah tuhan?
RUMUSAN
– Doktrin Tritunggal adalah doktrin yang masih misteri sungguhpun Kristian sendiri tidak mampu jelaskan bagaimana doktrin tritunggal tersebut.
– Pembuat video berdusta menyampaikan kebenaran dalam video tersebut.
– Pembuat video memetik ayat-ayat Bible untuk mendukung ajaran Tritunggal yang mana pada masa yang sama Bible sendiri tidak mengajar Tritunggal.
– Trinity berkonsepkan 1+1+1=3 BUKAN 1x1x1=1 kerana prinsip Scutum Fidei itu sendiri memberitahu setiap Oknum adalah tidak sama.
– Christian Apologists sendiri akui tidak ada Trinity dalam Perjanjian Lama.
– Setiap mazhab Kristian berbeza konsep Trinity yang dipercayai.
– Pembuat video berbohong bahawa Kristian adalah agama Tauhid walhal Tauhid itu bermaksud “Tunggal” BUKAN Tritunggal.
KESIMPULAN :
Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH mengajar doktrin Trinity dan Bible anda sendiri TIDAK PERNAH menyebut kata “Trinity” apatah lagi mengajar konsep Trinity. Doktrin Tritunggal adalah doktrin yang salah sesat kerana tidak pernah diajar mana-mana kitab termasuk dalam Bible.
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[Al-Maidah 5:72-73]
pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]