بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Segala puji bagi Allah selaku Tuhan sekalian alam kerana mengizinkan saya membuat satu artikel untuk memberi maklum balas kepada artikel berilmiah dari Free Malaysia Today (FMT) yang bertajuk “10 fakta dan mitos mengenai Zakir Naik” nukilan dari saudara kita iaitu Nurul Haq Shahrir yang dibuat pada 19 March 2017. Artikel tersebut boleh lihat disini :
– https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/03/19/10-fakta-dan-mitos-mengenai-zakir-naik/
Saudara Nurul Haq Shahrir merupakan seorang pemegang ijazah sarjana (MA) Fiqh dan Usul Al-Fiqh dan di samping sarjana muda Syariah,beliau juga berkelulusan STB M.Div (USA) dan Licentiate (JCL – Juris Canonici Licentia) dalam bidang Christianity Theology dan Church Canon (Urbaniana). Dengan demikian,dia merupakan seorang yang hebat di mata saya. Tahniah untuk itu,Islam melahirkan muslim yang berkaliber. Alhamdulillah!
Sungguhpun demikian,bukan bermakna dia kebal dari kesilapan bahkan termasuk saya dan Dr.Zakir Naik juga tidak terlepas dari kesilapan. Namun dalam hal ini,ada beberapa kekhilafan dari saudara kita (Nurul Haq Shahrir) yang kami lihat dalam artikel beliau dan menjadi peranan kita untuk harus bantu dengan berikan pencerahan agar tidak wujud fitnah yang lahir dari sangkaan orang lain apatah lagi apabila Anti-Islam melihat tentang hal ini. Dikhuatiri,pihak Anti Islam akan mengambil kesempatan menjadikan hujah saudara Nurul Haq Shahrir sebagai “point” untuk mencari kelemahan Dr.Zakir Naik walhal “kelemahan” tersebut bukanlah yang disangka sedemikian rupa.
Dalam artikel dari beliau tersebut,ada SEBAHAGIAN kenyataan beliau yang saya amat bersetuju tetapi ada juga SEBAHAGIAN kenyataan beliau yang bukan sahaja saya seorang tidak bersetuju,bahkan pihak saudara kita yang lain juga tidak bersetuju apabila meneliti artikel dari Nurul Haq Shahrir tersebut. Disini saya akan berikan maklum balas terhadap beberapa kenyataan dari saudara Nurul Haq Shahrir yang mana kenyataan beliau tersebut kemungkinan merupakan salah faham atau kekhilafan dari penukilan beliau.
Semoga dalam artikel ini dapat memberikan manfaat bersama dan semoga dapat meluruskan keadaan dengan menegur secara membina dan berilmiah kepada artikel dari saudara kita – Nurul Haq Shahrir disamping juga dapat memperingati diri saya dan orang lain. In sha Allah
NHS menulis,
1. Zakir Naik seorang ulama dan pakar agama
Hakikatnya, Zakir Naik adalah seorang doktor perubatan yang tidak mengamalkan profesi tersebut. Beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kukuh sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
Untuk digelar seorang ulama atau agamawan, seseorang itu mestilah mempunyai kelayakan ikhtisas pengajian Islam sama ada secara akademik ataupun secara tradisional bersanad melalui talaqqi (sistem pondok). Keupayaan berbahasa Arab dan kemampuan menelaah sumber primer Islam dalam Bahasa Arab juga adalah kriteria utama seorang yang bergelar ilmuan Islam.
Malangnya, kesemua ini tidak dimiliki oleh Zakir. Dalam sejarah Islam, tidak pernah didengari ulama yang tidak boleh berbahasa Arab walaupun mereka bukan orang Arab seperti Imam Bukhari, dan tidak pernah juga wujud pakar agama yang bacaan Al-Qurannya tidak boleh difahami dek kesalahan sebutan makhraj huruf yang mencacatkan maksud.
Di Malaysia sendiri, kita ada muallaf yang menguasai Bahasa Arab dengan baik bahkan mampu mengajar tajwid. Alangkah baiknya jika Zakir terlebih dahulu mempelajari Bahasa Arab dan memantapkan ilmu Islam sebelum mendalami selok-belok agama lain. Nampaknya fenomena ustaz/ustazah “segera” ini sudah menular ke serata pelosok dunia.
MAB respon :
01 – Saya tidak tahu apa maksud sebenar rangkap ayat dari saudara NHS yang menyatakan “seorang doktor perubatan yang tidak mengamalkan profesi tersebut”. Namun sebelum DZN menjadi pendakwah,beliau telah belajar dan menjadi doktor perubatan di Topiwala National Medical College dan BYL Nair Charitable Hospital seterusnya di Universiti Mumbai sehingga memperolehi tauliah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS).
Namun jika maksud ayat dari saudara NHS merujuk pengamalan kerjaya sebagai doktor tetap dalam sesebuah klinik milik persendirian mahupun hospital baik Swasta atau Kerajaan,hal itu kita tidak nafikan sememangnya DZN tidak pernah menjadi doktor tetap dengan membuka sebuah klinik persendirian. Ini kerana DZN telah pun berpindah ke bidang Dakwah Agama sebelum beliau memulakan langkah seterusnya dalam kerjaya asalnya.
02 – Kita tidak mengetahui latar belakang pendidikan agama DZN baik secara rasmi atau tidak,bukan bermakna DZN tidak mempunyai pendidikan Islam yang cukup. Kita tidak boleh jadikan sesutau yang ambigu dan sesuatu yang kita tidak nampak atau sesuatu tidak ketahui secara terperinci sebagai pegangan fakta benar. Dari mana saudara tahu bahawa DZN tidak memiliki pembelajaran ikhtisas pengajian Islam sama ada secara akademik ataupun secara tradisional bersanad melalui talaqqi (sistem pondok)??
Saya dan saudara NHS tidak pernah belajar bersama DZN dan tidak pernah hidup bersama-sama dengan DZN dari kecil,jadi bagaimana saudara NHS boleh mengatakan “Beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kukuh sama ada secara rasmi atau tidak rasmi” sebagai pegangan fakta sedangkan saudara tidak mengetahui latar belakangnya secara terperinci?
Kita harus sedia maklum bahawa apabila kita tidak mendengar maklumat dengan lebih terperinci tentang latar belakang pendidikan agama seseorang,kita tidak boleh menuduh bahawa seseorang itu tidak belajar agama dengan lebih mendalam.
03 – Saya bagi satu contoh tokoh yang tidak bertauliah seperti Sheikh Ahmad Deedat. Syeikh Ahmad Deedat hanya belajar setakat darjah 5,tidak pernah belajar di sekolah agama mahupun sekolah pondok bahkan tidak pernah memasuki pengajian tinggi baik dari pendidikan agama mahupun pengajian bidang lain. Beliau hanya mula belajar Islam dan pengetahuan dalam perbandingan agama apabila beliau menemui sebuah kitab nukilan dari Maulana Rahmatullah Kairanawi iaitu Izhar’ul-Haqq. Bahkan beliau belajar menguasai empat (04) bahasa iaitu :
– Arabic
– Hebrew
– English
– Koine Greek
Ilmu yang beliau (Sheikh Ahmad Deedat) miliki walau tanpa pengiktirafan tauliah mampu mendidik muslim,berceramah,menjawab tomahan missionaries dan menumbangkan hujah pihak lawan sehingga beliau menjadi satu ancaman besar dalam dunia Kristian sekaligus menjadi tokoh yang ada jasa dalam dunia Islam sehingga mendapat anugerah King Faisal walhal beliau bukan seorang tokoh yang memiliki sijil Ph.D atau berpendidikan tinggi. Saya ingin bertanya satu (01) soalan :
* Apakah menjadi kemestian / kewajipan untuk belajar sistem pondok,memiliki sijil tauliah atau mempunyai ikhtisas kelayakan Islam,baru layak dipanggil agamawan atau ustaz dan baru mampu atau layak berhadapan dengan ilmuwan agama lain?
04 – DZN mengasas sebuah Pertubuhan Dakwah Agama iaitu Islamic Research Foundation dan membuka sekolah agama Islamic International School (IIS) seramai 400 penuntut di Bombay dan 250 penuntut di Chennai. Jika DZN tidak memiliki latar belakang didikan agama yang kukuh dan tidak memiliki pertauliahan,bagaimana beliau boleh membuka sebuah Pertubuhan Dakwah Islam
(Islamic Research Foundation) dan membuka sekolah agama (Islamic International School) yang mempunyai jumlah seramai 650 pelajar di India?
05 – Sifat merendah diri dari karekter dalam diri DZN tidak mengakui bahawa dia berfasih bahasa Arab di ulang-ulang dari lisannya sendiri. Ini kerana jika benar dia tidak berfasih bahasa Arab,pasti dia tidak mampu menjawab soalan-soalan dan tidak mampu menjelaskan dalam ceramah yang melibatkan Lisan’ul Arab dan Ilm’ul Furqan. Cuma tidak dinafikan bahawa cara sebutan dari lisan beliau apabila menyebut ayat-ayat arabic,kedengaran seolah-olah seperti gagal dalam bacaan hukum tajwid namun itu bukanlah disebabkan beliau tidak fasih bahasa Arab tetapi telah menjadi kebiasaan cara pertuturan lidah beliau yang telah sedia sedemikian rupa bukan sahaja dari sebutan dalam bahasa Arab tetapi juga cara sebutannya dalam English.
Islamic International School yang ditadbir oleh IRF dibawah naungan DZN sendiri memberikan pendidikan yang cukup ketat dan berkualiti dalam bidang Quranic dan Arabic sehingga membuat tapisan secara berperingkat mengikut kelas kelayakan dalam bidang tersebut. Ini dijelaskan oleh DZN sendiri dalam penjelasan beliau disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=hmkF9tCYdUY
– https://www.youtube.com/watch?v=qQ8FaBIYWbE
– https://www.youtube.com/watch?v=ueGAD-H1LDg
JADI “MITOS” PERTAMA ADALAH FAKTA!
NHS menulis,
2. Zakir Naik seorang hafiz Quran
Zakir bukanlah seorang hafiz Al-Quran, dan beliau juga tidak pernah mendakwa sedemikian. Tetapi, tidak dinafikan beliau memang ada menghafal beberapa ayat dan surah tertentu khususnya berkaitan topik perbandingan agama.
Berkemungkinan tanggapan beliau seorang hafiz Al-Quran disebabkan kebolehan beliau memetik ayat Al-Quran sepintas lalu tanpa merujuk teks. Kemampuan beliau ini kemudian digembar-gemburkan sebagai hafiz Al-Quran. Maka timbullah mitos yang sukar dipadamkan disebabkan ketaksuban golongan tertentu.
Ada baiknya jika soalan berkaitan hafiz ini dilontarkan kepada Zakir dalam sesi ceramahnya di masa hadapan bagi menjernihkan kontroversi. Selain itu, jika betul pun beliau seorang hafiz, hafazan tanpa pemahaman adalah sia-sia. Bak burung kakak tua yang hanya mampu mengulangi apa yang dihafalnya, maka muncullah fahaman “Allah berada di atas langit”, “Allah duduk di atas ‘Arash”, “Aku lebih memahami Sunnah dari Imam Al-Syafi’ie,” dan sebagainya.
MAB respon :
01 – DZN memang tidak pernah mendakwa bahawa beliau adalah seorang hafiz Quran namun bukan bermakna beliau bukan seorang Al-Hafiz. Dr.Rozaimi Ramli (RORA) yang menyambung Ph.D di University of Jordan di bawah tajaan UPSI yang menjadi Pensyarah Kanan UPSI adalah ahli dalam Ilmu Hadith. Sungguhpun demikian,beliau tidak pernah mengatakan dari lisannya sendiri bahawa dirinya seorang pakar Hadith. Dan pastinya beliau merupakan antara orang yang menjadi hafiz dalam Quran namun kita tidak pernah mendengar dia mengakui bahawa dirinya adalah seorang Hafiz.
Bahkan 200 Hufaz dilahirkan di Maahad Tahfiz Al-Quran di Kota Bahru tidak pernah mendakwa bahawa mereka adalah ahli Hufaz dari lisan mereka sendiri melainkan setelah di wawancara mendapat pengiktirafan dari MAIK. Begitu juga dengan salah seorang tahfiz Quran Malaysia iaitu Abdul Rauf bin Sapuan yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ) telah di iktiraf sebagai Tokoh Tahfiz 2018 dalam Majlis Graduasi Tahfiz Ke9 Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) juga tidak pernah mengatakan dirinya adalah seorang hafiz Quran melainkan setelah di wawancara.
Jadi,mesej yang saya ingin sampaikan ialah seseorang yang tidak mengakui atau mendakwa dirinya seorang hafiz dalam Quran bukan bermakna orang tersebut bukan merupakan seorang tahfiz Quran. Boleh jadi ianya atas asbab sikap kerendahan dirinya yang tidak ingin memaklumkan secara umum. Dari gaya penyampaian dan pengetahuan DZN dalam ceramah mahupun perdebatan,itu suda cukup memberitahu bahawa DZN bukanlah seorang yang rendah ilmu dan kebarangkalian beliau merupakan seorang yang ahli dalam Quran adalah tinggi.
Audiences yang menghadiri ceramah Dr.Zakir Naik dan menonton videonya bukan sekadar 10-20 orang tetapi mencecah lebih 100 000 hingga 1 000 000 000 (1 juta) penonton bahkan penonton yang menonton videonya menerusi Youtube juga mencecah lebih 1 000 000 000 (1 juta).
Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah orang yang menonton ceramah dan debat DZN bukan sekadar mendengar kosong. Mereka (penonton) yang terdiri dari pelbagai corak pemikiran dan perbezaan profession menilai tahap pengetahuan DZN secara peribadi masing-masing. Namun hampir mandatori yang menonton ceramah atau debat DZN bersepakat secara tidak langsung menilai DZN adalah seorang yang ahli dalam Quran dan kitab agama lain. Penilaian saudara dengan mereka (penonton) adalah nisbah 1:1 000 000 000,apakah mereka (penonton) mandatori salah dalam penilaian terhadap DZN??
02 – Saudara NHS menyatakan,
“Selain itu, jika betul pun beliau seorang hafiz, hafazan tanpa pemahaman adalah sia-sia. Bak burung kakak tua yang hanya mampu mengulangi apa yang dihafalnya, maka muncullah fahaman “Allah berada di atas langit”, “Allah duduk di atas ‘Arash”, “Aku lebih memahami Sunnah dari Imam Al-Syafi’ie,” dan sebagainya.”
Ayat kenyataan saudara di atas ini seolah-olah tidak yakin dengan apa yang saudara pegang sebagai “fakta”. Jika benar saudara anggap ianya adalah fakta BUKAN mitos,pastinya saudara harus kemukakan sesuatu yang PASTI bukan sekadar “jika” atau “andaikata”.
Dan apa kaitan corak hafazan DZN yang luar biasa itu dengan fahaman ““Allah berada di atas langit”, “Allah duduk di atas ‘Arash”, “Aku lebih memahami Sunnah dari Imam Al-Syafi’ie,” dan sebagainya?? Apakah disebabkan aqeedah “Allah beristawa di atas Arsy” dan “Allah di atas langit”,saudara NHS rasa terguris hati tidak mampu berhujah membuktikan “Allah ada di mana-mana” dan “Allah wujud tanpa wujud” menjadikan modal fahaman “Allah beristawa di atas Arsy” dan “Allah di atas langit” sebagai alasan untuk menyatakan DZN yang kononnya bukan hafiz dalam Quran adalah fakta??
Disini antara sumber neutral yang menyenaraikan tokoh sebagai ahli Hafal Quran pada abad ke15 Hijrah oleh Wikipedia yang mana salah seorangnya adalah Dr.Zakir Naik :
– https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_people_who_memorized_the_Quran
MUNGKIN sahaja saudara boleh menafikan dengan mengatakan bahawa Wikipedia boleh di ubah oleh tangan-tangan awam namun saudara jangan lupa bahawa sistem wikipedia boleh mengesan IP Address sesiapa yang cuba mengubah artikel mereka dan IP Address tersebut boleh di lihat secara umum oleh mereka. Bahkan sesiapa yang dapat ‘Log In’ sekalipun kemudian mengubah artikel,suntingan tersebut akan dikaitkan dengan Username.
JADI “MITOS” KEDUA ADALAH FAKTA!
NHS menulis,
3. Zakir Naik hafal kitab suci lain
Ketebalan Bible adalah dua kali ganda ketebalan Al-Quran. Ini belum lagi dikira ketebalan Bible mazhab Kristian Ortodoks yang jauh lebih tebal kerana ia memuatkan beberapa Sefer (kitab) tambahan.
Maka dengan fakta ini, adakah masuk akal jika Al-Quran yang berjumlah 604 halaman itu pun tidak terhafal – inikan pula Bible yang beribu muka surat! Sejak Bible dibukukan secara rasmi sebagai kitab suci oleh Gereja Roman Katolik pada tahun 393 Masehi oleh persidangan uskup yang dikenali sebagai Synod of Hippo Regius, tidak ada sebarang catatan sejarah yang merekodkan individu yang menghafal keseluruhan Bible.
Ini kerana manuskrip kitab suci tersebut ditulis dalam pelbagai bahasa kuno seperti Yunani, Ibrani, Suryani, Qibti bahkan Arab. Naskhah Yunani sahaja berjumlah 5,686 dan berbeza antara satu dengan lain dari sudut ragam bahasa, loghat, kosakata dan struktur kalimat.
Begitu juga dengan Naskhah Latin (10,000), Ibrani, Habsyi, Qibti, Armenia, Suryani dan selainnya yang mencecah 9,300 manuskrip berbeza.
Maka adalah amat mustahil wujudnya insan yang mampu menghafal keseluruhan Bible, kecuali insan tersebut adalah seorang Nabi yang dikurniakan wahyu maka sewajibnya dia menghafal sesuatu kitab suci yang diberikan kepadanya seperti Nabi Musa yang menghafal Taurat dan Nabi Isa yang menghafal Injil.
Namun begitu, terdapat dua invididu yang dikatakan menghafal terjemahan Bible versi Protestant dalam Bahasa Inggeris. Mereka adalah Dr Van Impe dan John Goetch. Namun, dakwaan ini tidak pernah dibuktikan secara empirikal.
Bible Protestant adalah jauh lebih nipis kerana tidak memuatkan 7 buah Sefer yang dikenali sebagai Deuterocanonical. Maka, apa yang jelas adalah Zakir Naik hanya menghafal ayat-ayat tertentu sahaja yang berkaitan dengan isi maklumat yang hendak disampaikannya kepada umum.
Kitab lain agama Yahudi/Kristian seperti Talmud, Mishnah, Gemarra, Pseudepigrapha, Apocryphal New Testament dan kitab utama agama Hindu/Buddha seperti Veda, Baghavad Gita, Tripitaka, Saddharma Pundarika, Avesta dan seumpamanya sudah tentu tidak dihafal beliau kerana sedemikian tebalnya. Kalaupun hendak melonjakkan seseorang tokoh itu ke makam yang tertinggi, biarlah berpada dan berdasarkan fakta, bukannya mitos.
MAB respon :
01 – Pencerahan untuk saudara NHS…..Ketebalan Bible Protestant (66 kitab) adalah 1.7 kali ganda lebih tebal daripada Quran manakala Bible milik Orthodoks (86 kitab) adalah 2.3 kali lebih tebal dari Quran. Bible tidak kelihatan tebal sangat kerana tulisan-tulisan dalam Bible adalah lebih kecil berbanding tulisan normal dalam Quran. Jadi ianya TIDAKLAH jauh sangat ketebalannya seperti dakwaan saudara.
02 – Jika dibandingkan antara Quran dengan Bible,Quran lebih sukar dipelajari berbanding Bible. Ini kerana selain perikop (sistem pemahaman kegerejaan dalam pembacaan Alkitab),Bible hanya memerlukan empat (04) kaedah Hermeneutical Biblical iaitu :
* Syntesis Principle
* Contextuality Analysis
* Early Christian Interpretation Formula
* Assessment of the Original Text
Sedangkan Quran memerlukan 21 Ilm’ul Furqan untuk mempelajari Quran. Itupun belum lagi termasuk bab Orthography,Kawayidh,Nahu Sorof,Balaghah dan Uslub Bagdadiyyah serta uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr. Namun Islam melahirkan ramai muslim mampu menguasai hafazan Quran termasuk penguasaan keseluruhan ilmu Quran.
03 – Salah satu keunikan dan keistimewaan pendidikan dalam Islam yang tidak ada pada agama lain ialah Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr yang telah diterapkan dari sejak zaman Nubuwwah Muhammad SAW seterusnya zaman para Sahabah sehinggalah zaman ini. Bahkan ada kaedah pembelajaran dalam Islam bagaimana menghafal Quran dalam tempoh yang singkat. Oleh sebab yang demikian,bukan sahaja Quran bahkan Hadith juga mampu dihafal oleh para muslim khususnya Imam Bukhari yang mampu menghafal dan menyelidiki 600 000 Hadith dalam tempoh 16 tahun sebelum memilih 7525 buah hadith. Disini saya berikan satu contoh muslim zaman ini yang mampu menghafal ribuan hadith :
– https://www.youtube.com/watch?v=8mBgxuXYLNw
Saya ingin bertanya satu soalan kepada saudara NHS,
– apakah muslim yang mampu menghafal ribuan hadith (seperti saya tunjukkan di atas) adalah Nabi yang mendapat wahyu??
Dengan menggunakan corak sistem pembelajaran Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr yang diterapkan dalam Islam,maka adalah normal dan tidak menghairankan dalam dunia Islam jika ada muslim seperti DZN yang bukan sahaja mampu menghafal Quran bahkan mampu menghafal isi kitab lain seperti Bible dan kitab Shruti. Bahkan menghafal Perjanjian Baru lebih mudah dari Quran dan Hadith serta Perjanjian Lama. Ini kerana dalam Perjanjian Baru,menjadi mudah untuk menghafalnya disebabkan setiap tiga (03) kitab iaitu Mark,Matthew dan Luke yang merupakan Synoptic Gospel memiliki Isnad. Apa yang ada tertulis dalam Mark,ada tertulis dalam Matthew dan Luke.
04 – Saya amat setuju apabila saudara NHS mengatakan,
“Sejak Bible dibukukan secara rasmi sebagai kitab suci oleh Gereja Roman Katolik pada tahun 393 Masehi oleh persidangan uskup yang dikenali sebagai Synod of Hippo Regius, tidak ada sebarang catatan sejarah yang merekodkan individu yang menghafal keseluruhan Bible.”
Mengapa saya bersetuju?? Saudara NHS lupa bahawa dalam pembelajaran Kristian tidak ada menerapkan kaedah Hafalan apatah lagi kaedah Hafazan. Pihak gereja hanya meletakkan perikop dalam Bible agar pembaca Bible dapat memahami hubungan rantaian setiap ayat antara satu sama lain dalam Bible itu sendiri namun malangnya majoriti dari penganut Kristian (74.6% dari 2.2 Billion penganut Kristian) tidak begitu rajin menelaah kitab mereka sendiri bahkan mereka tidak pernah ada corak didikan pengajian Bible seperti mana dalam pendidikan Islam yang mengamalkan “hukuman keras” terhadap murid yang malas mengaji Quran. Jadi tidak menghairankan jika tidak terdapat catatan sejarah yang merekodkan individu menghafal keseluruhan Bible pada era awal Kekristianian.
05 – Mengapa saudara NHS hanya menyebut dua (02) orang tokoh Kristian yang menghafal Bible? Untuk pengetahuan saudara NHS, seramai lapan (08) orang Kristian pernah menghafal keseluruhan Bible (termasuk dua orang yang saudara NHS sebutkan) iaitu :
* Charles Matlock pernah menghafal Bible sejak umur 12 tahun melalui laporan Church and Ministry tahun 2007
* Dr. William Evans pernah menghafal keseluruhan Bible pada tahun 1919 versi KJV dan seluruh Perjanjian Baru versi ASV melalui laporan dalam buku beliau “How to Memorize the Bible”
* Adam Houge
* Nadine Hammonds
* Tom Meyer menghafal keseluruhan Perjanjian Baru melalui laporan dalam buku beliau “The Memorization Study Bible: The New Testament KJV”
* Herdian Putranto satu-satunya orang Asia dari Indonesia pernah menghafal keseluruhan Bible
Tidak menjadi satu permasalahan sekiranya semua mereka tersebut tidak terbukti secara empirikal kerana Kristian tidak mengamalkan sistem Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr seperti dalam pendidikan Islam dan seandainya pun semua mereka terbukti benar-benar menghafal keseluruhan Bible,ianya masih tidak dapat menandingi corak pembelajaran dari muslim walau mereka (lapan orang tersebut) telah membuktikan “fakta” saudara NHS salah.
Saya akui dan tidak dinafikan bahawa menghafal Pengisian Perjanjian Lama adalah sukar kerana :
* Perjanjian Lama lebih tebal disebabkan mengandungi sebanyak 39 kitab (Protestant),46 kitab (Katolik),50 kitab (Orthodox),49 kitab (Syrian),47 kitab (Ethiopic) dan 35 kitab (TNKH)
* Perbezaan kaedah analisa nubuatan dalam Perjanjian Lama antara Masoretic,Samaritan dan Kristian.
* 62% dari 658 545 kata (untuk Bible Protestant sahaja) adalah dari Perjanjian Lama
* Perjanjian Lama memiliki 929 bab dari 1189 keseluruhan bab dalam Bible.
* Perjanjian Lama memiliki 23 145 ayat dari 31 102 keseluruhan ayat dalam Bible.
* Perbezaan huruf dan bacaan teks antara Torah Masoretic dan Torah Samaritan
* Penganalisaan ayat asli antara Aramaic,Ancient Hebrew dengan Modern Hebrew.
* Perjanjian Lama memiliki kitab paling terpanjang dalam keseluruhan Bible iaitu Psalm (Mazmur) bahkan pasal yang paling panjang juga di dalam Psalm iaitu pasal 119.
Namun sungguhpun demikian,dengan menggunakan pembelajaran Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr yang diterapkan dalam Islam,paling kurang pun pasti 2/10 dari Perjanjian Lama dapat dihafal dan dihafaz.
05 – Ini bukan soal masalah Bible ditulis dalam pelbagai bahasa (Aramaci Syriac,Hebrew,Qibti,Koine Greek dan Arab) tetapi soal corak pembelajaran dalam agama. Dengan kaedah hafalan dan hafazan yang diterapkan dalam pendidikan Islam,paling kurang pun dapat menghafal dari terjemahan Bible seperti terjemahan English dan Bahasa pun,ianya tidak menjadi satu perkara yang mustahil jika benar ingin mempelajari dengan kaedah tersebut. Jika ada muslim yang mampu menghafal beribu hadith yang mana perlu fokus pada matn wa sanadh serta menentukan siapa perawi dan menghafal ayat asli (Arabic) beserta terjemahan,mengapa menghafal Perjanjian Lama menjadi sesuatu yang mustahil walau hanya 2/10???
06 – Sememangnya DZN tidak perlu menghafal kitab-kitab Rabbinic kerana pengisian kitab-kitab tersebut amat sedikit berkaitan dengan dakwah Islam khususnya dalam bab Persamaan ajaran Tuhan antara agama Samawi (Islam,Kristian dan Judah). Yang perlu dikaji adalah kitab yang di’claim’ sebagai kitab suci firman tuhan oleh Judah dan Kristian kerana terdapat persamaan ajaran tuhan dengan ajaran Islam. Maka sama halnya DZN menghafal kitab-kitab Aryan seperti kitab-kitab dalam Shruti (Hinduism),Guru Granth Sahib (Sikh),Avesta dan Dasatir (Zoroastrian) dan Tripitaka (Buddhism) kerana kitab utama dari agama-agama tersebut mengandungi persamaan ajaran dalam dakwah Islam.
DZN telah membuat lebih 2000 sesi ceramah dan semua ceramah tersebut disertakan Q/A dari audiences. Kita sedia maklum bahawa persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh audiences adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Namun semua persoalan-persoalan tersebut,DZN dapat menjawab dengan ilmiah melalui kutipan-kutipan ayat yang kita tidak pernah dengar dari ceramah-ceramah sebelumnya. Walau ada pengulangan hujah dari DZN mengutip naqli yang sama,tetapi banyak situasi yang mana DZN mengutip ayat yang beliau tidak pernah sebut sebelum-sebelum ini dalam ceramahnya. Jadi ini membuktikan DZN menguasai hafalan kitab-kitab suci agama lain dengan kebarangkalian nisbah paling kurang pun adalah 5:10. Pernahkah saudara lihat ada tokoh yang mengolahkan corak pengetahuan yang sama seperti DZN sebelum ini???
Untuk pengetahuan saudara NHS,salah satu rahsia DZN mampu menghafal pelbagai kitab kerana beliau (DZN) beriqtikad dengan pesanan firman Allah dalam tiga (03) surah :
“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang boleh mengalahkanmu. Jika Allah membiarkanmu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Karena itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.”
[Ali-Imran 3:160]
“Jika kamu berjihad untuk Allah, Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalan-Nya.”
[Al-Ankabut 29:69]
“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”
[Taha 20:25-28]
Jika Allah bantu DZN,apakah saudara masih menjadikan ianya satu kemustahilan bagi DZN yang memiliki daya ingatan luar biasa sehingga mampu menghafal banyak kitab??
JADI “MITOS” KETIGA ADALAH FAKTA!
NHS menulis,
4. Zakir Naik anak murid Ahmed Deedat
Zakir disensasikan sebagai murid penceramah Afrika Selatan, Ahmad Deedat, walaupun beliau tidak pernah sama sekali berguru dengan tokoh yang dimaksudkan. Ia sekadar pertemuan sekali pada 1987.
Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya dan berlaku sesi penyampaian maklumat daripada guru secara langsung kepada muridnya. Jikalau seseorang menimba ilmu melalui “Syaikh” Google ataupun bacaan buku semata-mata ataupun rakaman YouTube, itu tidak dapat diertikan sebagai bergurukan tokoh tertentu sebagaimana seseorang yang membaca kitab Hadith Sahih Bukhari tidak dapat dikatakan berguru dengan Rasulullah. Begitu juga jikalau kita mendengar rakaman kuliah seorang professor di Amerika melalui YouTube, tidak boleh dikatakan professor tersebut adalah guru kita.
MAB respons :
Benar! saya amat bersetuju dengan kata-kata saudara NHS yang mengatakan,
“Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya dan berlaku sesi penyampaian maklumat daripada guru secara langsung kepada muridnya.”
Disini saya berikan BUKTI video DZN berguru dengan Sheikh Ahmad Deedat dan pertemuan mereka berkali-kali SELAIN pertemuan pertama pada tahun 1987 :
– https://www.youtube.com/watch?v=C2EIEpBbTfg
– https://www.youtube.com/watch?v=ixK7PHXyDIA
– https://www.youtube.com/watch?v=RI0QWnXZ5Go
– https://www.youtube.com/watch?v=5p0kr5Shml8
– https://www.youtube.com/watch?v=w7kMxeYk7Bs
– https://www.youtube.com/watch?v=nUL7YrvMqLs
– https://www.youtube.com/watch?v=AdM3rVYZttI
– https://www.youtube.com/watch?v=uYe0lqlfFDo
Memperolehi ilmu itu dengan dua cara iaitu melalui “guru hidup” (belajar dengan manusia berilmu) dan “guru mati” (belajar melalui buku atau kemudahan penghasilan ilmu yang lain). Namun dalam video DZN di atas,terbukti bahawa DZN berguru dengan Sheikh Ahmad Deedat.
Saudaraku NHS,zaman DZN belajar dahulu tidak ada Google,Youtube dan Social Media. Saya berharap saudara NHS yang bijaksana lagi bertauliah tidak menunjukkan pemikiran yang sempit.
JADI “MITOS” KEEMPAT ADALAH FAKTA!
NHS menulis,
5. Zakir Naik tokoh perbandingan agama
Dakwaan ini adalah benar jika dilihat kemahiran beliau mematahkan hujah lawan secara spontan dan pengalaman beliau yang luas walaupun mungkin tidak setinggi mana. Begitu juga dengan pengetahuan beliau tentang isu yang didebatkan.
Nampaknya, memang Zakir sudah membuat persiapan awal sebelum sesi debat dimulakan. Kemahiran berdebat beliau memang mengagumkan. Umumnya, pandangan atau pegangannya dalam ilmu perbandingan agama boleh diterima. Oleh itu, tidaklah salah jika Zakir dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah bagi mengenang kebolehan beliau.
Setakat ini belum ada tokoh Muslim yang berani ke hadapan seperti beliau. Kebolehan beliau ini sewajarnya dilihat sebagai satu kekuatan umat Islam dan mampu menjadi senjata yang ampuh jika Zakir diperkasakan dengan ilmu Islam yang sahih. Syabas dan seribu tahniah diucapkan buat Zakir.
Sungguhpun begitu, beliau bukanlah pakar rujuk ataupun tokoh dalam bidang khusus agama Islam sama ada pada bab Usuluddin, Syariah, Usul Al-Fiqh, Tafsir, Hadith, dan sebagainya. Kita perlu berhati-hati dan mengambil manfaat daripada seseorang itu berdasarkan bidang yang dimahirinya sahaja.
Seperti Firman Allah yang bermaksud hendaklah rujuk kepada ahlinya jika tidak tahu (Al-Nahl 16:43). Contohnya kereta yang rosak, maka hendaklah dihantar ke mekanik jangan dihantar ke tukang jahit. Tak mustahil kereta akan bertambah rosak dek tersadai berbulan-bulan atau “dijahit” oleh si tukang jahit. Jika sakit jumpa doktor bukan jumpa guru geografi. Begitulah perumpaannya.
MAB respon :
Point No.5 saudara NHS tidak perlu saya bantah secara ilmiah kerana penjelasan saudara NHS sendiri menunjukkan bahawa DZN sememangnya adalah tokoh dakwah perbandingan agama. Ucapan syabas dan tahniah kepada saudara NHS kerana point No.5 ini juga menyokong Point saya pada No.1 dan No.2 di atas. Ini kerana saudara NHS mengakui kehebatan DZN dalam dakwah perbandingan agama dan dalam hal ini,DZN adalah ahli. Jadi secara tidak langsung,ianya menyokong segala hujah pada Point No.1 dan No.2 saya di atas menjadi kelayakan bagi DZN dalam menjadi seorang ahli pendakwah agama bertauliah dan memiliki ilmu didikan agama yang kukuh. Terima kasih saudara NHS!
Sepanjang ceramah DZN,hanya sedikit kedengaran dari muslim bertanyakan soalan kepada DZN yang berkaitan bab Siryasah Sharia dan Usul Al-Fiqh. Namun,kelihatannya DZN memberikan jawapan berasaskan Quran dan Hadith serta memberi jawapan dengan mengharmonikan sesuatu perkara yang menjadi khilaf antara Exegess Muslim dalam perbezaan Ijtihad. DZN tidak memberikan jawapan yang boleh mewujudkan kecelaruan dan perpecahan dalam Islam melainkan tuduhan akibat sangkaan yang tidak baik dari golongan pentaksub bidaah dan pengikut taklid buta yang mengaku kononnya mengikuti manhaj Asyari wa Maturidi yang telah sedia menyimpan mindset bahawa “DZN seorang Wahabi…”
JADI “MITOS” KELIMA SAUDARA NHS MENGAKUI IANYA ADALAH FAKTA!
NHS menulis,
6. Zakir Naik berfahaman wahhabi
Satu perkara yang mesti diketahui umum ialah, mereka yang berfahaman Wahhabi tidak akan sesekali mengaku Wahhabi. Slogan yang sering dilaungkan ialah Ittiba’ Al-Sunnah, iaitu mengikut Sunnah – ataupun berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah.
Dalam pada itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan terhadap seseorang yang kita tidak bersetuju dengannya. Sama ada tuduhan Wahhabi, kafir, sesat, bidaah, syirik dan seumpamanya mestilah dielakkan dan jangan sesekali dijadikan kalimah zikir kita. Islam menuntut kita bersangka baik terhadap semua orang Islam kecuali terdapat tanda-tanda zahir yang ketara dan tidak memungkinkan untuk disalah-ertikan.
Perihal Zakir Naik ini, memang tidak dapat dinafikan beliau mempunyai kecenderungan kepada fikrah Wahhabi dari beberapa sudut:
Usuluddin: Kekeliruan dalam bab Tauhid. Beliau berpegang dengan akidah 3 serangkai, menisbahkan jihah (arah) dan tempat kepada Allah yang menatijahkan fahaman Tajsim dan Tasybih. Ini bertentangan dengan ahli Sunnah yang memahami Tauhid melalui Sifat 20 dan beriman bahawa kewujudan Allah itu tidak tertakluk kepada tempat, ruang, arah ataupun masa.
Syariah: Tidak beriltizam dengan mazhab yang ditadwinkan. Bahkan beliau memperlekehkan para imam mujtahid pendiri Mazhab sehingga mendakwa lebih memahami Sunnah daripada Imam Al-Syafi’ie dalam bab membatalkan wudhu jika tersentuh dengan golongan bukan mahram tanpa lapik.
Akhlak: Zakir dilihat gemar menyesatkan umat Islam bagi amalan yang beliau anggap bidaah seperti sambutan mawlid, tahlil arwah dan lain-lain. Beliau juga beranggapan amalan sedemikian mengundang syirik yang menghumbankan pengamalnya ke neraka.
MAB respon :
01 – Orang Shiite mengaku mereka adalah Shiite (melainkan apabila di hadapan khayalak majoriti Muslim Sunni,mereka bertaqiyyah mereka adalah Muslim Sunni). Orang Ahmadiyyah Qadiani mengakui mereka adalah Ahmadiyyah Qadiani. Orang Arqam mengaku mereka adalah pengikut Abuya pengasas Arqam….kenapa???….kerana mereka tahu keberadaan firqah yang mereka ikuti. Namun berbeza orang-orang yang dituduh sebagai Wahabi,tidak ada dari mereka mengakui mereka adalah Wahabi. Ini kerana :
* Jauh sebelum Muhammad Abdul Wahab lahir dan sebelum “Wahabi’ itu wujud,manhaj Salafussoleh dari zaman Nubuwwah Muhammad SAW,para Tabiin dan Tabi’i Tabiin juga mengolahkan manhaj yang sama. Jadi apakah Nabi dan para sahabat serta ulama terdahulu adalah Wahabi??
* Muhammad Abdul Wahab sendiri tidak pernah mengatakan siapa ikuti beliau adalah Wahabi dan beliau sendiri tidak pernah dengar perkataan ‘Wahabi’ itu sepanjang beliau hidup.
* Muhammad Abdul Wahab juga adalah bermazhab Hanbali dan Ittiba’ Al-Sunnah cuma cara pelaksanaan beliau terlalu ekstrim disebabkan situasi di zamannya terlalu banyak perkara bidaah dilakukan di Tanah Jazirah Arab. Jadi mengapa mana-mana muslim yang mengikuti manhaj Salafussoleh dengan berpegang Sunnah dilabel sebagai Wahabi walhal Muhammad Abdul Wahab sendiri berpegang kepada mazhab Hanbali?
* Orang yang memberi gelaran “Wahabi” adalah dari lisan pihak lain BUKAN dari lisan orang yang dituduh sebagai Wahabi.
02 – Ahlul Sunnah itu ada tiga (03) iaitu Asyari,Maturidi dan Atsari. Asyari dan Maturidi sendiri tidak pernah mengatakan golongan Atsari adalah golongan yang terkeluar dari ahlul Sunnah.
03 – Nabi dan para sahabah tidak pernah mengajar sifat 20. Wujudnya sifat 20 dari pemikiran Asyari adalah bertujuan menentang falsafah Greek yang ketika itu tersebar berkembang konsep Pantheism dan konsep Anthropormorphism. Maka wujudnya manhaj khalaf dari Asyari dan Maturidi adalah untuk menentang pengaruh syirik dari Greek. Namun apakah Asyari dan Maturidi pernah menolak manhaj salaf dan menolak konsep sifat Rububiyyah,Uluhiyyah dan Asma’Wal’Sifadh yang dituduh sebagai “tiga serangkai”???
04 – Apabila ada muslim yang mengatakan Allah beristawa di atas Arasy,bukan bermakna mereka mengisbatkan Allah itu bertempat tapi mereka kata apa yang Quran kata. Tidak ada muslim mengatakan Allah itu memerlukan tempat tapi apa yang Quran kata,maka itulah yang harus dikatakan. Tafwidhnya diketahui tapi kaifiatnya serah kepada Allah. Sebelum saudara NHS menuduh DZN adalah seorang Wahabi hanya disebabkan DZN mengatakan “Allah beristawa di atas Arasy”,ingin saya berikan sanggahan sedikit kepada saudara NHS :
* Adalah baiknya sebelum membuat tuduhan tersebut,kita harus kenali dulu apa itu Arsy’. Kita sedia maklum bahawa Arsy’ adalah makhluk Allah PALING TINGGI,PALING BESAR DAN PALING AGUNG. Maknanya selepas Arsy’,TIDAK ADA LAGI MAKHLUK dan makhluk yang bernama MASA dan RUANG hanya wujud di bawah Arsy’ kerana Arsy’ adalah makhluk paling tertinggi. Istilah “tempat” hanya wujud apabila ada ruang dan masa,jadi bagaimana kita boleh buat tuduhan dengan berkata Allah beristawa di atas Arsy’ itu memberi maksud “Allah memerlukan tempat” sedangkan tempat hanya wujud di bawah Arsy’???
* Surah Al-Ghafir 40:36 menyebut bahawa Firaun merintahkan Haman untuk membina sebuah mbangunan tinggi untuk ke langit agar dia dapat melihat tuhan Musa. Imam At-Tabari menafsir ayat ini bahawa Nabi Musa alaihissalam mengatakan Allah di atas langit (Tafsir Al-Tabari vol 21 page 387) dan Imam Asyari juga mengatakan (dalam kitab Al-Ibanah‘an Ushul Ad-Diyanah) menafsir ayat surah Ghafir ayat 36 tersebut bahawa makhluk pertama yang ingkar Allah di atas langit adalah Firaun. Jika ayat “Allah di atas langit” itu dituduh sebagai Wahabi,apakah Imam At-Tabari dan Asyari adalah Wahabi?
* Dalam kitab Al-Ibanah‘an Ushul Ad-Diyanah juga,Imam Asyari membantah takwilan-takwilan Muktazilah dengan mengatakan bahawa di syurga kelak manusia akan dapat melihat Allah dengan kedua mata kepala. Jadi jika “melihat Allah itu berarah” dituduh sebagai Wahabi,maka apakah Imam Asyari seorang Wahabi??
Perkara ini tidak perlu saya bahas panjang kerana isu ini telah pun dijawab oleh Dr.Rozaimi :
(Usuluddin)
– https://www.youtube.com/watch?v=Nw0b5kGAvwc
05 – Berkenaan dengan mazhab,DZN dan muslim yang bermanhaj Salafussoleh tetapi dituduh sebagai “Wahabi” menjelaskan bahawa jangan terlalu taksub dengan satu mazhab dan jangan mengenepikan tiga (03) mazhab yang lain sehingga membuat tuduhan sesat terhadap mazhab yang lain. Disini saya berikan penjelasan terperinci mengenai mazhab :
– https://www.youtube.com/watch?v=JWNAAE8OsSY
06 – Saya amat bersetuju apabila saudara berkata,
“Dalam pada itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan terhadap seseorang yang kita tidak bersetuju dengannya. Sama ada tuduhan Wahhabi, kafir, sesat, bidaah, syirik dan seumpamanya mestilah dielakkan dan jangan sesekali dijadikan kalimah zikir kita. Islam menuntut kita bersangka baik terhadap semua orang Islam kecuali terdapat tanda-tanda zahir yang ketara dan tidak memungkinkan untuk disalah-ertikan.”
Namun yang mengatakan perkara bidaah itu adalah sesat adalah Nabi Muhammad SAW itu sendiri BUKAN DZN. Sebelas (11) Hadith Muhammad SAW menjelaskan kesesatan bidaah salah satunya ialah :
“Sejelek-jelek perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.”
[Hadith Sahih Muslim No.867]
Jadi yang menghukum Bidaah adalah Nabi sendiri BUKAN DZN. DZN hanya menyampaikan apa yang dinyatakan dalam Quran dan Sunnah. Sebenarnya orang yang melakukan kesalahan apabila di adili,mereka merasakan orang yang mengadili itu yang menghukumnya walhal orang yang mengadili itu menjalankan atau menyatakan sesuatu yang jelas dinyatakan melalui sumber BUKAN atas kehendak dirinya. Namun orang salah kalau degil,tetap akan degil lalu menyalahkan orang lain.
JADI “FAKTA” KEENAM DARI SAUDARA NHS ADALAH MITOS!
NHS menulis,
7. Zakir mengislamkan ribuan orang
Angka sebenar yang memeluk Islam di tangan Zakir tidaklah sampai ribuan orang seperti yang dipropagandakan. Apa yang pasti ialah memang ramai orang menerima Islam melalui ceramah beliau.
Jasa Zakir dalam hal ini janganlah dilupakan. Walaubagaimanapun, hakikat ini tidak membenarkan fahaman yang dibawa Zakir. Nabi Nuh yang berdakwah lebih 10 abad hanya mempunyai pengikut seramai 80 orang mengikut riwayat Al-Suyuti. Adakah dengan segelintir pengikut ini membuktikan Nabi Nuh tidak benar?
Seorang lelaki di zaman Rasulullah, Abdullah Ibn Saad Ibn Abi Sarh, sendiri pernah murtad sebelum kembali kepada Islam. Adakah ini menunjukkan kebatilan Baginda atau kegagalan dakwah Baginda sebagai Utusan Allah?
Perisik Belanda, Christiaan Snouk Hurgronje yang menyamar sebagai seorang Islam dengan nama “Haji Abdul-Ghaffar” di Aceh pada 1981 dikatakan pernah mengislamkan beberapa orang bukan Islam dan menjadi pembantu Mufti Besar Batavia, Habib Usman Bin Yahya dalam bidang fatwa. Adakah ini bukti kebenaran beliau? Seadilnya, apa yang benar katakan benar dan apa yang salah hendaklah ditolak.
MAB respons :
Saya amat bersetuju dengan kata-kata saudara NHS mengenai hal ini namun kita harus lihat kualiti perjuangan dakwah DZN BUKAN kuantiti seberapa ramai orang yang menerima Islam melalui dakwah DZN. Muslim tidak menganggap kuantiti ramai orang memeluk Islam itu sebagai satu pegangan kebenaran kerana para Nabi sendiri pun ada yang berdakwah tetapi jumlah yang menerima dakwah mereka hanya sedikit seperti mana saudara NHS katakan tentang perihal Nabi Nuh Alaihissalam.
Muslim yang menyokong dan meminati DZN tidak mengatakan “DZN mengislamkan ribuan orang non-muslim” tetapi mereka mengatakan bahawa “DZN mengislamkan ramai non-muslim”. Tidak kisahlah puluhan,ratusan atau ribuan kerana kuantiti seberapa ramai orang memeluk Islam bukanlah satu kepentingan utama. Yang utama adalah pelaksanaan tugas dakwah itu kerana peranan kewajipan seseorang muslim adalah dakwah kepada non-muslim.
Yang menentukan orang non-muslim menerima Islam atau tidak adalah dari Ketetapan pemberian hidayah dari Allah Azza’Wa’Jalla. Yang PASTI faktanya adalah RAMAI non-muslim yang memeluk Islam melalui dakwah DZN. Di USA sahaja,34 000 rakyat Amerika Syarikat memeluk agama Islam dari September 2001- Julai 2002 antara asbabnya ialah dakwah DZN menangkis salah faham dunia yang mendakwa Islam sebagai agama pengganas dan membongkar agenda peristiwa 9/11 dirancang oleh George W Bush sendiri.
– https://www.dailymotion.com/video/x42njsu
JADI “MITOS” KETUJUH ADALAH FAKTA!
NHS menulis,
8. Zakir Naik mahir pelbagai bahasa
Dakwaan beliau berkebolehan berbahasa Arab sudah disentuh sebelum ini. Zakir hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Hindi (dan mungkin salah satu dialek/bahasa India yang lain).
Apa yang pasti, beliau tidak boleh berbahasa Ibrani, Sanskrit dan Latin. Ceramah beliau juga hanya disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
MAB respon :
DZN berkebolehan dalam bahasa Arab juga telah pun saya jawab sebelum ini. Untuk pengetahuan saudara NHS,DZN mampu bertutur enam (06) bahasa iaitu :
* Hindi
* English
* Urdu
* Arabic
* Marathi
* Sanskrit
Saya tidak nafikan bahawa kelihatan DZN kurang fasih dalam Hebrew dan Koine Greek kerana saya tidak menemui mana-mana sumber sahih mengatakan DZN fasih dalam Hebrew dan Koine Greek. Dan saya juga tidak menemui mana-mana sumber sahih yang mengatakan DZN fasih dalam Telugu. Namun jika DZN fasih dalam Urdu,Hindi dan Sanskrit,kemungkinan DZN juga mengetahui bahasa Telugu. Hanya orang-orang yang membenci beliau tidak mengetahui apa-apa tentang beliau sahaja menuduh buta dengan mengatakan bahawa DZN tidak fasih Sanskrit dan Arabic.
Apapun,yang PASTINYA ialah DZN mahir bertutur dalam pelbagai bahasa dan lebih dari tiga (03) bahasa (Polyglot) walau beliau bukanlah Linguist.
JADI “MITOS” KELAPAN ADALAH FAKTA!
NHS menulis,
9. Zakir Naik tokoh Maal Hijrah dan ramai pengikut
Perkara ini sudah dibincangkan sebelum ini. Anugerah Tokoh Maal Hijrah sememangnya sesuatu yang wajar sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam dunia Islam walaupun beliau sendiri menganggap sambutan Maal Hijrah yang tidak pernah diraikan oleh Nabi sebagai bidaah.
Jumlah pengikut yang ramai tidak menjamin kebenaran seseorang atau sesuatu ideologi. Kumpulan teroris IS mempunyai pengikut yang ramai seluruh dunia. Adakah ini bermaksud IS itu satu kumpulan yang benar?
MAB respon :
Saya amat bersetuju kata-kata saudara NHS dan ini di akui oleh saudara NHS sendiri dalam point ke5 sebelum ini. Jadi berkenaan hal DZN menjadi tokoh Maal Hijrah,kita berdua bersepakat diatas kelayakan beliau sebagai pejuang Islam.
Berkenaan ramai pengikut,tidak ada yang mengatakan bahawa DZN memiliki ramai pengikut menunjukkan DZN seorang benar sempurna. Ini kerana kita semua mengetahui bahawa kuantiti bukan alat kayu ukur penentu kualiti kebenaran. DZN juga seorang manusia biasa bahkan dia juga tidak terlepas dari kesilapan. Kristian juga yang memiliki penganut 2.2 Billion namun apakah maksudnya mereka (Kristian) adalah benar???
Jadi muslim yang menyokong,meminati DZN serta ramai yang menjadi pengikutnya kerana perjuangan beliau dalam menegakkan syariat dakwah Islam dan Uslub dakwahnya yang bijaksana BUKAN kerana beliau adalah benar sempurna sentiasa bak umpama malaikat….TIDAK! Jadi saya berharap saudara NHS menyelidik dahulu mengapa DZN memiliki ramai pengikut sebelum membuat pelbagai andaian.
JADI “MITOS” KESEMBILAN ADALAH FAKTA!
NHS menulis,
10. Zakir Naik dan kehamornian
Seadilnya, jika keberadaan beliau di Malaysia untuk menyampaikan kebenaran tanpa menjejaskan kestabilan politik tanahair dan kesejahteraan rakyat Malaysia, maka boleh sahaja bahkan dialu-alukan.
Tidak dapat dinafikan terdapat bantahan terhadap kehadiran beliau di negara ini. Sewajarnya, apa yang dibangkitkan oleh sesetangah pihak berkaitan Zakir hendaklah dipertimbangkan.
Tetapi, jika bantahan berkenaan perbandingan agama, maka tidak boleh diterima memandangkan ianya termasuk salah satu dari cabang disiplin ilmu Islam. Jika bantahan dibuat bersangkutan keselamatan negara, maka kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak. Tidak perlulah kita menjadi wira membuat perhimpunan membantah kehadiran beliau. Banyak lagi benda berfaedah yang seharusnya dibuat.
MAB respon :
Fakta ini tidak perlu dibantah kerana saya menyokong sepenuhnya dengan nukilan saudara mengenai point ke10 ini. Hal berkenaan ini telah saya jelaskan disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/benarkah-dr-zakir-naik-adalah-satu-ancaman/
Peranan dakwah dalam perbandingan agama tidak dapat di tolak tepi. Ini kerana Quran surah Al-Ankabut 29:46 menyarankan kita untuk berbahas dengan ahlul kitab dengan garis panduan baik tanpa melampaui batas dan menjadi kewajipan kita untuk menyampaikan dakwah bukan sahaja dari segi amal makhruf tetapi juga menegaskan dengan nahi munkar (Al-Asr 103:3 / Ali-Imran 3:104 dan 110-114 / Al-Muddathir 74:1-5 / Fusilat 41:33 dan 71 / Yusuf 12:108 / Luqman 31:17 / At-Tawbah 9:71,112 dan 122 / Al-Hajj 22:41 / Maryam 19:39 / An-Nahl 16:90 dan 125 / Asy-Syu’araa 26:214 serta Al-A’la 87:9-11)
KESIMPULAN
Sememangnya fakta perlu dipisahkan dengan mitos kerana kebenaran tidak akan pernah bersama dengan kebathilan tetapi untuk menjadikan sesuatu fakta itu haruslah diselidiki dahulu secara keseluruhan prospek tanpa mendasari konsep “kurang selesa” dalam hati. Kita tidak boleh membuat sebarang assumption tanpa mengenali seseorang dengan lebih dekat. Ada sesetengah orang khususnya tokoh dakwah tidak memperlihatkan pengetahuan sebenar lebih mendalam kerana mengikut situasi penceramahan dan akhlak agama yang menerapkan kerendahan hati. Peranan kita adalah membuat penilaian ke arah positif dan mengenali seseorang itu dengan lebih dekat agar kita mengetahui hakikat yang sebenarnya.
Assalam alaykum…